Putrajaya dahulu hudud kemudian – Sepatutnya hudud dahulu Putrajaya akan menyusul kemudian. Dalam kita keghairan ke Putrajaya kita lupa hak kita sebagai orang Islam untuk membuat pendirian yang jelas dan sebenar2nya berhubung dengan hudud.
Walau pun kita terperangkap dengan gabongan parti yang bercampur antara penganut Islam dan bukan Islam, mungkin kerana hendakkan sokongan bukan Islam kita terpaksa mencairkan prinsip perjuangan kita. Kita gagal mempengaruhi atau menyakinkan bukan Islam tentang perlunya hudud dilaksanakan dalam masyarakat Islam. Hudud adalah perintah Allah dan penganutnya wajib melaksanakannya dalam negara Islam khasnya Malaysia .
Inilah akibatnya semasa menuntut kemerdekaan dahulu hak memilih kerajaan atau hak mengundi sepatutnya terletak di atas bahu orang2 Melayu Islam sahaja. Mereka yang bukan Melayu Islam yang diterima sebagai warganegara sepatutnya tidak boleh jadi pengundi. Tetapi atas nama demokrasi yang ditinggalkan oleh Inggeris kita terpaksa akur dengan kehendak mereka.
Sekarang kita berdepan dengan penentangan dari golongan bukan Islam ini untuk menegakkan hak kita. Kita menjadi penakut kerana jika mereka tidak menyokong kita kita akan lemah.
Sebenarnya kelemahan kita kerana amalan kita dengan Allah swt bukan kerana manusia yang bukan Islam. Keyakinan kita dengan Allah swt tidak 100%.
Sebab itu kita terpaksa terlibat dengan Pakatan Rakyat kerana kita tidak yakin dengan bantuan Allah swt. Kita lebih yakin dengan bantuan manusia. PAS berhadapan dengan dua golongan ia itu golongan Islam UMNO, PKR dan golongan bukan Islam(DAP,MCA,MIC,GERAKAN lain2 parti bukan Islam).
Jalan lurus yang kita baca dalam Fatihah itu sebenarnya kita belum lagi menghayati lagi kerana kita masih was2.
Soalannya jika PR menang, hudud tidak menjadi keutamaan kata DSAI. Apakah menegakkan hudud ini hanya satu slogan PAS yang boleh di permain2kan bukan perintah Allah swt yang wajib dilaksanakan? Ini jelas dasar perjuangan PAS telah mula dipermain2kan oleh kawan2 Islam kita. Apakah kehebatan PAS yang sudah lama dalam politik melebihi 60 tahun masih menjadi hamba kepada parti yang hanya berusia belasan tahun atau menjadi hamba kepada parti bukan Islam? Sampai bila kita hendak menjadi hamba atau ikut telunjuk orang?
Orang putih kata “common PAS wake-up from long sleeping dan dreaming, live to the reality of the day not to the past Pak Pandir”
www.iman2taqwa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment