Bila akta digubal dan diluluskan maka ia menjadi undang2 yang rakyat mesti patuh. Soalnya adakah semua akta terlepas dari kelemahan? Seperti akta ISA? Banyak akta berat sebelah kerana mereka yang mengubal akta terdiri dari mereka yang ada kepentingan menjaga kepentingan diri atau kerajaan semasa dan sudah tentu akta itu sendiri tidak adil. Rakyat mesti patuh bila sudah jadi akta walau pun sebenarnya akta itu tidak adil. Akta ciptaan manusia ini juga tertakluk kepada suasana. Seperti akta hasutan yang dijaja oleh Najib akan diganti dengan akta harmoni kebangsaan.
Begitu juga parti UMNO yang dikira sudah usang juga akan diganti oleh parti yang lebih menjaga kepentingan rakyat selepas PRU 13 ini ia itu PAKATAN RAKYAT.
BAFIA(akta bank) adakah akta ini adil? Sepatutnya clause sesiapa yang mendedahkan akaun orang lain telah melakukan satu kesalahan kecuali akaun itu ada unsur2 penipuan pinjaman atau wang rasuah. Akta yang ada terlalu umum dan tidak spesifik kerana orang yang rasuah, menipu pun boleh selamat.
Yang lebih lucu ialah undang2 tidak melindungi pelapur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tetapi perasuah, peyelewengan dan salah guna kuasa terlepas dan yang masuk mahkamah ialah orang yang melapur pula kena charge!
Inilah Malaysia selepas merdeka 55 tahun bukan ke arah Malaysia yang lebih selamat tetapi Malaysia yang lebih mengerunkan selagi UMNO BN memerintah Malaysia .
Adakah rakyat Malaysia inginkan Malaysia yang lebih selamat, jika ya PRU 13 ini buat perubahan dengan tekadkan azam dan buat pilihan tepat dengan mengundi PAKATAN RAKYAT, demi masa depan Malaysia , Melayu dan Islam.
No comments:
Post a Comment