Kekuatan sesuatu bangsa itu bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt. Semua para2 Nabi dihantar kebumi atas perintah Allah swt supaya menyeru manusia mentauhidkanNya bukan mensyirikkanNya dengan mencari tuhan selain daripada Allah swt. Ini cukup jelas tetapi manusia itu tetap manusia. Bila Allah swt hendak jadikan manusia ini khalifah di atas muka bumi ini, awal2 lagi malaikat membantah kerana malaikat tahu perangai manusia yang suka membuat kerosakan. Tetapi Allah maha mengetahui dan menghantar para2 Nabi a.s untuk membimbing manusia supaya tidak sesat. Allah yang maha berkuasa boleh menghapuskan nafsu dan juga syaitan kalau Allah berkehenkakkan dan Allah mencipta in semua semata2 hendak menguji manusia kerana manusia adalah sebaik2 mahluk dan akhirnya tempat yang paling mulia ia itu syurga dan tempat yang paling hina ia itu neraka.
Kita manusia wajib bersyukur kerana Allah swt pilih kita menjadi manusia. Kalau tanya anjing mahukah kamu jadi manusia? Tentu jawapannya ya kerana ia tahu kelebihan manusia ada syurga sedangkan anjing walau pun ia binatang yang tidak berakal dan tidak ada dosa pahala dan tidak ada pembalasan bila mati. Ia tahu nikmat syurga dan azab neraka dan sudah tentu kalaulah ia menjadi manusia ia tidak akan melepaskan peluang untuk memasuki syurga.
Manusia memerlukan kepada pemimpin. Inilah yang dikata manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa berkawan dan dipimpin. Konsep kepemimpinan ini Allah swt telah beritahu dalam al-Quran dan hadith dengan jelas lagi bersuluh. Terang dan nyata.
Pemimpin2 ini tidak kiralah sama ada bentuk raja, PM, menteri, wakil2 rakyat, ketua kampong ka dan sebagainya, perkara yang penting ialah bagaimana bila menjadi pemimpin dapat berlaku adil, tidak tamak, tidak rasuah, tidak menyeleweng, tidak salah guna kuasa dan pelbagai tidak….. lagi atau istilah paling mudah lagi senang ia itu jujur dan amanah. Setiap pangkat yang diberi oleh Allah swt ada tanggung jawab. Pangkat adalah amanah. Jangan gunakan pangkat untuk kepentingan perut.
Jika konsep amanah dan jujur ini dipegang, sebuah kerajaan itu tidak akan ada pembangkang. Pembangkang dan pendengki, penghianat ini lain. Pembangkang untuk membetulkan ketidak jujuran dan pendengki, penghianat ini hendak memusnahkan periok nasi orang. Pendengki, penghianat ini juga terdapat dalam kerajaan yang memerintah. Bila amanah tidak diuruskan dengan betul maka kerajaan itu menjadi penghianat kepada rakyat.
Cerita kezaliman, rasuah, penindasan, salah guna kuasa dan penyelewengan ini akan berterusan bila manusia yang menjadi khalifah ini khianat kepada rakyat dan sifat terkeji ini akan menjadi cerita sepanjang zaman bila manusia yang menjadi pemerintah ini mewarisi sifat para2 laknatullah seperti Firaun, Namrud, Abu Lahab. Cuma yang berbeza hanya pertukaran pemimpin tetapi sifat terkeji ini akan ujud sehingga hari khiamat bila manusia cintakan kehidupan dunia dan takut mati.
No comments:
Post a Comment