Friday, 1 June 2012

TIDAK SALAH MENJADI KAYA

Tidak salah menjadi kaya. Malah Allah swt menggalakkan kita berusaha menjadi kaya dan dalam masa yang sama kita wajib mengingatiNya dan jangan lalai. Kaya yang terbaik adalah hasil usaha sendiri secara halal. Kita tidak cemburu kepada sesiapa sahaja selagi dia berusaha  mencari harta dan wang dari punca  yang halal dan tidak menindas sesiapa pun atau mengambil hak orang lain. Hasil kekayaan bukan semua milik si pemilik tetapi 2.5% adalah hak orang lain ia itu zakat. Kekayaan juga bukan bererti ini aku punya tetapi adalah amanah Allah swt terhadap pemiliknya dan Allah swt telah memilih si pemilik untuk memiliki harta atau wang berdasarkan rezeki yang Allah swt telah tetapkan. Sesungguhnya diri kamu, masa kamu dan harta kamu Allah swt telah beli dengan syurga, bagi orang2 yang berakal. Adakah kita sanggup menjual semula kepada Allah swt seperti para2 sahabat Nabi saw bila diseru untuk berjihad?

Memberi peringatan kepada orang2 kaya tidaklah menjadi satu kesalahan kepada orang yang ingin menegur kerana moga2 dengan teguran atau peringatan itu dapat menginsafkan jika seseorang itu terlajak. Allah swt galakkan memberi peringatan sesungguhnya peringatan itu akan memberi menafaat kepada penegur dan juga yang kena tegur.

Sedekah atau korban dijalan Allah adalah sebaik2 jihad(jihad yang dimaksudkan pada zaman ini ialah korbankan diri, masa dan harta di jalan Allah ia itu buat kerja dakwah. Di zaman Nabi saw, semasa Islam sedang berkembang jihad yang dimaksud berperang kerana masa itu Islam sedang berdepan dengan musyrikin Quraish. Hari ini kita berdakwah bukan dengan pedang tetapi menyampaikan atau memberi peringatan kepada umat Islam yang jauh dari perintah Allah supaya kembali mengamalkan Islam yang telah lama ditinggalkan dan disamping itu juga berdakwah kepada orang2 bukan Islam. Ceritakan kepada mereka kebaikan Islam bukan menakut2 mereka dengan potong anu….. potong tangan dan tidak boleh makan dan minum….. itu dan ini. Ini tugas orang2 UMNO BN,orang2 PAS Pakatan Rakyat dan semua orang2 yang mengaku Islam.

No comments:

Post a Comment