Jika betul2 UMNO hendakkan Islam mereka sebagai parti pemerintah tidak perlu menunggu muzakarah dengan PAS kerana jika ada kesungguhan ke arah penghayatan Islam semua pemimpin2 Islam selepas merdeka sepatutnya sudah banyak perintah Allah swt telah terlaksana.
Muzakarah adalah alasan untuk berhujah atau kitar semula kepada pegangan mereka terhadap Islam ia itu kita tidak dapat melaksanakan hukum hudud kerana negara majmuk. Kita perlu kepada masa untuk rakyat memahami hudud.
Jika UMNO betul2 hendak kepada ajaran Islam mereka sepatutnya telah memulakan ke arah ini selepas merdeka lagi.
Selepas merdeka 55 tahun tiada satu hukum hudud pun yang pernah UMNO draf malah hukum hudud PAS pun mereka pertikaikan dan perkara2 yang bercanggah dengan hukum syarak pun mereka tidak berusaha menghapuskan seperti judi, arak dan lain2 lagi aktiviti yang merosakkan akhlak umat Islam.
Alasan negara majmuk dan rakyat perlu memahami hudud ini sebenarnya tidak akan tercapai selagi kesungguhan yang ditunjukkan oleh UMNO hanya permainan sifat orang2 munafik. 55 tahun selepas merdeka masa yang cukup panjang untuk menyediakan latihan kepada peguam2 Islam untuk mengendalikan hudud dan alasan negara majmuk ini adalah alasan orang2 yang memang sudah jelas tidak sukakan hudud. Hudud hanya untuk orang Islam. Jika dikaitkan dengan orang bukan Islam, ini adalah satu alasan yang dicipta sebenarnya untuk menentang perlaksanaan hudud.
Dari hujah2 di atas dan pengalaman kita di bawah UMNO, memang jelas muzakarah ini menjadi alat untuk menyelamatkan UMNO dari disingkir oleh orang2 Melayu Islam dalam PRU 13 ini.
Bilakah muzakarah boleh diadakan? Muzakarah hanya boleh diadakan bila UMNO telah membuat perubahan. Lesen judi, arak dan pusat hiburan di hapuskan. Penyelewengan, rasuah dan salah gunakan kuasa sudah diambil tindakkan. Nama2 pendaftaran pemilih telah dibersihkan. Fitnah memfitnah dalam bentuk video atau tulisan atau siaran TV, akhbar perdana diharamkan. Kempen menipu rakyat dalam TV, akhbar perdana dan lain2 media diharamkan.
Muzakarah hanya wajib kepada perlaksanaan urusan yang berkaitan dengan perintah Allah swt. Muzakarah yang tidak ke arah ini bukan muzakarah tetapi akan menuju ke arah pertelingkahan yang lebih besar dan akhirnya masalah tidak akan selesai kerana ego2 dan pegangan masing2 sekular dan Islam tetap kepada asal.
No comments:
Post a Comment