Warga guru terdiri dari mereka yang cerdik. Kenapa profesional guru sahaja yang diutamakan kenaikan pangkat, profesional lain seperti tentera, polis dan lain2 jabatan tidak pentingkah? Jawapannnya mudah. Ramai guru telah menyokong PR kerana meluat dengan UMNO BN. Kenaikkan pangkat guru hanyalah hendak menunjukkan PRU 13 sudah hampir. Kenaikkan pangkat guru ini adalah perkara biasa sahaja bila waktu biasa(tiada PRU) tetapi akan menjadi modal utama bila PRU menjelang tiba. Kenaikkan guru ini adalah perkara biasa sahaja bila cukup tahun gred pun naiklah. Hendak diheboh2 kan buat apa.
Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500(BR1M) bantuan buku teks sekolah RM200, durian runtuh yang jadi tempoyak hingga tersandar peneroka rupa2nya hanya RM15,000 sahaja itu pun bayar 3 kali.
Sebelum PRU 13 mungkin RM5000 lepas PRU 13 kalau UMNO BN menang lagi akan senyap sepi buat lima tahun lagi dan peneroka mengigit jari. Kita ingatkan peneroka tersandar atau menghempus nafas terakhir kerana ingatkan RM50,000 sekali gus rupa2 dapat RM15,000 sahaja dan itu pun ansuran pula macam beli kereta terpakai! Bila hampir PRU kaum peneroka begitu kaum guru dan peneroka begitu berharga kerana undi bernilai untuk mengekalkan kuasa kebathilan!.Begitulah penghinaan terhadap peneroka.
Kami kaum di kampung2 tidak ada bonus ke? Kami pun menyumbang kepada ekonomi negara juga seperti bersawah, penoreh getah, kelapa sawit dan lain2 tanaman kontan? Kain pelekat dan RM …….. dan bawa pergi rombongan ke Hadyai bukan bonus ke? Itu politik wang atau rasuah wang? Itu sumbangan “ikhlas” dari UMNO BN.
Kenapa peneroka, guru sahaja jadi anak emas? Kenapa UMNO BN tidak takut dengan tentera dan polis kerana mereka undi pos! Di Felda seluruh Malaysia ada 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN. Kalaulah BN dapat tawan semua kerusi di Felda raya kataklah mereka. Sebab itu dipancing dengan wang kepada semua peneroka supaya sokong UMNO BN. Kenapa tiba2 sahaja peneroka bernilai di waktu PRU? Jawapannya semua rakyat Malaysia yang cerdik dari kalangan PR sudah tahu sejak 55 tahun dahulu, kini dan isyAllah tidak diamalkan selama2nya.
Cerdik dahulu, cerdik sekarang.
www.iman2taqwa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment