Kecelaruan fahaman di antara Islam yang dipanggil addeen dengan fahaman ciptaan manusia ia itu yang mensyirikkan Allah adalah berbeza. Semua fahaman ini adalah rekaan manusia termasuk Kristian, Buddha, Hindu dan lain2 lagi yang tidak berasaskan mentauhidkan kepada Allah swt.
Pendapat saudara terlalu umum dan sebagai seorang Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt tidak sepatutnya alasan yang longgar berhubung dengan perjuangan yang bukan Islam di ambil sebagai alasan untuk diterima pakai dalam perjuangan PAS.
PAS ada dasarnya sendiri ia itu al-Quran dan hadith dan setiap larangan itu adalah keputusan ulama PAS yang faham apa dia yang boleh buat atau tidak.
Janganlah kerana kita hendak satu kelainan atau hendak mengikut peredaran semasa semua yang dilarang itu boleh dihalalkan kerana hendak keluar dari kepongpong kolot kononnya.
Adakah cara Nabi Muhammad saw cara baginda berdakwah berjumpa setiap manusia dari rumah ke rumah dan dari lorong ke lorong itu sebagai cara dakwah lapok kerana zaman baginda telah berlalu dan kita hari ini ada sains dan teknologi moden seperti internet, CD kenapa tidak mengunakan dakwah moden ini untuk menyeru manusia kepada Islam?. Ini adalah satu fikiran yang dipengaruhi oleh bukan Islam – saya katakan bukan Islam dan bukan barat kerana di barat sekarang terlalu ramai bukan Islam memeluk Islam hasil usaha dakwah cara Nabi Muhammad saw.
Sesiapa pun bebas mengeluarkan pendapat tetapi bila yang berhubung dengan Islam kita kena berhati2. Islam tidak larang kita hidup dalam budaya sains dan teknologi asalkan bukan yang menyentuh larangan sesuatu perkara itu halal dan haram. Halal dan haram tidak ada zaman boleh diringan2kan kerana untuk menyesuaikan sausana pada zaman itu. Halal tetap halal dan haram tetap haram. Yang menjadi bercelaru itu kerana umat Islam itu sendiri tidak faham kehendak Allah swt. Contohnya hudud. PAS dan UMNO tidak sependapat sedangkan ini perintah Allah swt dan sepatutnya bukan masa untuk berhujah tetapi masa untuk melaksanakan. Apa yang kita hendak katakan kedua2 parti menganut Islam tetapi kerana pemikiran Inggeris yang bukan Islam telah berakar umbi dalam UMNO yang mendidik mereka sebelum dan selepas merdeka. Pergaulan bebas, arak, judi dan inil mereka tahu haram dan bila hudud dilaksanakan semua kebebasan ini yang telah menjadi darah daging dan cara hidup inilah yang paling menyeronokkan adakah terpaksa dikorbankan?. Inilah yang menyebabkan UMNO memberi alasan seperti negara majmuk, rakyat belum faham hudud, sedangkan hudud telah ujud 1500 tahun! dan lain2 lagi tetapi sebenarnya amalan syaitan ini yang tidak boleh dipisahkan!
Budaya rock n’ roll yang dibuat contoh ia itu suara laungan dalam Rock n Roll itu adalah suara penentangan hamba abdi terhadap Tuan Kulit Putih yang mengurung mereka. Rock n roll ialah budaya melawan kaum tertindas. Kalau nak buat contoh pun carilah yang ada persamaan dalam Islam sedangkan budaya ini bukan budaya Islam. Kenapa tak ambil contoh saidina Bilal bin Rabah seorang hamba abdi di zaman Nabi saw?
Itulah yang dikatakan bila pemikiran Inggeris ini bukan mudah untuk dibenam walau pun dalam perjuangan yang menuntut KEADILAN ini memang nampak baik!
No comments:
Post a Comment