Allah swt berasaskan prinsip rukun Islam yang lima .
Ramai orang berhujah tentang prinsip. Orang Islam berhujah hanya prinsip Islam sahaja yang betul tetapi ada orang Islam lain berhujah Islam itu betul tetapi semua agama sama(pluralism).
Prinsip bukan bergantung kepada sausana atau keadaan tetapi bergantung dengan kata kunci jujur dan amanah. Prinsip bukan tafsirannya sebarangan. Prinsip hanya ada kepada kebenaran. Lain dari itu bukan prinsip tetapi kebathilan. Prinsip kebenaran membuat manusia mendekati Allah swt. Prinsip kebathilan membuat manusia mendapat kemurkaan Allah swt.
Prinsip bukan boleh diubah2 terutamanya prinsip kebenaran. Halal itu tetap halal dan haram itu tetap haram. JIka prinsip itu diubah sesuka hati maka jadilah manusia yang buta prinsip.
Buta prinsip tetapi tetap dihargai kerana kepentingan sesuatu pihak bukanlah prinsip yang diredhai Allah swt. Prinsip begini walau pun dihargai manusia yang buta prinsip tetapi sebenarnya juga dihargai oleh syaitan yang mempunyai prinsip kebathilan yang sama.
www.iman2taqwa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment