Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, kata DR. Asri bekas mufti Perlis.
Baru insaf belum tentu faham Islam kata DR. Asri kepada Abby.
Ilmu terbahagi kepada dua. Satu ilmu masalah hukum hakam atau ilmu fiqah. Halal, haram, sah, batal, harus. Satu lagi ilmu kelebihan beramal. Misalnya kalau solat dapat apa? Ilmu juga bukan menentukan seseorang itu beriman atau faham Islam. Ada ilmu hanya berilmu dan tidak diamalkan. Contoh seperti pensyarah Islam Yahudi yang mempelajari ilmu Islam dengan maksud untuk menyeleweng umat Islam. Mereka pakar dalam semua bidang Islam dan fasih berbahasa Arab tetapi mereka tidak beriman. Anak muridnya ada yang PhD. PhD dalam pengajian Islam belum tentu beriman tetapi hanyalah alat cari makan dan untuk menyesatkan umat Islam. Yang pasti PhD dalam bidang sains tak boleh tipu. Kalau tak boleh bukti misalnya sesuatu sistem kejuruteraan tidak boleh berfungsi maka gagal untuk mendapat PhD. Dalam Islam mudah hendak dapat PhD, boleh buat thesis tentang kelemahan Nabi saw pun boleh dapat PhD kerana matlamat Yahudi itulah yang hendak selewengkan supaya boleh menyesatkan umat Islam dengan kelulusan PhDnya.
Ilmu Islam bukan penentu iman. Iman memerlukan taufik dan hidayah dari Allah swt. Ramai orang berilmu tetapi tidak beramal mengikut ilmu yang dimiliki. Ada orang kurang berilmu tetapi setiap ilmu itu diamalkan mengikut sunnah Nabi saw.
Apakah kita tidak yakin dengan hudud untuk menyelesaikan masalah gawat umat Islam hari ini setelah undang2 ciptaan manusia terbukti gagal?. Adakah hudud yang diamalkan di Afghanistan , Pakistan itu mengikut hudud yang sebenar atau menyelewengan dari kehendak hudud yang sebenar. Adakah kita nak kata hudud akan menyebabkan ketidakadilan, orang Islam mencuri kena potong tangan sedangkan orang bukan Islam terlepas. Apakah sebenar atau alternatif masalah gawat umat Islam hendak di atasi? Adakah hukum atau makanisme yang lebih baik dari hudud?
No comments:
Post a Comment