Rafizi seharusnya dedahkan skandal NFC kepada SPRM, kata Najib. Kenapa Najib tak kata Rafizi seharusnya dedahkan skandal NFC kepada PM atau Shahrizat menteri pembangunan wanita? Polis, SPRM dan badan2 lain ini semua di bawah Najib.
Menyerahkan lapuran yang ada kaitan dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ini kepada badan tersebut seperti mengikat dan tundukkan kepala lembu ke dalam lubang untuk disembelih!
Rakyat sudah tidak percaya kepada badan2 ini selagi dikuasai oleh UMNO BN. Rakyat hendakkan perubahan dalam kerajaan. Perubahan ini bukan pembaikan dalam sistem kerajaan UMNO BN sekarang kerana kerajaan sekarang ibarat labu yang telah rosakkan oleh tikus dan tidak ada harapan untuk dibaiki.
Kita wajib pilih kerajaan baru ia itu PAKATAN RAKYAT yang akan memulakan pemerintahan baru sifar yang segar dan bersih dari semua kekotoran. Semua menteri sehingga wakil rakyat adalah orang baru yang bebas dari perbuatan keji..Malaysia akan menjadi negara maju bukan sahaja dalam pembangunan kebendaaan tetapi yang lebih penting maju dalam membentuk akhlak atau kerohanian jiwa manusia ke arah yang diredhai Allah swt. Inilah cita2 dan semangat Melayu dan Islam yang diidam2kan setelah kecewa dengan UMNO BN. Punca ramai Melayu menjadi pembangkang pun adalah kerana ramai Melayu kecewa dengan pemimpin2 yang gila kuasa dan salah gunakan kuasa.
55 tahun UMNO BN memerintah Melayu dan Islam semakin parah dan harapan untuk pulih adalah sifar. Islam yang di bawah UMNO semakin layu seperti layunya Melayu itu sendiri. Pemimpin2 kroni bertambah kaya raya, rakyat semakin susah dalam kehidupan, barang2 mahal, kereta mahal, pinjaman PTPTN kena bayar. Graduan semakin ramai menganggor kerana ekonomi terutamanya swasta semakin lembab.
No comments:
Post a Comment