Tuesday, 29 May 2012

DEBAT ISU SEMASA ATAU UMUM - MESTI DITERUKAN

Di sekolah guru melatih berdebat dan seterusnya ke pertandingan berdebat antara sekolah, negeri dan kebangsaan. Debat adalah satu aktiviti yang boleh memberangsangkan otak supaya boleh berfikir sebagai pencadang atau pembangkang. Tajuk juga tidak terhad kepada satu2 isu dan masa juga tidak terhad kepada sekian2 jam. Yang lebih baik adakan debat bersiri bagi setiap isu. Moderatornya juga dari kalangan bukan pro sesuatu parti tetapi jika pro pun kena ambil sikap tidak berat sebelah. Ini  yang susah nak jaga emosi. Kadang2 moderator pun terbawa2 dengan emosi yang susah dikawal. Moderator kena bersifat professional tambahan pula ada gelaran PhD didepan. Silap cakap orang kata PhD kangkong atau Phd cari makan.

PM adalah satu jawatan tinggi dalam masyarakat. Rakyat akan berbangga dengan seorang PM yang jujur dan amanah. PM juga kena berani berdebat dengan manifesto parti bukan menikus seperti tikus yang hanya berani curi2 makan bila tuan rumah tidur! Tidak perlu ada perasaan takut jika kita berani kerana benar. Jika takut bermakna PM bukan orang yang jujur dan amanah kerana isu yang akan didebatkan ialah isu kepentingan rakyat.

PRU 13 ini semakin hampIr. Debat yang berbentuk perancangan masa depan negara yang bersifat professional bukan bersifat memfitnah adalah sangat2 penting. Kebongkaran rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa perlu didebatkan dan pehak pembangkang mesti ada bukti2 yang sahih. Pihak pemerintah semasa juga mesti bersedia menepis hujah2 lawan dengan cara professional dan tidak memalukan kerajaan. Soalannya bolehkah kerajaan yang mengamal sifat keji boleh mematikan hujah lawan tanpa nampak bodoh?
Debat bukan nak cari pemenang tetapi yang mencari pemenang ialah rakyat.


Monday, 28 May 2012

MENCERCA DAHULU KEMUDIAN MINTA MAAF? KESIAN MUFTI PERAK

Ilmu saikologi(psychology) adalah ilmu membaca fikiran seseorang. Sifat seseorang itu boleh dibaca sama ada dari segi percakapan, perbuatan atau tindakan. Biasanya orang tersasul atau beremosi dengan sesuatu isu  boleh terlupa kepada diri sendiri dan jika dia seseorang yang berkedudukan dalam masyarakat boleh membuat masyarakat menyayangi  atau membenci dia.  Jangan dedahkan diri sendiri kepada kebencian rakyat!

Pendapat seseorang itu boleh ditafsirkan berdasarkan ucapan atau perbuatan yang diluahkan. Rujukan kepada seseorang yang terkenal seperti ahli fakwa mana2 negara telah ditafsirkan secara menyeleweng kerana kononnya untuk menguatkan hujah pada hal fatwa itu tidak bermaksud begitu. Begitu juga dengan majlis fatwa kebangsaan yang berfatwa Bersih 3.0 haram. Memperjuangkan kebaikan dengan cara berdemonstrasi kerana semua jalan perbincangan menemui jalan buntu dianggap haram?

Muzakarah? Islam sudah berusia lebih 1400. Amalan Islam masih ditahap gagal untuk dilaksanakan. Apakah muzakarah untuk melaksanakan segala ajaran al-Quran dan hadith atau muzakarah mencari formula perpaduan Melayu yang  berasaskan bangsa atau Islam?

Hendak menjadi orang tengah mestilah adil dan tidak pro mana2 parti. Begitu juga hendak menjadi pengerusi siasatan Bersih 3.0 juga kenalah dilihat dan berbaur bersih. Jika awal2 lagi telah mengeluarkan anggapan negetif, bolehkah menjadi pengerusi yang adil lagi bersih?

Muzakarah dalam Islam hanyalah dibolehkan kepada isu cabang2 bukan isu pokok  dalam Islam. Hukum2 wajib dilaksanakan telah jelas. Muzakarah hanya boleh dilakukan bagaimana kita hendak melaksanakan hukum2 yang wajib ini tanpa ada alasan negara majmuk atau orang2 Islam belum faham dan sebagainya.

Jawatan mufti bukan jawatan exco parti tertentu. Jawatan itu jawatan mulia tetapi jangan menjadi hina kerana pemegangnya telah menghina diri sendiri di khalayak rakyat.

Bercakap biarlah semua pihak senang hati dan boleh menerima kedudukan seorang mufti. Bukan menghina dahulu kemudian kita bercakap muzakarah atau mencerca dahulu kemudian meminta maaf? Dalam soal ini rakyat dapat menilai kemulian atau kehinaan seseorang mufti!

Sunday, 27 May 2012

BR1M PUSINGAN KE 2 RM500 DAPAT MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT?

Teori baru hasil thesis Phd UMNO BN, dengan RM500 dapat membantu masalah beban perbelanjaan harian untuk lima tahun?. Bantuan peneroka RM15,000 dibayar 3 kali juga dapat membantu beban kewangan. Bantuan buku teks sekolah RM200 juga begitu. Inilah menteliti galakan subsidi. Dalam masa yang sama kerajaan UMNO BN kata rakyat tidak boleh bergantung kepada subsidi. Siapakah yang mengalak subsidi dan dalam masa yang sama menyalahkan subsidi yang mereka sendiri cipta?

Boleh selesaikah dengan taburan wang yang sebegini banyak tanpa ada usaha untuk mengurangkan harga barang keperluan seperti beras, tepong, gula, minyak masak, ayam, daging yang naik mengila tanpa boleh dikawal secara praktikal oleh kementerian pengguna?  

Senarai harga yang ditetapkan di atas kertas oleh kementerian itu yang jelas hanya teori untuk dibaca! Hakikat sebenar dengan bersepahnya pasar2 di Malaysia yang menaikkan harga barang sesuka hati, mampukah kementerian mengawal secara pemeriksaan mengejut? Bila pegawai2  balik barang dinaikkan semula!

Bila hampir PRU 13 ini wang yang ditaburkan oleh kerajaan UMNO BN kepada rakyat atas nama bantuan BR1M, projek mi segera dan pelbagai umpan untuk memikat hati rakyat terutama orang2 Melayu memang tidak menasabah. Amalan ini boleh buat Malaysia bankrup!

Kenapa kerajaan tidak berani untuk menurunkan minyak petroleum, minyak masak, barang2 keperluan harian? Sebab utama kerana syarikat2 ini banyak membantu UMNO BN dalam pilihanraya?

Kerajaan gagal mengurus dan mentadbir negara secara bijak dan menasabah kerana sifat2 jujur dan amanah telah dirosakkan. Ini telah menyebabkan  politik menjadi kotor dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Cara mengurus dan mentadbir sebegini jika diteruskan boleh membuat negara muflis. Di takdirkan UMNO BN terus berkuasa selepas PRU 13 ini rakyat akan bertambah menderita kerana BR1M tidak akan diteruskan, harga barang2 akan melambung naik, petrol akan naik kerana sebelum pilihanraya mereka telah mengeringkan perbendaraan negara dengan lambakkan bantuan dan projek mi segera. Untuk mengisi semula kantong yang kosong dan untuk membalas budi syarikat2 yang telah membantu mereka kepada dana pilihanraya tidak ada jalan lain cukai barang2 dan perkhidmatan akan dihidupkan semula. Sekarang cukai ini hanya ditangguhkan kerana mendapat bantahan dari pembangkang.



Friday, 25 May 2012

JAWATAN PM TERGUGAT?

Bumi ini milik Allah. Dari utara ke selatan dan dari timur ke barat. Tidak ada satu bumi pun manusia boleh mendabik dada, ini negara aku punya. Begitu juga Islam, tiada ada bangsa hendak mendabik dada Islam ini agama bangsa Melayu punya!

Sejarah telah berlaku bilamana manusia ingkar dengan larangan Allah maka bala seperti kemusnahan kaum itu atau diterbalikkan negara itu sehingga diganti mahluk lain. Semua ini ditadbir dan diuruskan oleh Allah swt yang maha perkasa(bukan Perkasa yang ada di Malaysia-mahluk yang lemah dan sepatutnya ditukar ke nama lain-tiada ada manusia yang perkasa, sama juga tiada manusia yang layak guna istilah “maha”.

Malaysia menjadi rumit dengan bukan Islam kerana di bawah UMNO BN dakwah tidak ujud sebagaimana sunnah Nabi saw berdakwah siang malam supaya semua manusia dapat mentauhidkan Allah swt. Sebelum dan selepas merdeka tugas kerajaan UMNO hanya membangunkan dunia yang fana ini tanpa memikirkan bagaimana untuk membangunkan Islam supaya semua bangsa dapat beriman.

Akibatnya apa yang kita hadapi sekarang, mereka yang bukan Islam bertambah berani menuntut itu dan ini kerana mereka juga berfikir bagaimana hendak menjadi tuan kepada orang2 Melayu Islam kerana survival anak cucu mereka di bumi Malaysia.

Mereka telah berjaya mendapat Singapura kerana kelemahan UMNO dan Singapura sekarang bukan negara Islam dan menjadi ancaman kepada Malaysia kerana kawan karibnya Amerika dan Israel.

Walau pun Inggeris dipersalahkan membawa mereka masuk tetapi Inggeris telah tiada tetapi pengaruh keInggeris yang sebenarnya telah merosakkan Melayu dan Islam dan yang lebih malang orang2 Melayu Islam sendiri menjadi penghianat kepada bangsa dan agama sendiri.

UMNO sebenarnya telah membuka ruang seluasnya dari segi ekonomi dan politik kepada bukan Melayu. Kesannya orang2 bukan Melayu telah mengambil kesempatan ini menjadi gergasi ekonomi, amalan pelbagai agama yang tidak dapat dikawal sehingga berjaya memurtadkan orang2 Melayu Islam dan dalam masa yang sama menjadi  pengacau dalam politik Malaysia?
Siapakah sebenarnya yang telah belot kepada orang2 Melayu dan Islam? Jawapannya UMNO. PAS belum pernah memerintah Malaysia.

Soal siapa menjadi PM itu memang penting. Tetapi bolehkah orang2 Melayu Islam sekarang boleh menjamin jawatan ini dipegang oleh orang2 Melayu Islam untuk selama2nya kalau tahap Islam di bawah UMNO ini masih enggan mengiktirafkan ajaran al-Quran dan hadith?

MANUSIA DAN MASA

Masa berlalu seperti air sungai yang mengalir. Siapa yang perlu kepada air dia akan ambil menafaat dari air boleh minum, memasak, mandi dan lain2 lagi keperluan manusia. Manusia mustahil menyekat air atau masa dari berlalu. Dalam perjalanan masa ini manusia  sentiasa rugi seperti surah Asri - demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang2 beriman - itu pun rugi, orang2 yang beramal soleh - itu pun rugi lagi, orang2 yang berpesan2(buat dakwah) itu pun rugi dan akhir sekali orang2 yang untung - orang2 yang buat semua di atas dengan sabar dan kerana Allah swt.

Allah berikan manusia otak dan akal. semua dapat baik orang2 Islam atau orang2 bukan Islam. Tetapi otak Islam, akalnya tidak sama dengan bukan Islam. Orang2 Islam Allah sedia al-Quran dan as-sunnah sebagai pegangan dan panduan hidup bila mengunakan akal sedangkan bukan Islam semata2 otak dan akal.

Perbezaan ini jelas tetapi malangnya manusia Islam gagal mengunakan al-Quran dan as-sunnah kerana kejahilan diri sendiri yang tidak mahu kepada amalan Islam. mereka mengunakan akal samalah juga akal bukan Islam. Bila ini berlaku sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian walau pun dia kaya di dunia tetapi akan muflis di akhirat. Di dunia ini jika dia pemimpin dia akan menjadi mahluk perosak kepada iman. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dipertahankan seolah perkara ini mendatangkan pahala sedangkan hakikat sebenar mendatangkan dosa besar.

Kita tidak boleh salahkan masa. Masa tetap akan berlalu sama ada manusia menafaatkannya atau tidak. Masa itu emas, emas akan musnah. Masa itu iman, iman akan kekal seperti kekalnya kehidupan syurga atau neraka.

Sejarah adalah apa yang ditinggalkan oleh manusia. Kalau Firaun, Namrud, Hamman, Qarun atau Abu Lahab mereka tinggal sejarah keegoan, sombong, takbur dan pelbagai sifat2 terkeji, Nabi2 a.s meninggal sejarah iman, taqwa, tauhid dan pelbagai sifat terpuji. Sejarah seperti masa tidak boleh disekat, tetapi manusia mampu menyekat sejarah Firaun dari berulang jika ada kesungguhan mempertahankan iman. Sejarah kaum Nabi Lut boleh dihalang oleh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt walau pun di zaman sains dan teknologi.

Masalah manusia Islam hari ini mereka membaca al-Quran dan mereka jahil as-sunnah. Membaca al-Quran atas nama dulu dipanggil pertandingan kemudian musabaqah dan yang terbaru belum ada yang terbaru ia itu tilawah al-Quran. Semua ini dilakukan atas nama menghidupkan Islam tetapi sebenarnya mempersenda2kan al-Quran. Al-Quran bukan untuk diperdengar siapa yang paling sedap dan bertajwid yang betul tetapi isi kandungan al-Quran itu yang wajib dilaksanakan bersesuai dengan pengakuan kita sebagai orang2 beriman lagi bertaqwa kepada Allah swt.

Wednesday, 23 May 2012

DEBAT LAGI DAN LAGI

Debat PTPTN adalah salah satu tajuk. Bagaimana hampir PRU 13 ini diperbanyakkan debat. Tajuk yang dicadangkan:
Projek NFC,
Skandal kapal selam scopene,
Siapa pembunuh atau pengarah filem Altantuya?
Subsidi IPP, terms and conditions,
Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 kenapa rakyat berdemonstrasi?
Fitnah bersiri DSAI,
Projek pembinaan Istana Negara- kos binaan yang mengila kenaikan dari ratusan juta ke billion RM?
Lapuran ketua audit Negara kebocoran RM28 billion tahun 2008 dan tahun berikut?
Kenapa skandal kapal selam dibicarakan di Perancis. Apa kena mengena dengan Najib?
Pelupusan hutang TS Tajuddin, Siapa sebenarnya terlibat dengan kerugian MAS?
KWSP, Petronas sumber penyelamat kerajaan dan syarikat bermasalah?
Kenapa Felda Ventures hendak disenarai bursa saham?
Skandal wang Tabung Haji?
Kenapa Malaysia pengeluar minyak tidak boleh jual minyak murah bila minyak dunia turun?
Kenapa harga getah dan kelapa sawit naik mendadak tiba2 turun mendadak?
Kenapa tahun 2012 penuh dengan bantuan BR1M dan bantuan baucer buku teks RM200 tiba2 muncul sedangkan tidak timbul sebelum ini?
Kenapa tiba2 peneroka Felda mendapat durian runtuh RM15,000 tiga kali bayar. Kenapa tidak sekali gus. Kenapa kurang sepatutnya RM50,000 baru boleh dikatakan peneroka tersandar terkejut beruk!

Itu ada 0.001 bahagian yang dicadangkan belum pun sampai 1 bahagian. Cukuplah tu! Itulah hasil 55 tahun UMNO mengemudikan negara Malaysia. Kalaulah kapal sudah tentu seperti Titanic. Karam dalam keseronokkan dan kemewahan dunia ciptaan manusia!

Tuesday, 22 May 2012

BUDAYA BARAT LEBIH TERBUKA

Najib kata berdebat itu budaya barat. Adakah penakut, malu, fitnah memfitnah, tidak kreatif, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu budaya timur? Budaya barat ini banyak yang positif dari negatif.

Budaya barat mengajar kita erti jujur dan amanah. Untuk menghasilkan sesuatu perkara yang bermutu tinggi seseorang itu kena ikut budaya barat atau Jepun. Malaysia tidak boleh maju seperti barat atau Jepun kerana pemimpin2 UMNO BN mengamalkan budaya politik kotor.

Seorang PM yang kreatif dan produktif semestinya bijak dalam segala2nya. Bermula dari Islam sehingga dalam kehidupan rakyat sewajibnya dipenuhi oleh amalan jujur dan amanah. PM semestinya patuh kehendak rakyat. Rakyat akan menghormati seorang PM yang jujur dan amanah.

Dalam konteks Malaysia pengharapan rakyat untuk mendapat seorang PM yang jujur dan amanah, diibaratkan jauh semanggang dari api. Seorang PM yang berjiwa rakyat akur dengan masalah rakyat bukannya buat pekak badak.

Budaya barat yang kita mesti jauhi ialah pergaulan bebas lelaki perempuan, arak, judi, dasar liberal terhadap gays, lesbians, transgender dan biseksual dan lain2 yang diharamkan Islam itu yang sewajib kita tentang.

Perbahasan atau berdebat ini adalah satu aktiviti merangsang otak supaya boleh berfikir secara kritis(critical thingking). Orang2 Melayu cukup lemah dalam hal ini. Sebab itu UMNO BN boleh tipu orang2 Melayu hidup2 kecuali orang Melayu yang telah mati tetapi itu pun pemimpin2 Melayu tipu juga sehingga mereka boleh hidup semula bila masa membuang undi, selepas mengundi mati semula untuk lima tahun lagi!

Kita terasa semangat berdebat ini cukup baik untuk pelajar2 di universiti di Malaysia untuk memulihkan minda yang telah didungukan oleh akta AUKU untuk pelajar2 dungu yang takutkan debat seperti Najib.  Di Amerika, UK debat ini perkara biasa. Hasilnya PM atau Preseden mereka berfikiran terbuka dan tidak terkesan dengan kritikan membina dan kebanyakkan pendapat mereka lebih ilmiah bukan emosi seperti ucapan PM Najib. Anda boleh lihat dan dengar bagaimana seorang PM Malaysia berucap kepada penyokong beliau dalam video terbaru Bersih 3.0.

Saturday, 19 May 2012

MAKSUD MUZAKARAH

Muzakarah sama ada ikhlas atau tidak prinsip asasnya muzakarah hanya boleh dilakukan berpandukan dan berdasarkan  rekod2 perjuangan sesuatu parti itu yang betul2 hendak ke arah perlaksanaan perintah Allah swt atau hanya bersendiwara semenjak 55 tahun dahulu.

Jika betul2 UMNO hendakkan Islam mereka sebagai parti pemerintah tidak perlu menunggu muzakarah dengan PAS kerana jika ada kesungguhan ke arah penghayatan Islam semua pemimpin2 Islam selepas merdeka sepatutnya sudah banyak perintah Allah swt telah terlaksana.

Muzakarah adalah alasan untuk berhujah atau kitar semula kepada pegangan mereka terhadap Islam ia itu kita tidak dapat melaksanakan hukum hudud kerana negara majmuk. Kita perlu kepada masa untuk rakyat memahami hudud.
Jika UMNO betul2 hendak kepada ajaran Islam mereka sepatutnya telah memulakan ke arah ini selepas merdeka lagi.

Selepas merdeka 55 tahun tiada satu hukum hudud pun yang pernah UMNO draf  malah hukum hudud PAS pun mereka pertikaikan dan perkara2 yang bercanggah dengan hukum syarak pun mereka tidak berusaha menghapuskan seperti judi, arak dan lain2 lagi aktiviti yang merosakkan akhlak umat Islam.

Alasan negara majmuk dan rakyat perlu memahami hudud ini sebenarnya tidak akan tercapai selagi kesungguhan yang ditunjukkan oleh UMNO hanya permainan sifat orang2 munafik. 55 tahun selepas merdeka masa yang cukup panjang untuk menyediakan latihan kepada peguam2 Islam untuk mengendalikan hudud dan alasan negara majmuk ini adalah alasan orang2 yang memang sudah jelas tidak sukakan hudud. Hudud hanya untuk orang Islam. Jika dikaitkan dengan orang bukan Islam, ini adalah satu alasan yang dicipta sebenarnya untuk menentang perlaksanaan hudud.

Dari hujah2 di atas dan pengalaman kita di bawah UMNO, memang jelas muzakarah ini menjadi alat untuk menyelamatkan UMNO dari disingkir oleh orang2 Melayu Islam dalam PRU 13 ini. 

Bilakah muzakarah boleh diadakan? Muzakarah hanya boleh diadakan bila UMNO telah membuat perubahan. Lesen judi, arak dan pusat hiburan di hapuskan. Penyelewengan, rasuah dan salah gunakan kuasa sudah diambil tindakkan. Nama2 pendaftaran pemilih telah dibersihkan. Fitnah memfitnah dalam bentuk video atau tulisan atau siaran TV, akhbar perdana diharamkan. Kempen menipu rakyat dalam TV, akhbar perdana dan lain2 media diharamkan.

Muzakarah hanya wajib  kepada perlaksanaan urusan yang berkaitan dengan perintah Allah swt. Muzakarah yang tidak ke arah ini bukan muzakarah tetapi  akan menuju ke arah pertelingkahan yang lebih besar dan akhirnya masalah tidak akan selesai kerana ego2 dan pegangan masing2 sekular dan Islam tetap kepada asal.

UMNO SEMAKIN KUAT ATAU SEMAKIN NAK REBAH?

Pokok pisang biasanya bila muda dan belum berbuah batangnya semakin kuat tegak. Tetapi tegak ini bergantung kepada produk ia ia itu buah. Bila tidak berbuah tuan punya pun tidak senang hati, sampai masa tebang. Bila berbuah pun ia akan korban juga sama ada patah batang atau jika buah terlalu berat atau bila buah dah tua nasib kena tebang tetap akan dijalankan. Tetapi kegunaan pisang ini tetap berpanjangan sehingga hari khiamat kerana emak mati kena tebang dan akan disambung oleh anak2 pula. Hakikatnya pokok pisang tidak akan pupus sehingga hari ini pisang tetap pisang walau pun berjuta emak dia telah korban!

Berlainan dengan parti kalau sudah busuk, walau pun ada anak2 bila orang sudah tahu keturunan busuk siapa pun tidak mahu walau pun diberi percuma. Begitulah nasib parti. Pantun Melayu yang popular, pisang emas dibawa belayar, masak setandan dalam peti, hutang emas boleh dibayar,  UMNO semakin lemah pasti PRU 13 ini akan dikubur mati.

Dua pegawai tinggi polis Datuk Fauzi(bekas Ketua siasatan jenayah) dan Datuk Ramli(bekas Ketua siasatan jenayah komersil) dah masuk PAS dan dengar kata ramai lagi nak masuk PAS bila bersara dan bekas menteri cabinet TS Kadir belum masuk PAS lagi tetapi dah cakap ikut keturunan pembangkang! Apakah mereka ini melihat UMNO tiada masa hadapan lagi atau ada penyakit mudah berjangkit yang semua orang mula menjauhkan diri?

Selagi bapa hidup banyak wang dan harta semua anak2 akur dengan bapa. Bila bapa mulai tua dan kerap sakit ada anak2 yang dah mula kira harta faraid. Kalau ikut faraid itu baguslah. Ada yang macam penyamun tarbus cerita P.Ramlee, satu untuk kau, satu untuk aku, satu untuk kau, tiga untuk aku.
Begitulah bila Islam hanya tinggal pada nama. Amalan pun dah berubah.

BEZA UNDANG2 DAN ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN

Malaysia di bawah pemerintah UMNO BN keadaan semasa semakin rumit. Suruhanjaya Reid yang mengubal undang2 Perlembagaan Persekutuan sebelum merdeka dan digunapakai selepas merdeka atau dilindungi atau dinaungi tidak memasuki Klaus LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual Transgender) sebagai undang2. Kerana kelemahan ini dan kemajuan dan kemodenan pesat Malaysia cara barat maka aktiviti mereka telah meresap dan menjadi semakin popular di kalangan  bukan Islam dan  juga mereka yang mengaku Islam.

Seorang penulis buku wanita Lesbian(buka Lebanon) keturunan Uganda warga Kanada Irshad Manji telah datang ke Malaysia untuk memperkenalkan buku yang bertajuk Allah Kebebasan dan Cinta. Nama tajuk pun mengancam umat Islam. Silap2 boleh menyesatkan umat Islam kerana aktiviti dia.

Apa kata bar council-majlis peguam- tiada peruntukkan undang2 bagi menyekat aktiviti ini. Jamil Khir pun terperangkap dengan peruntukan undang2. Undang2 yang ada longgar, lemah dan mudah reput jika dicabar oleh Karpal Singh. Itulah yang kita bangga2kan dengan undang2 ciptaan Reid. Cukup rumit untuk mempertahankan perkara haram dalam undang2 sivil. Keputusannya pun kita sudah tahu kes akan kalah. Kita hanya tunggu puak yang “cerdik” untuk memfailkan kes sebegini di mahkamah. Apa yang Jamil Khir boleh buat? Mereka hanya boleh kata agama Islam ialah  agama persekutuan. Itu agama bukan undang2 persekutuan! Mereka akan mencabar kelompongan undang2 yang sedia ada bukan agama yang sedia ada! Jadi cerdiklah sikit bila duduk kerusi menteri!

Friday, 18 May 2012

DEMOKRASI MEROSAKKAN UMAT ISLAM?

Kelemahan undang2  sistem demokrasi  yang  diamalkan oleh umat Islam yang liberal telah menghasilkan 1001 macam masalah  kepada umat Islam. Undang2 yang dicipta oleh manusia yang serba lemah ini bila dipraktikkan atau diamalkan sebagai undang2 negara telah membuktikan menjerat umat Islam sendiri. Kelemahan undang2 yang berkaitan dengan hak asasi manusia cukup lemah dan terdedah kepada cabaran oleh pihak2 tertentu terutamanya warganegara bukan Islam dan atas nama kebebasan hak asasi manusia.

Perkara yang haram dalam Islam tidak dapat  dicegah  kerana peruntukan undang2 sivil yang sedia ada boleh dicabar bila2 masa sahaja oleh mereka yang bukan Islam. Di manakah maruah pemimpin2 Islam apabila setiap kali kes yang dibicarakan melibatkan perkara haram kalah kepada bukan Islam! Contoh yang jelas kes murtad dan kes kebebasan LG (lesbian, gay dan lain2-akan dicabar melalui undang2 yang sedia ada). Paling malang ada pemimpin2 bersetongkol kerana untuk mendapat sokongan undi mereka, ada pemimpin2 Islam akan mengadai prinsip Islam kerana mempertahankan hak kumpulan ini  dalam melakukan perbuatan haram. Pemimpin2 jenis ini jika ada, umat Islam wajib menentang mereka dan singkirkan mereka dari memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Kita terasa terhina dan dimalukan oleh bukan Islam dengan undang2 sivil ini. Kesannya jelas umat Islam  dan agama Islam menjadi sangat terhina dibumi sendiri! Apalah erti kemerdekaan jika pemimpin2 Islam sendiri yang kita mengharapkan dapat melindungi umat Islam dan agama Islam tetapi sebenarnya menjadi orang suruhan kepada penjajah! Mereka telah diasuh dan dilatih menjadi penjajah baru yang menjajah bangsa sendiri dan membuka ruangan untuk dijajah dan kali bukan Inggeris tetapi lebih dahsyat dari itu amalan Yahudi. Kita menentang Israel dan Yahudi tetapi amalan mereka masuk melalui alam maya ke peti TV di rumah orang2 Islam. TV adalah satu alat moden yang baik tetapi bila tidak dikawal maka jadilah TV alat membiak maksiat.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah insyAllah selepas PRU 13 ini, semua bentuk penyiaran wajib ditapis oleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Jangan biarkan mereka yang dikatakan Melayu Islam tetapi sebenarnya berjiwa Islam Hadhari menjadi ketua2 atau menteri2 yang bertanggungjawab kepada pembentukkan akhlak umat Islam bukannya menjadi hamba kepada ekonomi kapitalis!

Thursday, 17 May 2012

AKHIR ZAMAN UMAT ISLAM BERPECAH KERANA CINTAKAN DUNIA

Agama Islam adalah agama suci dan agama yang diredhai
Allah swt.

Sepatutnya penganut Islam itu terhindar dari perbuatan syirik, hasad dengki, busuk hati, fitnah memfitnah, sihir menyihir, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi perbuatan terkutuk dan terkeji yang tidak patut berada dalam jiwa umat Islam. Tetapi berlaku di sebaliknya. Islam berada di jiwa orang yang kotor.

Kepercayaan bathil atau agama yang bukan Islam pula berada di jiwa orang2 yang bersih dari tingkah laku buruk. Fenomena terbalik ini cukup terserlah bukan disebabkan alam semula jadi tetapi  ini adalah satu penghinaan Allah swt terhadap orang2 Islam kerana gagal menghayati Islam cara Nabi Muhammad saw.

Jiwa menjadi kotor disebabkan telah masuk kebesaran dunia tamakkan harta benda, wang, kuasa dan wanita kerana ajaran Islam diabaikan. Ajaran Islam tidak dapat memenuhi atau memuaskan nafsu keseronokan dunia. Manusia terjerumus ke kancah maksiat dan menjadi sebati dan sukar untuk keluar atau bertaubat.

Apakah tiada jalan keluar atau ada jalan keluar tetapi tidak mahu keluar?

Jawapannya terletak di bahu pemimpin2 Islam.

Pemimpin2 Islam yang terdiri dari Raja2, PM, Menteri2, mufti2 wakil2 rakyat sehingga ke ketua kampong tidak memainkan peranan mengajak rakyat ke arah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.

Semua pemimpin2 Islam di atas kena memaksa mewajibkan  diri mereka untuk  menghidupkan masjid dan menjadi khatib khutbah solat Jumaat, menjadi imam solat fardhu  dan berjemaah setiap waktu.

Rakyat yang faham Islam kena peka dengan aktiviti pemimpin2 yang tidak melaksanakan ajaran Islam. Rakyat kena bersoal jawab dan bertindak jika pemimpin2 jenis liat untuk beribadah ini dibiarkan berkuasa. Rakyat kena proaktif memeriksa pergerakan semua pemimpin2 yang berkuasa dan mereka wajib memberi nasihat seterusnya amaran jika gagal melakukan amalan ini supaya berubah jika ingin terus memimpin, Gagal bermakna PRU akan datang kelayakkan untuk menjadi calun tiada harapan lagi.

55 TAHUN MERDEKA APA KEMAJUAN DICAPAI?

Malaysia telah merdeka dari dijajah, dilindungi dan dinaungi oleh Inggeris 55 tahun lepas. Orang2 Cina telah maju begitu mendadak dari segi pemikiran sama ada dalam bidang teknologi, sain dan perniagaan dan diikuti oleh orang2 India.

Malaysia di bawah UMNO dan 6 PM(semuanya Melayu Islam), rakyat Melayu Islam masih terkial2 mencari hala tuju. Ada yang masih rabun ayam, ada yang masih rabu rabun dan ada yang masih rabun hampir buta dan banyak juga yang telah buta. Buta yang paling ditakuti ialah buta hati.

Apakah yang telah kita berjaya di bawah PM2 ini? Yang jelas kita telah belajar erti liwat, fitnah memfitnah, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh mereka yang berkuasa! Sejak kebelakangan ini kita belajar satu lagi perangai buruk ia itu demonstrasi tunjuk punggung di depan rumah Ambiga. Inilah kemajuan yang diajar oleh UMNO BN dan Perkasa. Adakah kesan dari video “DSAI” telah meresap ke dalam jiwa ahli2 Perkasa atau sememangnya mereka suka………..Syabas diucapkan kepada mereka kerana telah berani mengiklan perangai buruk ini keperingkat antarabangsa! Orang2 di benua Afrika menyangka mereka yang masih mundur tetapi bila disiarkan gambar melalui setelite mereka terasa lega kerana ada lagi orang termundur yang belum bertamadun di benua Asia!

Apa lagi yang hendak dibanggakan oleh orang2 Melayu Islam? Semua sifat2 terkeji ada pada orang2 Melayu Islam?

Pemimpin2 UMNO gagal mendisplinkan rakyat. Kerana kegagalan ini maka rakyat bangkit melalui demonstrasi Bersih dan demonstrasi ini juga ada definasi tersendiri oleh pihak berkuasa seperti polis melebelkan haram. Demonstrasi tunjuk punggung dan jual burger di depan rumah Ambiga dikata tidak melanggar undang2 kerana tidak menganggu ketenteraman awam. Ini lagi satu sifat yang lebih kurang sama seperti  dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh Perkasa!

Bangunlah minda anda. Laksanakan undang2 secara professional. Anda diperhatikan oleh dunia. Bolehkah anda berbohong kepada rakyat Malaysia sedangkan rakyat Malaysia di luar negara lebih kuat laungan Bersihnnya!

Tebal muka bila bersua dengan mat saleh. Are you Malay. Yes, answer ooo… perlilah tu. I am a Malay but I am a Muslim Malay. They too claimed Muslim Malay. Dunia akhir zaman.

www.iman2taqwa.blogspot.com

Wednesday, 16 May 2012

DI MANA ADA GULA DI SITU ADA SEMUT

Warga guru terdiri dari mereka yang cerdik. Kenapa profesional guru sahaja yang diutamakan kenaikan pangkat, profesional lain seperti tentera, polis dan lain2 jabatan tidak pentingkah? Jawapannnya mudah. Ramai guru telah menyokong PR kerana meluat dengan UMNO BN. Kenaikkan pangkat guru hanyalah hendak menunjukkan PRU 13 sudah hampir. Kenaikkan pangkat guru ini adalah perkara biasa sahaja bila waktu biasa(tiada PRU) tetapi akan menjadi modal utama bila PRU menjelang tiba. Kenaikkan guru ini adalah perkara biasa sahaja bila cukup  tahun gred pun naiklah. Hendak diheboh2 kan buat apa.

Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500(BR1M) bantuan buku teks sekolah RM200, durian runtuh yang jadi tempoyak hingga tersandar peneroka rupa2nya hanya RM15,000 sahaja itu pun bayar 3 kali.

Sebelum PRU 13 mungkin RM5000 lepas PRU 13 kalau UMNO BN menang lagi akan senyap sepi buat lima tahun lagi dan peneroka mengigit jari.  Kita ingatkan peneroka tersandar atau menghempus nafas terakhir kerana ingatkan RM50,000 sekali gus rupa2 dapat RM15,000 sahaja dan itu pun ansuran pula macam beli kereta terpakai! Bila hampir PRU kaum peneroka begitu kaum guru dan peneroka begitu berharga kerana undi bernilai untuk mengekalkan kuasa kebathilan!.Begitulah penghinaan terhadap peneroka.

Kami kaum di kampung2 tidak ada bonus ke? Kami pun menyumbang kepada ekonomi negara juga seperti bersawah, penoreh getah, kelapa sawit dan lain2 tanaman kontan? Kain pelekat dan RM …….. dan bawa pergi rombongan ke Hadyai bukan bonus ke? Itu politik wang atau rasuah wang? Itu sumbangan “ikhlas” dari UMNO BN.

Kenapa peneroka, guru sahaja jadi anak emas? Kenapa UMNO BN tidak takut dengan tentera dan polis kerana mereka undi pos! Di Felda seluruh Malaysia ada 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN. Kalaulah BN dapat tawan semua kerusi di Felda raya kataklah mereka. Sebab itu dipancing dengan wang kepada semua peneroka supaya sokong UMNO BN. Kenapa tiba2 sahaja peneroka bernilai di waktu  PRU? Jawapannya semua rakyat Malaysia yang cerdik dari kalangan PR sudah tahu sejak 55 tahun dahulu, kini dan isyAllah tidak diamalkan selama2nya.

Cerdik dahulu, cerdik sekarang.

www.iman2taqwa.blogspot.com

APALAH NASIB ISTILAH POLITIK?

Politik(politics) adalah satu perkataan seperti juga perkataan pedagogi(pedagogy). Perkataan ini cantik tetapi bila manusia merosakkan perkataan ini dengan menyeleweng erti sebenar maka menjadilah ia kotor sekotor manusia yang berfikiran kotor lagi jijik. Kesannya semua manusia yang diketegorikan bodoh tanpa mengetahui erti sebenar perkataan ini menggangap politik itu kotor.

Politik adalah cara atau kaedah sesuatu kerajaan memerintah. Jika cara atau kaedah memerintah Islam maka jadilah ia politik Islam. Jika cara memerintah secara diktaktor atau kuminis maka jadilah politik diktaktor atau komunis.

Sebaik2 politik ialah politik yang diamalkan Nabi Muhammad saw.
Mempraktikkan  semua perintah Allah swt(al-Quran dan hadith) tanpa ragu2 dalam sistem pemerintahan.

Pedagogi adalah cara atau kaedah seseorang guru mengajar. Jika cara atau kaedah mengajar cara Islam maka jadilah pedagogi itu bersih. Jika cara mengajar mengunakan kaedah kotor maka jadilah pedagogi itu kotor.

Sebaik2 pedagogi ialah pedagogi yang diamalkan Nabi Muhammad saw.
Mengajar dan belajar semua ilmu Allah swt(al-Quran dan hadith) tanpa ragu2 dan mengamalkan dalam mendidik para sahabat dan umat akhir zaman.


Hari ini umat Islam dikelirukan oleh umat Islam sendiri yang terdiri dari yang betul2  faham Islam atau Islam setengah masak(yang ambil Islam dalam kematian, kahwin sahaja) dan dijaja begitu meluas sehingga istilah politik mengelirukan umat Islam apa sahaja yang dikatakan politik, secara otomatik menjelma dalam fikiran politik itu kotor.

Kesan dari salah tafsir istilah ini ujudlah pemisahan politik dan Islam. Sedangkan al-Quran yang lengkap merangkumi dalam Islam itu ada politik. Begitu juga telah timbul masalah baru yang dicipta oleh UMNO, majlis peguam itu telah menjadi badan politik seperti yang dikatakan oleh Rais Yatim. Adakah menegakkan kebenaran itu salah? Sehingga dicadangkan pula oleh Nazri untuk menubuh akedemik peguam untuk mengantikan majlis peguam yang telah ujud sekian lama! Bila selera tidak sehaluan atau kebenaran dianggap kebathilan dan kebathilan dianggap kebenaran maka pemimpin2 begini rakyat wajib singkirkan mereka. Dengan mengekalkan mereka sebagai pemimpin akan membuat banyak lagi kerosakkan kepada umat Islam. Inilah yang dimaksudkan manusia buta hati, pekak telinga dan bisu dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 7.

www.iman2taqwa.blogspot.com

Tuesday, 15 May 2012

TAFSIRAN PRINSIP?

Prinsip mempunyai tafsiran yang pelbagai. Ada orang kata prinsip itu pegangan yang kukuh dan betul dengan cara hidup yang diredhai Allah. Ada orang kata prinsip itu pegangan yang kukuh dan betul dengan cara hidup yang tidak diredhai Allah. Orang2 Islam wajib berpegang kepada prinsip yang diredhai
Allah swt berasaskan prinsip rukun Islam yang lima.

Ramai orang berhujah tentang prinsip. Orang Islam berhujah hanya prinsip Islam sahaja yang betul tetapi ada orang Islam lain berhujah Islam itu betul tetapi semua agama sama(pluralism).

Ada orang menyokong prinsip Bersih salah dan yang lebih malang orang2 Melayu Islam sendiri. Ada orang menyokong prinsip Bersih betul dan terdiri dari orang2 Islam sendiri. Ada orang bodoh dengan prinsip dan tidak tahu sesuatu prinsip itu betul atau salah. Yang bodoh memanglah bodoh serupa orang gila memanglah dia gila. Kalau dia bunuh orang pun mahkamah buang kes. Orang gila bila dibawa ke mahkamah ditanya oleh hakim Ya atau Tidak dia tetap tersenget dan akhirnya hakim pun boleh jadi gila kerana berhakimkan hakim bodoh!

Prinsip bukan bergantung kepada sausana atau keadaan tetapi bergantung dengan kata kunci jujur dan amanah. Prinsip bukan tafsirannya sebarangan. Prinsip hanya ada kepada kebenaran. Lain dari itu bukan prinsip tetapi kebathilan. Prinsip kebenaran membuat manusia mendekati Allah swt. Prinsip kebathilan membuat manusia mendapat kemurkaan Allah swt.

Prinsip bukan boleh diubah2 terutamanya prinsip kebenaran. Halal itu tetap halal dan haram itu tetap haram. JIka prinsip itu diubah sesuka hati maka jadilah manusia yang buta prinsip.

Buta prinsip tetapi tetap dihargai kerana kepentingan sesuatu pihak bukanlah prinsip yang diredhai Allah swt. Prinsip begini walau pun dihargai manusia yang buta prinsip tetapi sebenarnya juga dihargai oleh syaitan yang mempunyai prinsip kebathilan yang sama.

www.iman2taqwa.blogspot.com

APAKAH DEFINASI PEMBANGKANG?

Apa maksud pembangkang? Pembangkang bukan parti pembangkang seperti PAS, PKR, DAP dan lain2 parti pembangkang. Pembangkang ialah manusia yang  menjadi manusia yang membangkang kerana pemerintah yang ada tidak memerintah dengan adil, jujur dan amanah. Pembangkang tidak semestinya dari parti pembangkang. Ianya juga boleh datang dari parti pemerintah yang membangkang perkara yang tidak betul.

Contohnya di Jepun. Parti yang memerintah sekarang tidak boleh buat sesuka hati seperti di Malaysia kerana ahli2 parti yang memerintah sentiasa peka dengan tingkah laku PM mereka. Jika PM mereka terkeluar dari landasan yang tidak betul seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa maka ahli2 mereka akan menegur dan jika teguran tidak didengar mereka akan adakan undi tidak percaya seterusnya memecat PM mereka.

Masalah di Malaysia walau pun PM mereka mempunyai 1001 masalah mereka tetap membela dan menyokong membabi buta. Kesan dari gagal menegur PM mereka, maka mereka yang tidak berpuas hati semakin ramai keluar parti menjadi pembangkang.

Parti2 pembangkang yang berdaftar hanyalah platform untuk meluahkan perasaan dan seterus menentang dan  menumbangkan kerajaan jika sikap keji mereka tidak berubah iaitu melalui pilihanraya.

Pembangkang adalah manusia yang boleh berfikir dengan waras dan sentiasa peka dengan hal2 halal dan haram. Mereka ini adalah manusia yang betul2 jenis manusia dan kemanusian mereka memang jelas dan tidak boleh dipertikaikan.

Sejak kebelakangan ini orang2 bukan Islam pula yang memperjuangkan halal dan haram ini. Itulah hakikatnya bila orang2 Islam tidak menjaga Islam maka orang2 bukan Islam bangun membela perkara2 maksiat yang sepatutnya dicegah oleh orang2 Islam sendiri.

Tidakkah kita umat Islam tidak terasa malu dengan teguran2 yang dibuat oleh bukan Islam terhadap perbuatan keji yang dilakukan oleh pemimpin2 Islam?

Suasana di zaman Nabi Muhammad saw, baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah dan di sana baginda memulakan pemerintah Islam dan dalam masa yang sama hudud dilaksanakan. Setelah baginda wafat lebih dari 1400 tahun, masihkah kita berhujah Putrajaya dahulu hudud kemudian? Setelah 55 tahun merdeka sepatutnya UMNO wajib melaksanakan hudud bukannya menunggu PAS melaksanakan hudud. Adakah Islam UMNO lain dan Islam PAS lain?



HUDUD DAHULU PUTRAJAYA KEMUDIAN

Putrajaya dahulu hudud kemudian – Sepatutnya hudud dahulu Putrajaya akan menyusul kemudian. Dalam kita keghairan ke Putrajaya kita lupa hak kita sebagai orang Islam untuk membuat pendirian yang jelas dan sebenar2nya berhubung dengan hudud.

Walau pun kita terperangkap dengan gabongan parti yang bercampur antara penganut Islam dan bukan Islam, mungkin kerana hendakkan sokongan bukan Islam kita terpaksa mencairkan prinsip perjuangan kita. Kita gagal mempengaruhi atau menyakinkan bukan Islam tentang perlunya hudud dilaksanakan dalam masyarakat Islam. Hudud adalah perintah Allah dan penganutnya wajib melaksanakannya dalam negara Islam khasnya Malaysia.

Inilah akibatnya semasa menuntut kemerdekaan dahulu hak memilih kerajaan atau hak mengundi sepatutnya terletak di atas bahu orang2 Melayu Islam sahaja. Mereka yang bukan Melayu Islam yang diterima sebagai warganegara sepatutnya tidak boleh jadi pengundi. Tetapi atas nama demokrasi yang ditinggalkan oleh Inggeris kita terpaksa akur dengan kehendak mereka.

Sekarang kita berdepan dengan penentangan dari golongan bukan Islam ini untuk menegakkan hak kita. Kita menjadi penakut kerana jika mereka tidak menyokong kita kita akan lemah.

Sebenarnya kelemahan kita kerana amalan kita dengan Allah swt bukan kerana manusia yang bukan Islam. Keyakinan kita dengan Allah swt tidak 100%.

Sebab itu kita terpaksa terlibat dengan Pakatan Rakyat kerana kita tidak yakin dengan bantuan Allah swt. Kita lebih yakin dengan bantuan manusia. PAS berhadapan dengan dua golongan ia itu golongan Islam UMNO, PKR dan golongan bukan Islam(DAP,MCA,MIC,GERAKAN lain2 parti bukan Islam).

Jalan lurus yang kita baca dalam Fatihah itu sebenarnya kita belum lagi menghayati lagi kerana kita masih was2.

Soalannya jika PR menang, hudud tidak menjadi keutamaan kata DSAI. Apakah menegakkan hudud ini hanya satu slogan PAS yang boleh di permain2kan bukan perintah Allah swt yang wajib dilaksanakan?  Ini jelas dasar perjuangan PAS telah mula dipermain2kan oleh kawan2 Islam kita. Apakah kehebatan PAS yang sudah lama dalam politik melebihi 60 tahun masih menjadi hamba kepada parti yang hanya berusia belasan tahun atau menjadi hamba kepada parti bukan Islam? Sampai bila kita hendak menjadi hamba atau ikut telunjuk orang?

Orang putih kata “common PAS wake-up from long sleeping dan dreaming, live to the reality of the day not to the past Pak Pandir”

www.iman2taqwa.blogspot.com

Sunday, 13 May 2012

ADAKAH WAJIB BERMUZAKARAH

Apa yang hendak disibukkan dengan muzakarah. Halal itu jelas dan haram itu jelas. Nabi bersabda, maksud hadith umat Islam tidak akan sesat jika amalkan dua perkara iaitu ajaran al-Quran dan Sunnah(hadith) Nabi Muhammad saw.

Dua petunjuk ke arah kebaikan itu telah jelas dan nyata kenapa perlu kepada muzakarah lagi? Penipuan nama2 pemilih dalam SPR adalah haram. Apa alasan yang hendak di muzakarah lagi? Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu haram. Apa yang hendak dimuzakarah lagi? Ini bukan soal ranting Islam yang perlu kepada muzakarah. Ini hukum jelas yang wajib semua umat Islam patuhi.

Hudud adalah perintah Allah swt yang telah jelas wajib dilaksanakan. Arak, judi, zina, aurat adalah haram diminum, dilakukan dan didedah. Apa perlu kepada muzakarah lagi? UMNO dan PAS wajib duduk bermuzakarah bagaimana hendak melaksanakannya bukan duduk nak berhujah ini hudud PAS tak boleh dilaksanakan dan mana dia pula hudud UMNO yang boleh dilaksanakan!.

Setelah 55 tahun merdeka isu2 sebegini masih dalam perbalahan. Ini isu2 yang melibat syurga dan neraka. Sepatutnya semua umat Islam sudah berada di dalam satu jemaah Islam yang menerima dan mengamalkan semua ajaran Islam. Tetapi malangnya kerana parti yang pro sekular ia itu UMNO masih memberi pelbagai alasan untuk tidak menerima perintah Allah kerana hati telah terpikat dengan parti ciptaan Inggeris yang mengamalkan demokrasi dan menerima pakai perlembagaan Westminster dan suka kepada kehidupan bercampur antara Islam dan mat saleh maka sehingga dunia khiamat pun UMNO tetap akan main tarik tali.

Untuk menyelesaikan isu ini cara yang terbaik, InsyaAllah rakyat wajib membuat pembaharuan dengan memiih kerajaan baru PR. Kita beri peluang kepada PR dalam PRU 13 untuk menubuhkan kerajaan untuk lima tahun akan datang dan dalam proses itu rakyat akan menilai keberkesanan dari segi ketelusan, kejujuran, amanah dan keikhlasan pemimpin2 baru PR menerajui negara Malaysia.

Beri peluang kepada PAKATAN RAKYAT untuk memerintah Malaysia. Amiin.

www.iman2taqwa.blogspot.com

HALAL TETAP HALAL, HARAM TETAP HARAM

Cadangan penubuhan Majlis Peguam baru oleh Nazri dan  disokong oleh Perkasa, adakah ini akan menjamin akan selesai semua masalah? Apa kata kita tubuhkan juga Majlis Fatwa Kebangsaan baru, adakah ini akan menjamin akan selesai semua masalah Islam? Inilah yang dikatakan bertindak membabi buta. Setiap penyakit ada ubatnya. Tidak semua ubat boleh merawat semua penyakit. Penyakit hati kena ubat dengan zikir, ibadat. Penyakit buatan syaitan kena juga berubat dengan zikir, ayat2 al-Quran yang terpilih sebagai penawar. Sakit mental kena berubat di hospital bahagia. Penyakit bodoh sombong sehingga sekarang saintis belum jumpa ubatnya.

Penyakit yang paling bahaya di antara paling bahaya ialah penyakit hasad dengki, penyakit buta hati, pekak dan bisu dan suka memfitnah orang lain. Penyakit ini jika dihinggap, pesakit akan mati dalam keadaan yang Allah swt sangat murka dan tempatnya pasti dalam api neraka jahanam.

Halal tetap halal dan haram tetap haram. Bila haram menjadi halal contohnya penipuan pendaftaran nama2 pengundi yang tidak bersih maka kemenangan parti yang terlibat, sampai bila2 pun akan tetap haram dan sentiasa di dalam kemurkaan Allah. Orang2 yang terlibat dengan perbuatan ini tidak ada harapan untuk mendapat rahmat dan keberkatan Allah swt di dunia dan di akhirat.

Generasi yang menyokong perbuatan terkeji ini akan ditimpa bala demi bala sehingga seluruh keturunan akan menanggung perbuatan terkutuk datuk nenek mereka sehingga hari khiamat dan akan diazab di dalam neraka jahanam.

Ini adalah tanggung jawab umat Islam bukan tanggung jawab Ambiga atau bukan Islam lain untuk membela kemungkaran. Umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya wajib ada risau dan wajib berusaha mencegah semua kemungkaran yang dicipta oleh golongan yang telah menjadi pelampau dalam masyarakat Islam.

Semoga umat Islam yang boleh berfikir dapat keinsafan dan menukar haluan yang berbahaya lagi menyesatkan kepada haluan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan RasulNya semoga kita, anak cucu kita terselamat dari api neraka dan kehidupan kita akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah di dunia dan ke akhirat. Amiin.

www.iman2taqwa.blogspot.com

Saturday, 12 May 2012

PERBEZAAN MANUSIA BERIMAN DENGAN SYAITAN

UMNO atau Perkasa janganlah menjadi manusia yang paling sibuk atau fobia dengan PAS dalam hal nama yang ada pada PAS ia itu Islam. Sebenarnya Islam itu bukan bergantung kepada parti tetapi bergantung 100% pada penganutnya yang berjaya mengamalkan cara hidup Islam. Di zaman Rasullullah s.a.w baginda telah berjaya membimbing para2 sahabat kepada iman dan taqwa dan yakin dengan Allah s.w.t 100%.

Dahulu tidak ujud parti2 yang memperjuangkan Islam tetapi Islam berjaya di dalam politik dan amalan Islam yang dipimpin oleh Rasullullah saw. Baginda berjaya mengeluarkan manusia yang mensyirikkan Allah kepada mentauhidkan Allah. Inilah perjuangan yang sebenar yang dikehendakki oleh Allah.

UMNO atau Perkasa sepatutnya sibuk dengan usaha menarik umat Islam ke arah kehidupan cara Islam cara Nabi Muhammad saw bukannya menyebuk atau sakit hati kepada PAS kerana memperjuangkan ke arah  Islam yang sebenar. Terlalu banyak usaha yang sepatutnya dibuat atau dibantu oleh UMNO atau Perkasa untuk kemajuan Islam. Bukan mengujudkan hasad dengki, fitnah, memperlecehkan usaha PAS untuk melaksanakan hudud dan yang lebih malang memperlecehkan usaha PAS untuk merealisasikan kehidupan Islam dan memburuk2kan usaha PAS ini di khalayak bukan Islam.

Kerana terlalu sibuk dengan urusan parti lain, maka masalah murtad tidak dapat selesaikan tetapi mendakwa kononnya UMNO dan Perkasa telah berjaya menjadikan Malaysia negara Islam!

Masa berubah keadaan juga berubah. Sepatutnya umat Islam tidak terjebak dalam mana2 sistem parti tetapi disebabkan umat Islam semakin jauh dari ajaran Islam setelah beribu tahun meninggalkan ajaran Nabi Muhammad saw. Umat Islam semakin lalai kerana keujudan pemimpin2 sekular yang gilakan kehidupan dunia dan kuasa.

Orang2 bukan Islam ia itu Inggeris yang nampak kelemahan umat Islam telah menjajah atau melindungi atau menaungi Malaysia maka perbagai sistem telah muncul mempergaruhi umat Islam di antaranya sistem Demokrasi yang berjaya diperkenalkan oleh mereka. Sebenarnya sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Inggeris ini adalah satu sistem yang paling buruk yang ditinggal oleh Inggeris untuk umat Islam. Sistem ini telah merosakkan umat Islam. Sistem ini telah memisahkan Islam dan politik. Kesannya cara pemerintah menjalankan kuasa, terang2 memisahkan politik dari Islam dan hasilnya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ujud kerana kerana pemerintah beranggapan Islam hanya untuk orang2 ibadat sahaja dan amalan pemerintah tidak ada kena mengena dengan Islam! Sistem ini memisahkan agama dari politik juga di amalkan di negara2 bukan Islam. Soalannya setakat mana iman dan taqwa pemimpin2 yang diketogorikan sebagai penganut Islam?

Di dalam keadaan kita yang dilahirkan sudah berada di dalam system demokrasi ini yang sudah sebati dengan kita, usaha hendak keluar dari sistem ini memerlukan kekuatan iman dan taqwa yang tinggi.

Selama 55 tahun merdeka UMNO atau tali barutnya ia itu Perkasa tidak nampak kehebatan Islam kerana mereka gagal menghayati Islam. Segala usaha ke arah mengujudkan negara Islam semuanya ditentang kerana berlainan parti sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak pun berusaha untuk memperjuangkan Islam, cara yang dikehendakki oleh Nabi Muhammad saw.

Jadi kerja UMNO dan Perkasa ini hanyalah membiak penyakit hasad dengki, fitnah memfitnah. Mereka gagal dalam segala2nya dari pemerintahan sehinggalah kepada mendidik umat Islam kepada amalan kebaikan. Sifat jahat hasad dengki, fitnah memfitnah ini sebenarnya budaya dan amalan syaitan.

Inilah yang dimaksudkan oleh nabi Muhammad saw, di akhir zaman akan muncul manusia yang berilmu tetapi mengunakan ilmu untuk menyesatkan umat Islam atau menjadi ulama jahat.

www.iman2taqwa.blogspot.com

Thursday, 10 May 2012

CERITA PEROMPAK BAIK DAN PEROMPAK JAHAT

Cerita Robin Hood di kurun kelima belas menjelma lagi di kurun kedua puluh satu. Cerita sama pelakun generasi pertama tahun 50an.

Walau pun cerita ini telah lama berlaku tetapi dan dibukukan dan filemkan tetapi tiada siapa pun yang mahu mengiktirafkan Robin Hood ini sebagai perompak baik. Cuma bila membaca buku ini tafsiran masing2 buat kerana watak ini sesetengah orang serba salah untuk berhujah kerana masih ragu2 tindakkan Robin Hood wajar atau tidak wajar. Bagi orang miskin mungkin wajar tetapi bagi orang kaya memang mereka meluat dan benci.

Apa pula yang dikatakan perompak jahat? Perompak jahat lain pula ceritanya. Dia merompak harta orang kaya bagi dua, tiga dan mungkin empat, atau banyak lagi untuk dia baki atau kerak baru bagi kat orang lain. Orang yang paling meluat dan benci ialah orang miskin kerana harta mereka pun si perompak ini dikebasnya juga.

Inilah yang dikatakan sudah terang lagi bersuluh pula. Ibaratkan pagar, pagar makan padi. Bolehkah pagar makan padi kerana dua jenama ini berlainan! Tetapi itu peribahasa bila diibaratkan jenama yang berlainan sudah tentu akan timbul kekeliruan. Untuk senang faham pagar ini bukan dawai besi tetapi kiaskan jenis manusia yang tidak boleh diharap dan tidak akan berlaku penjaga yang jujur tetapi sebenarnya pencuri seperti Robin Hood yang popular itulah. Kenapa pilih cerita Robin Hood? Kerana Robin Hood adalah cerita mat saleh zaman orang2 kaya raya menipu dan menindas orang2 miskin kerana tamak hendak menjadi cepat kaya! Lagi punkan kita kena berbudi kepada Inggeris kerana mereka melindungi dan menaungi kita. Malaya pada waktu itu dijajah oleh lanun2 yang sedang mengorek bijih dan memotong getah untuk di ekspot ke England. Jadi banyaklah buku2 cerita mat saleh yang disimpan di perpustakaan Malaysia untuk bacaan generasi dahulu, kini dan yang akan datang.

Bagaimanapun kata Saifuddin, beliau melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai.

Monday, 7 May 2012

BERSIH DI MANA2 PUN KENA BERSIH

Bersih di Mesir atau Bersih di Malaysia sama sahaja malah di seluruh dunia pun sama juga. Cuma bahasa bersih bunyi lain2. Bersih di dalam Islam sebahagian dari Iman. Hendak masuk syurga juga akidah kena bersih. Perbuatan juga kena bersih. Makan kena bersih. Bolehkah makan makanan yang tidak bersih dari tong sampah misalnya. Hanya orang2 gila yang betul2 gila sahaja yang mencari makan dalam tong sampah. Kalau orang2 buat gila kerana nak lari dari ditangkap, hanya akan berpura2 cari makan dalam tong sampah tetapi tidak sampai hati nak makan makanan tidak bersih! Perbuatan menipu dalam apa bentuk pun sama. Ini termasuk mengujudkan nama2 pengundi hantu hidup atau hantu mati ke dalam pendaftaran SPR juga dikira kerja tidak bersih atau kotor. Kerja ini samalah dengan orang gila cari makan dalam tong sampah. Fisikal nampak kotor masuk dalam perut lagilah kotor! Ada penyokong UMNO kata kepada pembangkang, pembangkanglah yang ujud pengundi2 hantu dalam senarai SPR. Ini lagi penyokong bodoh sombong. Pembangkang boleh akses masuk ke dalam data SPR ke. Ini bukan masuk reban ayam boleh curi ayam. Ini pengkalan data yang orang tertentu sahaja boleh akses dengan password yang sulit baru boleh ubah data pengundi. Inilah jadinya bila bodoh bin jahil bin bangang berhujah.
Ramai di luar sana otak NFC. Tidak mahu mengaku bodoh sehinggalah bila berhujah nampak betul2 bodoh.
http://www.iman2taqwa.blogspot.com/

CERITA HANTU MENGHANTU?

Dahulu di tahun 60an dan 70an atau sebelum itu, masa itu ada kampung2 tiada bekalan elektrik dan juga air. Mereka mandi manda, minum, masak makanan mengunakan air dari  perigi dan malam dicerahi oleh lampu minyak tanah atau yang kaya sikit mampu beli lampu gaselin.

Rumah2 masih mengunakan papan keping bertingkat air-con berteman nyamok2 yang pelbagai spesis dan dibina tinggi kerana fahaman datuk nenek  dahulu masih kuat kerana dahulu terpaksa membina rumah bertiang dan tinggi kerana takut binatang buas bukan takut hantu!

Dahulu rumah dibina kiri kanan hutan dan jiran2 agak jauh di antara rumah ke rumah. Anak2 muda kebiasaannya selepas waktu isyak- yang bersolat di masjid2lah dan yang tak bersolat sudah tidur sehingga matahari terpacak besok hari baru bangun!

Dahulu semasa kanak2 sehingga remaja, cerita yang paling top ialah cerita hantu. Ada sahaja kawan2 yang berani sikit mengusik kawan2 yang penakut kerana seronok tengok orang penakut ini takut. Maka semakin galaklah kawan2 yang berani tu mengusik. Ada di antara yang berani itu juga penakut kerana ada kawan2 lain yang lagi berani. Seterusnya begitulah cerita di kampong di zaman itu.

Di kurun yang ke 21 ini tahun 2012, kita ingat takut hantu ini telah pupus tetapi masih menebal kerana masih ramai orang bela hantu, hantu raya, pelesit, toyol, jembalang tanah dan pelbagai spesis hantu. Orang2 yang melakukan perbuatan syirik ini masih tidak yakin dengan Allah. Mereka mengunakan mahluk2 ini untuk membuat ramalan bila PRU 13 hendak diadakan atau tengok pokok bergoyang di waktu malam, bayang2 bergerak dikatakan ada hantu.

Begitulah dengan UMNO BN ini semua ramalan ada pada mereka. PR takutlah, PR akan kalahlah, PR tidak ada kibinet bayanganlah dan pelbagai lagi bayangan hantu yang mereka bayangkan kerana UMNO BN risau mereka akan tewas dalam PRU 13 ini.

PR anak jantan(gentleman bukan gentlewoman) walau pun digempar oleh orang2 pembela hantu2 itu  yang suka gempar budak2 yang penakut ini, akhirnya yang jadi pengempar itu mereka yang lari lintang pukang dahulu kerana digempar bukan orang tetapi bayangan hantu pokok yang bergoyang tadi disangkakan hantu.

Kenapa orang takut hantu? Kalau ditanya adakah mereka pernah jumpa hantu? Jawapannya dalam seribu tu adalah seorang yang pernah jumpa hantu. Itu pun hantu yang berani sikit dari hantu2 lain yang ada kekuatan mengempar manusia. Yang lain akan berkata mereka tidak pernah jumpa hantu tetapi takut hantu kerana bayangan hantu yang diceritakan itu menyeramkan dan hanya berada di dalam minda mereka sahaja!

www.iman2taqwa.blogspot.com

BOLEHKAH GAJI MINIMA SELESAI MASALAH IBADAT?

