Politik adalah cara atau kaedah sesuatu kerajaan memerintah. Jika cara atau kaedah memerintah Islam maka jadilah ia politik Islam. Jika cara memerintah secara diktaktor atau kuminis maka jadilah politik diktaktor atau komunis.
Sebaik2 politik ialah politik yang diamalkan Nabi Muhammad saw.
Mempraktikkan semua perintah Allah swt(al-Quran dan hadith) tanpa ragu2 dalam sistem pemerintahan.
Pedagogi adalah cara atau kaedah seseorang guru mengajar. Jika cara atau kaedah mengajar cara Islam maka jadilah pedagogi itu bersih. Jika cara mengajar mengunakan kaedah kotor maka jadilah pedagogi itu kotor.
Sebaik2 pedagogi ialah pedagogi yang diamalkan Nabi Muhammad saw.
Mengajar dan belajar semua ilmu Allah swt(al-Quran dan hadith) tanpa ragu2 dan mengamalkan dalam mendidik para sahabat dan umat akhir zaman.
Hari ini umat Islam dikelirukan oleh umat Islam sendiri yang terdiri dari yang betul2 faham Islam atau Islam setengah masak(yang ambil Islam dalam kematian, kahwin sahaja) dan dijaja begitu meluas sehingga istilah politik mengelirukan umat Islam apa sahaja yang dikatakan politik, secara otomatik menjelma dalam fikiran politik itu kotor.
Kesan dari salah tafsir istilah ini ujudlah pemisahan politik dan Islam. Sedangkan al-Quran yang lengkap merangkumi dalam Islam itu ada politik. Begitu juga telah timbul masalah baru yang dicipta oleh UMNO, majlis peguam itu telah menjadi badan politik seperti yang dikatakan oleh Rais Yatim. Adakah menegakkan kebenaran itu salah? Sehingga dicadangkan pula oleh Nazri untuk menubuh akedemik peguam untuk mengantikan majlis peguam yang telah ujud sekian lama! Bila selera tidak sehaluan atau kebenaran dianggap kebathilan dan kebathilan dianggap kebenaran maka pemimpin2 begini rakyat wajib singkirkan mereka. Dengan mengekalkan mereka sebagai pemimpin akan membuat banyak lagi kerosakkan kepada umat Islam. Inilah yang dimaksudkan manusia buta hati, pekak telinga dan bisu dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 7.
www.iman2taqwa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment