Pemimpin silih berganti kerana manusia kalau tak mati sakit atau pencen cukup umur atau pencen awal seperti tentera. Menjadi pemimpin adalah ujian untuk tingkatan iman dan taqwa kepada Allah saw. Bagi mereka yang faham, bagi mereka yang tak faham adalah menjadi satu keseronokkan kerana bila jadi pemimpin dan diamanah dengan kuasa maka diantara kuasa yang paling seronok kuasa menyimpan wang. Bila wang banyak mata boleh naik juling atau “buta” kerana nafsu kata hidup hanya sekali atau kuasa hanya sepenggal sahaja. Kalau prestasi bagus ada peluang ke penggal kedua kalau tak bagus boleh angkat bungkus dan angkat kaki dan ganti dengan 2x5 atau 5x2. Masing2 bila duduk kerusi empok fikir yang pertama kira peruntukkan dan berapa banyak aku boleh kebas. Kepentingan rakyat itu nombor 2 atau tidak ada nombor. Inilah yang telah berlaku bila melantik pemimpin yang tiada beriman dan tiada bertaqwa kepada Allah swt.
Menjadi pemimpin adalah amanah yang Allah swt anugerahkan assebab orang ramai mengundi dia. Kemenangan juga satu ujian untuk dia berlaku jujur dan amanah. Wang cukai dari rakyat adalah amanah bagi pemimpin untuk berlaku adil membelanjakan perkara yang Allah swt suka. Jujur, amanah, keadilan adalah satu perkara yang paling tinggi ujian terhadap pemimpin. Baik buruk akhlak rakyat bergantung kepada pemimpin2 yang diamanahkan kuasa. Jika pemimpin2 yang diamanahkan kuasa buat wang rakyat seperti wang bapa dia, maka rakyat bawahan pun akan mewarisi sifat seperti wang datuk dia pula!
Masa tetap berlalu tetapi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berterusan seperti biasalah tidak kira siapa yang memerintah jika asas berani sahaja diambil kira tetapi iman dan taqwa kepada Allah swt, inilah kriteria terpenting yang wajib ada pada setiap pemimpin selain dari menghambakan diri kepada Allah swt, jujur, amanah, iman dan taqwa. 100% ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w,
No comments:
Post a Comment