Jenayah semakin meningkat, anggota polis juga semakin ramai direkrut untuk benteras jenayah tetapi semakin ramai polis semakin banyak penjenayah. Ini menunjukkan Malaysia negara Islam yang penganut Islamnya semakin lemah pegangan akidah Islamnya. Ini menyebabkan iman dan taqwa kepada Allah swt juga semakin terhakis.
Jenayah ada pelbagai tafsiran.
Jenayah mencuri, merompak, menyamun, merampas(lanun) merogol, meragut adalah perbuatan yang dilakukan oleh tangan2 manusia yang menyebabkan orang lain menjadi mangsa dalam bentuk kecederaan fisikal atau mental.
Jenayah rasuah jenayah ini tidak memberi kesan fisikal tetapi memberi kesan kepada akhlak. Keturunan perasuah ini akan menyebabkan akhlak menjadi buruk, kebanyakkan keturunan perasuah ini anak2 menjadi bebal dan kurang ajar.
Jenayah penyelewengan, menzalimi, menindas dan salah guna kuasa, mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini biasanya balasan kalau di zaman ini seperti Hosni Mubarak(Mesir), Gadafi(Libya ) Ben Ali (Tunisia ) dan akan datang Asad(Syria ).
Mereka menafsirkan undang2 yang mereka cipta mengikut cita rasa dan akta2 yang digubal juga mengikut cita rasa yang keluar dari fikiran hasad dengki dan kebanyakkannya menindas, menzalimi, menafikan hak bersuara dan hak asasi manusia Islam dan bukan Islam.
Pembangkang dianggap musuh bukannya penyedar kesilapan seterusnya membaiki kesilapan. Teguran dianggap pengacau. Ini adalah perkara yang berlawan semasa meraih undi untuk mendapat sokongan rakyat, rakyat di dahulukan! Bila mendapat kuasa rakyat ditindas dengan pelbagai akta kejam, membolot wang dan harta rakyat untuk diagih2kan kepada kroni dan perut sendiri dan membiarkan rakyat menderita dengan menaikan harga barang2 keperluan dan dalam masa yang sama bersetongkol dengan tauke2 Cina untuk membiayai kos pilihanraya dan lain2. Setiap bantuan mesti dibalas dengan habuan. Inilah yang dikata membalas budi. Bukan membantu percuma! Ada kira2 disebalik itu!
Apabila rakyat semakin cerdik kerana kesedaran tentang perbuatan2 mungkar ini maka kuasa pemerintah semakin terancam. Mereka tidak boleh berfikir untuk insaf dan kembali ke landasan yang betul tetapi kerana darah daging mereka yang dipenuhi dengan rezeki yang haram maka hati pun menjadi kotor dan tindakkan pun tidak mengikut Islam tetapi mengikut hasutan syaitan.
No comments:
Post a Comment