Hutang Negara telah meningkat kepada RM456 ribu juta(billion). Setiap rakyat yang berjumlah 28 juta menanggung hutang sebanyak RM16 ribu lebih. Timb menteri Kewangan Awang Adek menasihati rakyat Malaysia tidak perlu risau.
Maksud dia hutang ini ditanggung oleh kerajaan.
Rakyat jenis mana tidak perlu risau? Adakah semua rakyat boleh makan kalau daging mahal makan kayu, kalau ikan mahal makan batu, kalau barang2 makanan lain mahal makan tanah? Hutang sebegini banyak kalau rakyat tidak kena badinya(celakanya) mungkin rakyat boleh terima dan rakyat risau kalau Malaysia terpaksa dilelong atau digadai kepada Amerika!
Hutang bertambah bermakna rakyat bertambah susah kerana akan membayar bermula dari makanan, pakaian, rumah, nak kahwin pun mahal dan perbagai keperluan asas yang akan dibebankan kepada rakyat dengan menaikkan cukai makanan, insuran kereta motor, cukai kereta yang mahal, menaikkan saman trafik dan JPJ dan banyak lagi yang rakyat kena tanggung. Hutang bertambah sedangkan projek mega yang tidak memberi faedah untuk keseluruhan rakyat bertambah, projek yang melibatkan rakyat dikampung2 sehingga sekarang 55 tahun masih dengan masalah lama, parit tersumbat, jalan berlopak sana sini masih belum diselesaikan dengan sempurna. Wakil2 rakyat dan ahli Parlimen UMNO BN tidak pun nampak kreatif untuk membangunkan kawasan masing2. Apa yang nampak kereta mewah dan rumah mewah mereka yang ada membangun!
Rakyat yang boleh berfikir sentiasa memerhatikan gelagat wakil2 rakyat. Rakyat yang bodoh sombong sahaja tidak dapat melihat semua ini kerana pintu hati telah tertutup dengan sekampit beras, kekilo gula dan sehelai batik atau kain pelikat dan lawatan ke Hadyai.
Tahap fikir orang2 Melayu masih ketinggalan dari semua segi. Ini termasuk pelajaran, ekonomi, politik, Islam dan siapakah yang memperbodohkan tahap fikir orang2 Melayu kalau bukan UMNO? 55 tahun merdeka, kedai barang2 Melayu Islam masih terkapai2 untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Mana dia kedai 1 Malaysia yang heboh nak diujudkan? Kedai barang di bawah pengurusan dan pentadbiran agensi yang kuasai Melayu seperti dahulu Baitulmal, felda dan lain2 habis tutup kerana Melayu yang mengurus pertama tidak kreatif kerana makan gaji kedua tidak amanah. Ini adalah hanyalah satu dari cabang bisnis fardhu kifayah yang UMNO gagal memenuhi kehendak Islam.
PRU 13 ini sangat penting kepada orang2 Melayu Islam untuk berubah. Gagalnya PRU 13 dikuasai PAKATAN RAKYAT bermakna rakyat Malaysia suka kepada kecelakaan. Orang2 Melayu Islam belajarlah menjadi cerdik. Hanya dengan cerdik berfikir disamping mengamalkan keselurahan ajaran Islam, insyaAllah, Allah swt akan memberi kemulian kepada kita. Amiin.
No comments:
Post a Comment