Setiap hari ada sahaja berita bunuh, rompak, mercun, ragut,rogol dan jenayah berat. Dahulu ada seorang SU kementerian yang berkaitan kata Malaysia negara yang selamat didiami. Mungkin maksud di hutan Pahang atau mana2 hutan yang tiada manusia agaknya yang selamat tetapi terpaksa menghadapi masalah binatang ganas pula seperti beruk, monyet, buaya, harimau dan lain2 spesis.
UMNO BN dan ulama upahan luar negara mendakwa Malaysia negara Islam. Baru datang tiga hari dan tinggal di hotel mewah boleh buat fatwa seolah2 dia warga Malaysia yang tinggal tetap di sini.
Kalau ikut pengambilan anggota polis sekarang ini telah banyak berkurangan kerana telah terlalu ramai polis direkruit di masa yang lepas.
Sejak perkembangan pembangkang yang sungguh mengalakkan di saat hampir PRU 13 ini, tugas polis pun semakin banyak kerana menjaga dan menangkap pembangkang yang membuat “jenayah” seperti membongkar penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. Mungkin selagi pembangkang aktif membongkar kes2 yang boleh melemah jantung ini maka polis setiap 10 orang pembangkang 1 anggota polis. Kalau rakyat Malaysia ada 28 juta maka polis mesti ada 2.8 juta orang. Itu pun kalau UMNO BN ada umur memerintah. Kalaulah ditakdir ajal awal maka PR kena semak semula anggota polis ini, mana yang tak perlu tamat perkhidmatan awal.
Adakah kita akan bebas dari jenayah berat pada tahun 2020, lagi 8 tahun? Atau tahun 2020 nanti rakyat terpaksa kena guna baju kalis peluru, itu pun kalau UMNO BN ada lagi. Rakyat kena berdoa supaya PRU 13 ini kerajaan baru PR yang lebih telus diharapkan mengambil alih tampok pemerintah, maka tahun 2020 nanti kalaulah dunia ini tak khiamat dapatlah rakyat tinggal di rumah2 tanpa kunci, masjid2 boleh dibuka 24 jam, longkang2 yang ada penutup besi kita gantikan dengan penutup besi waja yang berkrom dan longkang2 dan jalan2 tersumbat dibaiki, nampaknya Malaysia akan bertukar wajah menjadi Malaysia yang gemilang, cemerlang dan tidak temberang. Rakyat Malaysia terutamanya orang2 Melayu Islam akan ramai mengimarahkan masjid, keberkatan mencurah2 turun dari langit dan bumi.
Adakah harapan yang murni ini rakyat akan capai? Jawapannya jika UMNO BN tiada lagi. Rakyat memerlukan satu perubahan yang besar untuk menukar wajah Malaysia yang terkenal di dunia di antara negara yang tidak selamat didiami. Mungkin ada orang bodoh kata, kalau tinggal di Malaysia tidak selamat, pindah sahaja ke negara lain! Jawapannya mudah rakyat tidak payah pindah ke negara lain tetapi pindahkan UMNO BN ke lubang kubur dalam PRU 13 pasti Malaysia akan bertukar wajah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment