Sunday, 29 July 2012

WANG TALIAN HAYAT KUASA UMNO BN


Sampai bila Najib hendak menabur wang kepada rakyat. Wang yang ditabur itu adalah wang pembayar cukai bukan wang kocek dia. Wang rakyat ditabur begitu banyak kerana untuk mendapat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO BN yang semakin lemah dan nazak?

Talian hayat UMNO BN di bawah Najib hanya bergantung kepada wang bukan lagi kejujuran, keiklasan dan amanah. Punca UMNO BN menjadi lemah terutamanya sokongan orang2 Melayu beralih kepada PR adalah kerana sikap 55 tahun dalam kesombongan, riak, takbur, tamak dan tinggi diri hanya mereka sahaja yang pandai memerintah!

Rakyat diperbodohkan seolah2 apa yang diberi oleh kerajaan UMNO BN hari ini adalah jasa kepada rakyat!  Bukannya tanggung jawab kepada rakyat. Mereka telah gagal mendidik wakil2 rakyat ke arah kerja yang redhai Allah swt. Mereka telah mabuk dengan kuasa dan gila kuasa sehingga mereka lupa yang maha berkuasa ialah Allah swt.

Inilah kesan bila manusia  diamanah dengan kuasa mereka lupa bahawa tanggung jawab yang paling utama ialah jujur dan amanah. Bila jujur dan amanah dipermainkan dengan cara yang paling keji maka Allah swt akan membuat keputusan supaya mereka dapat melihat sendiri segala perbuatan keji ini sebenarnya akan dibalas dengan kekecewaan dan kegagalan dan mungkin lebih malang lagi akan terkubur untuk selama2nya.

Jawatan PM adalah amanah Allah swt bukannya jawatan yang bersuka ria membuat sesuka hati. Sampai masa Allah swt akan cabut secara paling dahsyat sehinggakan sisa2 hidup ini tidak bermakna walau pun wang berbilion RM disekeling.

Kehidupan manusia dari raja sehingga ke wakil rakyat yang berusia lebih kurang 60 hingga 70 ini patutkah dihabiskan dengan membuat dosa? Dahulunya rambut dan bulu kening hitam melegam tetapi sekarang putih melepak, tidakkah ini tanda2 sudah dekat dengan lubang kubur! Apakah yang manusia cari untuk bekalan di kediaman akhirat yang kekal abadi? Manusia paling bodoh ialah manusia sibuk dengan dunia, mengumpul kekayaan dan harta benda dan tidak terfikir satu hari 70 kali malaikat maut menziarahi untuk melihat sama ada rezeki dia masih ada atau sudah tamat.

Apakah kita pelajari dari ajaran nabi Muhammad saw? Kita  mempermainkan politik yang sebenar yang ditunjukkan kepada kita ia itu politik yang berdasarkan al-Quran dan hadith? Politik atau cara pemerintah yang ditunjukkan oleh baginda adalah mulia. Semua rakyat mendapat keadilan. Hari ini kita ubah suai politik cara baginda dan ikut cara Yahudi dan dalam masa yang sama kita menjaja kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia telah berjaya? Sedangkan umat Islam diselubungi dengan kesyirikkan kepada Allah swt.

No comments:

Post a Comment