Menteri tak susah rakyat yang susah. Menteri makan satu dari berpuluh2 elaun itu sahaja pun tak habis makan. Gaji minima ini sebenarnya untuk siapa? Untuk pekerja rakyat Malaysia saja ke atau termasuk juga pekerja2 asing yang bersepah2 tu ka?
Kalau untuk pekerja rakyat Malaysia sahaja bukan gaji minima sahaja yang mereka dimanupulasikan oleh majikan, gaji yang ada sekarang pun tak cukup makan kerana pekerja asing sanggup terima gaji yang lebih murah dari pekerja rakyat Malaysia!
Benarkah kerana terlalu maju Malaysia ini sehingga tak cukup pekerja tempatan sehingga terpaksa impot pekerja asing atau untuk membuka peluang perniagaan kepada kroni2 UMNO BN membuat bisnis mengimpot pekerja2 asing.
Mereka bukan fikir masa depan Malaysia kesan dari ramainya pekerja2 asing yang akan memberi pelbagai masalah sosial baru kepada rakyat Malaysia tetapi berlumba2 membuka bisnis tetapi yang penting hari ini kita dapat wang untuk memuaskan nafsu anak cucu yang akan datang tanggunglah bala, itu masalah mereka. Pandai2 lah kamu bagaimana hendak mencuci tahi yang telah ditinggalkan oleh datuk nenek mereka.
Gaji minima RM800 di Sabah Sarawak dan RM900 di Semenanjung ini umpama lepas tahap kemiskinan tegar sahaja. Itu pun untuk kehidupan di kampung2 sahaja, di bandar2 lain cerita pula. Dengan harga barang yang mengila dan kos sara hidup yang tinggi pekerja2 Islam terpaksa bekerja lebih dari lapan jam sama ada kerja lebih masa, berniaga pasar malam. Nampaknya masalah tak bersolat ini semakin jauh kerana sibuk mencari rezeki untuk mencukupi keperluan hidup yang semakin mencabar dan amalan Islam semakin jauh. Keberkatan semakin jauh. Kesusahan semakin dekat. Samalah seperti syurga semakin jauh, neraka semakin dekat.
http://www.iman2taqwa.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment