Penipuan nama pendaftar pemilih dalam SPR, Fitnah caci mencaci dan organ manusia ia itu punggung telah menjadi alat parti politik UMNO dan NGO pro UMNO untuk memusnahkan karier politik musuh. Jika ini menjadi amalan politik Malaysia maka akan musnahlah umat Melayu Islam di bawah UMNO BN.
Manusia yang dipanggil penganut Islam semakin rosak akhlak dan ini melibatkan akidah juga tergugat. Nabi Muhammad telah meninggalkan kita 1500 tahun dahulu. Sebelum baginda wafat, baginda berpesan dua perkara jika kamu hendak selamat di dunia dan di akhirat ia itu al-Quran dan sunnah. Hari ini umat Islam telah jauh dari perintah Allah swt. Ajaran Islam hanya pada sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad saw sahaja. Kita berarak2 sepanjang jalan kononnya hendak tunjuk kepada bukan Islam dan dunia bahawa kita adalah penganut Islam yang sayangkan Nabi. Kita juga sambut tilawah al-Quran setiap tahun. Ucapan2 yang memuji Nabi juga lunak didengar setiap kali tilawah. Diperingkat permulaan disebut pertandingan, ditukar kepada musabaqah dan yang terkini tilawah al-Quran. Pemimpin2 yang merasmikan tilawah ini serupa burung kakak tua yang diajar mengucapkan perkataan lunak tetapi hanya dimulut sahaja. Dalam hati Allah swt juga maha mengetahui.
Sunnah Nabi Muhammad saw diantaranya sebagai pemimpin yang berbudi pekerti mulia yang bercakap benar, amanah, bijaksana dan menyampaikan ajaran Islam secara jujur telah kita tinggalkan sejauh bumi dengan langit atau arah yang berlawan ibarat utara dan selatan. Kepincangan sistem yang diagung2kan ia itu demokrasi telah menjadi alat Yahudi yang berjaya menyerap masuk ke dalam hati setiap pemimpin sekular yang bertopengkan Islam sebagai agama yang dianuti tetapi sebenarnya hanyalah modal untuk berkuasa untuk memenuhi nafsu syaitan yang akhirnya akan membawa kemusnahan umat Islam.
Pemimpin2 jenis ini telah jelas lagi bersuluh tidak akan mendaulatkan Islam tetapi telah jelas merosakkan orang2 Melayu Islam. Kerosakkan akhlak orang2 Melayu Islam telah sampai ke peringkat kritikal yang sangat membimbangkan kita semua. Kita yang sayangkan Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin yang terulung teramat kecewa dengan pemimpin2 sekular jenis ini yang perbuatan mereka jelas mengundang kemurkaan Allah swt dan bala yang menimpa umat Islam hari ini adalah bukti jelas yang difahami oleh orang2 yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.
Jalan keluar umat Islam Melayu khususnya di Malaysia hanya ada satu sahaja jalan alternatif ia itu tukar kerajaan UMNO BN kepada Pakatan Rakyat. Ini telah menjadi kewajipan kepada setiap individu Melayu Islam untuk menyelamatkan akidah yang semakin runtuh. Jika harapan ini dalam masa 5 tahun Pakatan Rakyat tidak boleh berubah seperti dijanjikan, PAS wajib bersendirian tetapi kesan 5 tahun PR memerintah adalah satu ujian kepada PAS. Jika PR gagal maka semua parti komponen PR akan disumpah rakyat dan kerajaan yang lebih zalim lagi akan muncul.
No comments:
Post a Comment