Suruhanjaya Reid yang telah mengubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam artikel 3(1) hanya menyatakan agama Islam adalah agama persekutuan.
Islam hanya agama persekutuan. Ini satu kelemahan atau perangkap Inggeris untuk melemahkan Islam sahaja kerana kekuatan dari segi undang2 Islam tidak ada. Ini juga satu muslihat Inggeris supaya selain dari undang Inggeris, undang2 lain terbatal kerana definasi agama persekutuan tidak ditekan dengan penguatkuasaan undang2 syariah. Inggeris sendiri tahu atau cuma hendak melihat pemimpin2 UMNO pada masa itu peka atau tidak tentang perangkap mereka. Akhirnya mereka berjaya memerangkap pemimpin2 UMNO yang hendak sangat merdeka. Kemungkinan juga mereka dilatih supaya jangan bangkitkan undang2 syariah atau hudud. Jika hudud dibangkit alamat tak merdekalah lagi kita. Tetapi yang peliknya kita tidak dijajah seperta kata Prof. kangkong, kita dinaugi atau dilindungi sahaja. Tetapi kenapa setiap 31 Ogos kita sambut merdeka?
Dengan terciptanya perlembagaan ini bermakna Malaysia telah menjadi negara sekular bukannya negara Islam. Bagaimana boleh jadi negara Islam sedangkan perlembagaan Inggeris? Bila sebut negara Islam, hudud otomatik menjadi perlembagaan Negara.
Kita orang2 Islam memang menentang tidak kira Karpal Singh atau Donald Lim atau bukan Islam lain yang menentang hudud tetapi kita juga telah diperbodohkan oleh Inggeris sehingga undang2 digubal terlalu lemah untuk menegakkan hudud. Jika kita masih mengagong2kan atau masih mempertahankan perlembagaan persekutuan ini tanpa berani membuat pindaan maka sehingga dunia khiamat umat Islam akan dicabar oleh bukan Islam.
Bolehkah kita buat pindaan ini jika UMNO juga tumpang sekaki menentang hudud?
No comments:
Post a Comment