Monday, 7 May 2012

CERITA HANTU MENGHANTU?

Dahulu di tahun 60an dan 70an atau sebelum itu, masa itu ada kampung2 tiada bekalan elektrik dan juga air. Mereka mandi manda, minum, masak makanan mengunakan air dari  perigi dan malam dicerahi oleh lampu minyak tanah atau yang kaya sikit mampu beli lampu gaselin.

Rumah2 masih mengunakan papan keping bertingkat air-con berteman nyamok2 yang pelbagai spesis dan dibina tinggi kerana fahaman datuk nenek  dahulu masih kuat kerana dahulu terpaksa membina rumah bertiang dan tinggi kerana takut binatang buas bukan takut hantu!

Dahulu rumah dibina kiri kanan hutan dan jiran2 agak jauh di antara rumah ke rumah. Anak2 muda kebiasaannya selepas waktu isyak- yang bersolat di masjid2lah dan yang tak bersolat sudah tidur sehingga matahari terpacak besok hari baru bangun!

Dahulu semasa kanak2 sehingga remaja, cerita yang paling top ialah cerita hantu. Ada sahaja kawan2 yang berani sikit mengusik kawan2 yang penakut kerana seronok tengok orang penakut ini takut. Maka semakin galaklah kawan2 yang berani tu mengusik. Ada di antara yang berani itu juga penakut kerana ada kawan2 lain yang lagi berani. Seterusnya begitulah cerita di kampong di zaman itu.

Di kurun yang ke 21 ini tahun 2012, kita ingat takut hantu ini telah pupus tetapi masih menebal kerana masih ramai orang bela hantu, hantu raya, pelesit, toyol, jembalang tanah dan pelbagai spesis hantu. Orang2 yang melakukan perbuatan syirik ini masih tidak yakin dengan Allah. Mereka mengunakan mahluk2 ini untuk membuat ramalan bila PRU 13 hendak diadakan atau tengok pokok bergoyang di waktu malam, bayang2 bergerak dikatakan ada hantu.

Begitulah dengan UMNO BN ini semua ramalan ada pada mereka. PR takutlah, PR akan kalahlah, PR tidak ada kibinet bayanganlah dan pelbagai lagi bayangan hantu yang mereka bayangkan kerana UMNO BN risau mereka akan tewas dalam PRU 13 ini.

PR anak jantan(gentleman bukan gentlewoman) walau pun digempar oleh orang2 pembela hantu2 itu  yang suka gempar budak2 yang penakut ini, akhirnya yang jadi pengempar itu mereka yang lari lintang pukang dahulu kerana digempar bukan orang tetapi bayangan hantu pokok yang bergoyang tadi disangkakan hantu.

Kenapa orang takut hantu? Kalau ditanya adakah mereka pernah jumpa hantu? Jawapannya dalam seribu tu adalah seorang yang pernah jumpa hantu. Itu pun hantu yang berani sikit dari hantu2 lain yang ada kekuatan mengempar manusia. Yang lain akan berkata mereka tidak pernah jumpa hantu tetapi takut hantu kerana bayangan hantu yang diceritakan itu menyeramkan dan hanya berada di dalam minda mereka sahaja!

www.iman2taqwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment