Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA). Lagi berita terkini hiburan sensasi. Adakah talian hayat UMNO BN dalam kes ini boleh mendapat simpati rakyat. NFC satu nama gelamor yang telah mengorbankan jawatan menteri wanita UMNO kerana salah guna pinjaman bela lembu tukar ke beli kondo. Malaysia sekarang boleh capai box office dalam hal menegakkan salah laku kroni!
Saman menyaman telah menjadi isu hangat dan panas. Yang lebih panas setiap saman kerajaan tak sangkut. Inilah yang menyebabkan PRU 13 ditunda dan ditunda sehingga lori penunda habis minyak pada April 2013. Semakin ditunda semakin meragam pula gerabak yang ditunda dan bertambah berat semacam ada jin yang menghuni gerabak berhantu ini!
Tetapi pemimpin2 UMNO BN releks sahaja. Dua orang MP Sabah keluar BN, pemimpin2 UMNO kata tindakan mereka tidak menjejas sokongan rakyat terhadap UMNO. Hebat juga UMNO ini guna ilmu jin apa agaknya. Muka releks dan muka cemas atau senyum siang, menangis malam ini boleh dilakunkan. Dalam hati Allah swt sahaja maha mengetahui.
Itulah sifat manusia. Nama nak bertaubat tidak sekali. Nak menegak benang basah walau pun susah diusahakan juga walau pun orang nampak itu kerja orang gila.
Penyelewengan tetap perbuatan terkutuk. Kalau terlepas di dunia di akhirat tetap terima balasan. Kehidupan dihabis dengan amalan sia2 bukan mengumpul saham untuk dihantar kealam akhiran sebagai bekalan untuk mendapat ganjaran syurga. Neraka juga jadi pilihan.
Nilai umur 60, 70 tahun ini dihabiskan dengan amalan sia2 sedangkan umur 60, 70 ini kalau dihabiskan dengan amalan kebajikan pun belum tentu dapat syurga.
Jikalah kita dapat mempertahankan iman dan taqwa kepada Allah swt, dengan umur se pendek ini moga2 dengan rahmat Allah swt dapat juga rasa syurga.
No comments:
Post a Comment