Tuesday, 15 May 2012

APAKAH DEFINASI PEMBANGKANG?

Apa maksud pembangkang? Pembangkang bukan parti pembangkang seperti PAS, PKR, DAP dan lain2 parti pembangkang. Pembangkang ialah manusia yang  menjadi manusia yang membangkang kerana pemerintah yang ada tidak memerintah dengan adil, jujur dan amanah. Pembangkang tidak semestinya dari parti pembangkang. Ianya juga boleh datang dari parti pemerintah yang membangkang perkara yang tidak betul.

Contohnya di Jepun. Parti yang memerintah sekarang tidak boleh buat sesuka hati seperti di Malaysia kerana ahli2 parti yang memerintah sentiasa peka dengan tingkah laku PM mereka. Jika PM mereka terkeluar dari landasan yang tidak betul seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa maka ahli2 mereka akan menegur dan jika teguran tidak didengar mereka akan adakan undi tidak percaya seterusnya memecat PM mereka.

Masalah di Malaysia walau pun PM mereka mempunyai 1001 masalah mereka tetap membela dan menyokong membabi buta. Kesan dari gagal menegur PM mereka, maka mereka yang tidak berpuas hati semakin ramai keluar parti menjadi pembangkang.

Parti2 pembangkang yang berdaftar hanyalah platform untuk meluahkan perasaan dan seterus menentang dan  menumbangkan kerajaan jika sikap keji mereka tidak berubah iaitu melalui pilihanraya.

Pembangkang adalah manusia yang boleh berfikir dengan waras dan sentiasa peka dengan hal2 halal dan haram. Mereka ini adalah manusia yang betul2 jenis manusia dan kemanusian mereka memang jelas dan tidak boleh dipertikaikan.

Sejak kebelakangan ini orang2 bukan Islam pula yang memperjuangkan halal dan haram ini. Itulah hakikatnya bila orang2 Islam tidak menjaga Islam maka orang2 bukan Islam bangun membela perkara2 maksiat yang sepatutnya dicegah oleh orang2 Islam sendiri.

Tidakkah kita umat Islam tidak terasa malu dengan teguran2 yang dibuat oleh bukan Islam terhadap perbuatan keji yang dilakukan oleh pemimpin2 Islam?

Suasana di zaman Nabi Muhammad saw, baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah dan di sana baginda memulakan pemerintah Islam dan dalam masa yang sama hudud dilaksanakan. Setelah baginda wafat lebih dari 1400 tahun, masihkah kita berhujah Putrajaya dahulu hudud kemudian? Setelah 55 tahun merdeka sepatutnya UMNO wajib melaksanakan hudud bukannya menunggu PAS melaksanakan hudud. Adakah Islam UMNO lain dan Islam PAS lain?



No comments:

Post a Comment