Sunday, 5 August 2012

KELEBIHAN DAN HIKMAH SUNNAH MENYIMPAN JANGGUT


Assalamualaikum.InsyaAllah kali ini kita akan berkongsi  salah satu sunnah Nabi s.a.w yang sepatutnya begitu mudah untuk kita ikuti bagi kaum adam. Ya, iaitu menyimpan janggut.
Sabda Rasulullah SAW..
”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Daripada Kitab pendapat Imam Syafie " Al Ibaabi", Imam Ibn ArRifah berkata bahawa Imam Syafie rah di dalam kitabnya "Kitabul Um" telah menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggut adalah haram.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Janggut jangan dipendekkan. Hendaklah disimpan satu genggaman lima jari dan diurut ke bawah. Janggut yang digunting pendek bukan sunnah. Keberanian menyimpan janggut panjang adalah satu keberanian lelaki menegakkan sunnah nabi s.a.w. di akhir zaman yang penuh dengan fasakh dan mungkar. Di akhirat nabi s.a.w mengenali mereka yang mengamalkan sunnah semasa hidup di dunia.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.


No comments:

Post a Comment