Thursday, 17 May 2012

AKHIR ZAMAN UMAT ISLAM BERPECAH KERANA CINTAKAN DUNIA

Agama Islam adalah agama suci dan agama yang diredhai
Allah swt.

Sepatutnya penganut Islam itu terhindar dari perbuatan syirik, hasad dengki, busuk hati, fitnah memfitnah, sihir menyihir, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi perbuatan terkutuk dan terkeji yang tidak patut berada dalam jiwa umat Islam. Tetapi berlaku di sebaliknya. Islam berada di jiwa orang yang kotor.

Kepercayaan bathil atau agama yang bukan Islam pula berada di jiwa orang2 yang bersih dari tingkah laku buruk. Fenomena terbalik ini cukup terserlah bukan disebabkan alam semula jadi tetapi  ini adalah satu penghinaan Allah swt terhadap orang2 Islam kerana gagal menghayati Islam cara Nabi Muhammad saw.

Jiwa menjadi kotor disebabkan telah masuk kebesaran dunia tamakkan harta benda, wang, kuasa dan wanita kerana ajaran Islam diabaikan. Ajaran Islam tidak dapat memenuhi atau memuaskan nafsu keseronokan dunia. Manusia terjerumus ke kancah maksiat dan menjadi sebati dan sukar untuk keluar atau bertaubat.

Apakah tiada jalan keluar atau ada jalan keluar tetapi tidak mahu keluar?

Jawapannya terletak di bahu pemimpin2 Islam.

Pemimpin2 Islam yang terdiri dari Raja2, PM, Menteri2, mufti2 wakil2 rakyat sehingga ke ketua kampong tidak memainkan peranan mengajak rakyat ke arah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

Semua pemimpin2 Islam di atas kena memaksa mewajibkan  diri mereka untuk  menghidupkan masjid dan menjadi khatib khutbah solat Jumaat, menjadi imam solat fardhu  dan berjemaah setiap waktu.

Rakyat yang faham Islam kena peka dengan aktiviti pemimpin2 yang tidak melaksanakan ajaran Islam. Rakyat kena bersoal jawab dan bertindak jika pemimpin2 jenis liat untuk beribadah ini dibiarkan berkuasa. Rakyat kena proaktif memeriksa pergerakan semua pemimpin2 yang berkuasa dan mereka wajib memberi nasihat seterusnya amaran jika gagal melakukan amalan ini supaya berubah jika ingin terus memimpin, Gagal bermakna PRU akan datang kelayakkan untuk menjadi calun tiada harapan lagi.

No comments:

Post a Comment