Menteri tak susah rakyat yang susah. Menteri makan satu dari berpuluh2 elaun itu sahaja pun tak habis makan. Gaji minima ini sebenarnya untuk siapa? Untuk pekerja rakyat Malaysia saja ke atau termasuk juga pekerja2 asing yang bersepah2 tu ka?
Kalau untuk pekerja rakyat Malaysia sahaja bukan gaji minima sahaja yang mereka dimanupulasikan oleh majikan, gaji yang ada sekarang pun tak cukup makan kerana pekerja asing sanggup terima gaji yang lebih murah dari pekerja rakyat Malaysia!
Benarkah kerana terlalu maju Malaysia ini sehingga tak cukup pekerja tempatan sehingga terpaksa impot pekerja asing atau untuk membuka peluang perniagaan kepada kroni2 UMNO BN membuat bisnis mengimpot pekerja2 asing.
Mereka bukan fikir masa depan Malaysia kesan dari ramainya pekerja2 asing yang akan memberi pelbagai masalah sosial baru kepada rakyat Malaysia tetapi berlumba2 membuka bisnis tetapi yang penting hari ini kita dapat wang untuk memuaskan nafsu anak cucu yang akan datang tanggunglah bala, itu masalah mereka. Pandai2 lah kamu bagaimana hendak mencuci tahi yang telah ditinggalkan oleh datuk nenek mereka.
Gaji minima RM800 di Sabah Sarawak dan RM900 di Semenanjung ini umpama lepas tahap kemiskinan tegar sahaja. Itu pun untuk kehidupan di kampung2 sahaja, di bandar2 lain cerita pula. Dengan harga barang yang mengila dan kos sara hidup yang tinggi pekerja2 Islam terpaksa bekerja lebih dari lapan jam sama ada kerja lebih masa, berniaga pasar malam. Nampaknya masalah tak bersolat ini semakin jauh kerana sibuk mencari rezeki untuk mencukupi keperluan hidup yang semakin mencabar dan amalan Islam semakin jauh. Keberkatan semakin jauh. Kesusahan semakin dekat. Samalah seperti syurga semakin jauh, neraka semakin dekat.
 http://www.iman2taqwa.blogspot.com/

Sunday, 6 May 2012

SISTEM DEMOKRASI BAIK ATAU JAHAT


Sistem Demokrasi adalah ciptaan manusia bukan Islam. Adakah kita akan berkata ada demokrasi baik dan ada demokrasi jahat? Sistem Demokrasi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam sudah terbukti merosakkan sistem kekeluargaan, masyarakat dan negara.

Perpecahan kerana berlainan parti dan ideologi membuktikan sistem demokrasi ini sebagai virus yang menyebarkan penyakit kerosakkan ahklak dalam masa yang sama  merosakkan sistem kekeluargaan, masyarakat dan juga negara.

Berapa ramai keluarga yang berpecah kerana berlainan parti. Suami isteri bercerai kerana berlainan parti dan masyarakat berpecah kerana berlainan parti. Fitnah menjadi mainan pihak2 yang ingin menjatuhkan lawan sedangkan fitnah lebih dahsyat dari membunuh saudara Islam sendiri. Ajaran Islam diketepikan.

Adakah kita akan berkata lagi banyak parti lagi bagus kerana banyak pilihan. Perlu diingatkan kita adalah penganut agama Islam dan kepercayaan dan keyakinan kita tidak boleh lari dari prinsip ketuhanan ia itu mentauhidkan Allah swt.

Ini berlainan dengan fahaman bukan Islam mereka mempunyai prinsip ketuhanan yang sama tetapi berlainan sembahan. Semua fahaman yang bukan Islam mereka boleh mengujudkan tuhan dalam bentuk patung berperut buncit dan bermisai, patung manusia disalib, busut dan pujaan dengan menyembah matahari, bulan dan lain2 lagi.

Apabila sistem Demokrasi ini diagung2kan melebihi sistem Islam yang sebenarnya, maka Allah swt telah menghantarkan satu cabaran atau ujian kepada umat Islam dalam bentuk perpecahan di kalangan umat Islam.Kesan ini Allah hendak menguji kehebatan sistem ciptaan manusia supaya kita dapatkah berfikir dan insaf betapa pentingnya kita kembali kepada fitrah manusia yang sebenar iaitu mentauhidkan Allah swt dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad saw.

Adakah kita masih ragu2 dengan perintah Allah swt? Jika jawapannya ya maka ini menunjukkan iman telah rosak. Jika jawapannya tidak kenapa tidak usaha dari sekarang untuk melaksanakan apa sahaja yang diperintah oleh Allah.

Wednesday, 2 May 2012

DEMOKRASI BUKAN PERCUMA

Kos selenggaraan sistem demokrasi terlalu mahal. Dari raja2 sehingga PM, menteri timbalan menteri, setiausaha, ahli parlimen, ADUN, ketua kampong dan pelbagai jawatan lagi semuanya ada gaji dan elaun dan ada pencen! Termasuk juga selenggaraan kediaman, kenderaan mewah dan pelbagai kemudahan lain yang rakyat biasa tidak akan menikmati sehingga mati atau dunia khiamat!

Dari mana datang wang ini tentulah dari kocek rakyat dalam bentuk cukai yang dikutip setiap tahun. Selain ketirisan dan pembelian sebatang pen yang berharga RM40, inbois bertukar kepada RM400 sehingga pembelian kapal selam, kapal terbang semuanya ada mashuk dan adalah perkara biasa di dalam pembelian kerajaan . Ini yang dapat didedahkan oleh Ketua Audit Negara dan yang tidak dapat dikesan berapa billion RM telah hanyut dibawa arus deras yang meranapkan apa sahaja mahluk kerdil yang menghalang seperti kita rakyat  jelata!

Untuk mengadakan pilihanraya umum(PRU) atau pilihanraya kecil(PRK) memerlukan wang, masa dan tenaga yang banyak. Dari mana wang ini datang tentulah dari kocek rakyat. Bila wang dari kocek rakyat berpindah kepada perbendaharaan negara, itu urusan PM dan menteri kewangan. Kebetulan kedua2 jawatan dipegang oleh PM. Betapa senoroknya menjadi PM!

Bila ada kematian wakil rakyat, pihak kerajaanlah yang akan menaburkan wang yang banyak kepada rakyat untuk mempertahankan atau mengambil semula kerusi yang ada atau yang telah kalah ini hendak ditawan semula. Ini dinamakan politik wang bukan rasuah wang!

Adakah wang, masa dan tenaga ini akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt? Jawapannya kena tanya majlis fatwa kebangsaan kerana mereka lebih arif dalam hal ehwal Islam. Setiap rakyat dilahirkan otomatik dikurung oleh sistem ciptaan Inggeris yang sudah berkurun2 diamalkan. Rakyat terpaksa hidup di dalam sistem ini untuk berapa lama lagi?  mungkin sehingga dunia khiamat atau kematian yang menjemput. Mana yang dahulu. Rakyat terpaksa hidup dalam sistem ini kerana tiada pilihan.  Sebab semua pemimpin dan rakyat telah selesa dengan sistem ini? Cerdik pandai Islam malas hendak memikirkan sistem perundangan Islam yang tidak menyenangkan pelaku maksiat!. Umat Islam berpecah belah sesama sendiri sehingga bab hukum hudud pun kita dalam pertikaian. Punca utama ialah umat Islam  telah selesa dengan demokrasi ciptaan Inggeris yang terlalu liberal atau istilah yang lebih tepat halal dan haram bila perlu boleh menjadi harus!
Arak haram disisi Allah tetapi halal disisi kerajaan kerana kerajaan boleh menghalalkan yang haram dengan megeluarkan lesen.

Siapakah yang berani merubah sistem kuno ini yang jelas dicipta oleh bukan Islam(bila sebut barat itu adalah keterlaluan kerana mat saleh pun ramai Islam). Mereka mencipta sistem ini kerana mereka bukan Islam. Sistem ini dicipta sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw lagi dan mereka tidak tahu apa itu ilmu tauhid kerana mereka penentang Nabi2 yang terdahulu bukan kerana mereka tidak faham tetapi suka kepada sifat pekak, bisu dan buta hati. Akakah kita pengamal sistem demokrasi ini dalam ketegori sama seperti mereka?

Untuk renungan umat Islam. Siapakah kita ini yang sebenarnya?

Tuesday, 1 May 2012

BILA BERSIH DIKATAKAN KOTOR

Kata seorang menteri cabinet Najib Rais Yatim Bersih “kotor”. Inilah gambaran seorang menteri yang tidak pernah belajar erti bersih. Perbuatan menipu daftar pemilih kepada mereka adalah bersih. 8 perkara yang dituntut oleh Bersih kepada mereka tidak bersih! Itulah tanda2 manusia akhir zaman yang takut kepada maut. Dunia yang mereka diami ini telah melalui pelbagai pengalaman dan sejarah. Ini tidak pernah menjadi iktibar kepada manusia yang bergelar riak, sombong, takbur walau pun sejarah berulang kali melalui pusingan kehidupan manusia yang sezaman Firaun, Hamman, Namrud, Qarun dan  manusia lain yang  menzalimi diri sendiri atau manusia lain! Di sisi Allah seksaan yang amat pedih sedang menunggu mereka diakhirat. Semua ini adalah kerana kecintaan dunia yang sungguh menebal akibat ajaran Islam dipandang remeh dan menghalang kemajuan dunia? Negeri2 yang ingin menegakkan Islam dianggap mundur sedangkan hakikatnya adalah kemunduran akhlak yang mulia yang memalukan pemimpin2 yang beragama Islam. Islam hanyalah modal politik untuk terus memerintah. Hakikat sebenarnya ialah gilakan kuasa. Kuasa yang diperolehi adalah hasil penipuan yang ditegah oleh Islam. Kesannya akhlak rakyat menjadi haru biru. Jalan penyelesaiannya menjadi buntu sebuntu iman dan taqwa para pemimpin2 sekular.