Saturday, 19 May 2012

BEZA UNDANG2 DAN ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN

Malaysia di bawah pemerintah UMNO BN keadaan semasa semakin rumit. Suruhanjaya Reid yang mengubal undang2 Perlembagaan Persekutuan sebelum merdeka dan digunapakai selepas merdeka atau dilindungi atau dinaungi tidak memasuki Klaus LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual Transgender) sebagai undang2. Kerana kelemahan ini dan kemajuan dan kemodenan pesat Malaysia cara barat maka aktiviti mereka telah meresap dan menjadi semakin popular di kalangan  bukan Islam dan  juga mereka yang mengaku Islam.

Seorang penulis buku wanita Lesbian(buka Lebanon) keturunan Uganda warga Kanada Irshad Manji telah datang ke Malaysia untuk memperkenalkan buku yang bertajuk Allah Kebebasan dan Cinta. Nama tajuk pun mengancam umat Islam. Silap2 boleh menyesatkan umat Islam kerana aktiviti dia.

Apa kata bar council-majlis peguam- tiada peruntukkan undang2 bagi menyekat aktiviti ini. Jamil Khir pun terperangkap dengan peruntukan undang2. Undang2 yang ada longgar, lemah dan mudah reput jika dicabar oleh Karpal Singh. Itulah yang kita bangga2kan dengan undang2 ciptaan Reid. Cukup rumit untuk mempertahankan perkara haram dalam undang2 sivil. Keputusannya pun kita sudah tahu kes akan kalah. Kita hanya tunggu puak yang “cerdik” untuk memfailkan kes sebegini di mahkamah. Apa yang Jamil Khir boleh buat? Mereka hanya boleh kata agama Islam ialah  agama persekutuan. Itu agama bukan undang2 persekutuan! Mereka akan mencabar kelompongan undang2 yang sedia ada bukan agama yang sedia ada! Jadi cerdiklah sikit bila duduk kerusi menteri!

No comments:

Post a Comment