Semakin Melayu Islam jadi penakut semakin berani pula bukan Islam menjadi menghina Islam. Mereka tidak menghina Islam tetapi menghina hudud. Ada Melayu kata bukan Islam tidak menghina Islam tetapi hanya menentang hudud. Sebab itu UMNO, mufti2. Majlis fatwa dan ulama2 mereka membisu kerana ada pengasas pondok kata sokong DAP haram. DAP itu kafir harbi dan MCA kafir zimmi. Kedua2 menyembah berhala. DAP menentang Islam kerana berkawan dengan PAS sedangkan MCA taat kepada pemerintah Islam UMNO kerana UMNO anggok apa yang MCA kata!
Akhirnya siapa yang untung. Untung di sini bukan untung wang tetapi untung sama ada dapat syurga atau neraka. UMNO kata Islam yang mereka anuti mengikut sunnah Nabi saw. Sunnah Nabi saw ini bukan barang mainan yang boleh dipermain2kan.
Seorang mat saleh bukan Islam bertanya adakah kamu orang Islam? Mat saleh ini banyak tahu hal Islam cuma dia belum Islam tetapi dia banyak maklumat dengan membaca dan mengkaji apakah yang dikatakan sunnah Nabi saw. Jika anda jawab ya anda akan terperangkap dengan kebodohan sendiri. Jika anda jawab tidak anda mungkin dianggap murtad! Tidak ada orang Islam yang sanggup mengaku bahawa dia bukan Islam. Kerana takut jadi murtad tetapi ada orang Islam yang dah mengaku Islam tetapi sanggup jadi murtad kerana jahil amalan Islam pada dia tidak ada apa2 kerana sausana di luar sana bila2 masa sahaja boleh buat pilihan. Iman rosak ulama, mufti bukan tahu. Hanya Allah swt sahaja yang tahu.
Nak mengenali sama ada seseorang ikut sunnah Nabi saw bukan susah. Caranya sangat mudah semudah ABC!
Berikut tanda2 sunnah Nabi saw atau tidak adalah seperti berikut:-
1. Jika pemerintah adakah dia amanah, jujur dan ikhlas?
2. Masjid makmur atau sunyi setiap lima waktu solat
fardhu?
3. Adakah semua lelaki baligh bersolat berjemaah?
4. Adakah pakaian lelaki berberjubah dan berserban atau
bersongkok atau bertali leher? Bertali leher itu pakaian
Yahudi.
5. Kalau dia sebagai pemimpin dia sentiasa menjadi iman
solat kepada rakyat?
6. Adakah dia sentiasa peka dengan perkara dosa seperti
memfitnah, video lucah yang memburukkan keaiban
orang lain?
7. Bila berucap adakah ayat2 al-Quran atau hadith Nabi
saw yang dibaca supaya rakyat ada fikir kepentingan
amalkan ajaran Islam?
Ini adalah 0.01% sahaja tanda2 ada sunnah atau tidak. Jika 7 senarai di atas pun masih jauh sebenarnya seseorang itu belum lagi Islam . Untuk beriman dan bertaqwa adalah tersangat jauh. Nilai diri sendiri dahulu sebelum menjawab!
No comments:
Post a Comment