Saturday, 4 August 2012

SKOP NEGARA ISLAM LEBIH LUAS BERBANDING NEGARA BERKEBAJIKAN


PAS wajib menerangkan dasar Negara Islam. Negara kebajikan walau pun tidak seperti negara Islam ianya lebih bersifat kebajikan yang diperlukan oleh manusia sejagat, Di UK misalnya mereka mengamalkan negara berkebajikan. Negara Islam lebih menyeluruh bukan setakat kehendak manusia kepada segala kebajikan tetapi yang lebih penting ia itu dasar mentauhidkan Allah swt. UK tidak mengamalkan dasar ini kerana negaranya bukan dasar Islam tetapi kebajikan yang diamalkan lebih baik dari Malaysia. Ini termasuk sifat jujur dan amanah.

Kita tidak boleh menerangkan tentang dasar kebajikan semata2 kerana ini tidak akan dapat menarik bukan Islam untuk memahami Islam, tetapi yang lebih penting akhirnya mereka dapat menerima dan memeluk Islam.

Inilah fikir Nabi Muhammad saw. Baginda tidak fikir tentang kehidupan atau kemajuan dunia semata2 tetapi Nabi saw fikir bagaimana manusia boleh mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Kebajikan semua manusia faham begitu juga dengan sifat jujur dan amanah. Nabi2 tidak dihantar untuk menerangkan bagaimana hendak hidup di dunia. Nabi a.s dihantar bagaimana semua manusia boleh beriman dengan Allah swt. Perkara akhirat adalah lebih penting dari kehidupan dunia yang hanya berusia 60 atau 70 tahun sahaja tetapi kehidupan akhirat tiada penghujung. Syurga dan neraka adalah dua perkara yang sangat penting bukan main2. Kerana pentingnya kehidupan akhirat, Allah swt menghantar Nabi2 supaya menyeru manusia beriman denganNYA, semata2 untuk menghindarkan manusia ke dalam api neraka.

Kerja PAS bukan setakat hendak menerangkan betapa perlunya negara berkebajikan tetapi dalam masa yang sama wajib menerangkan tentang perlunya kenapa kita wajib mentauhid Allah swt. Ini kerja berat kerana Nabi a.s dihantar untuk kerja ini. Ada Nabi yang dibunuh kerana menjalankan kerja ini. Nabi Muhammad saw di antara nabi yang paling banyak cabaran hanya membuat kerja menyeru manusia kepada Allah swt.

Skop kerja PAS adalah luas dan PAS bertanggung jawab di atas kerja ini kerana dasarnya al-Quran dan hadith. Semua ahli2 PAS dan pemimpin2 PAS akan disoal di hadapan Allah swt tentang kerja ini ia itu kerja dakwah.

Keyakinan kita kepada Allah ditahap yang cukup lemah kerana dalam hati kita masih banyak kebesaran makluk. Kita tidak yakin dengan pertolongan Allah swt. Oleh itu  yakin dibina, jika PAS tidak dapat bantuan bukan Islam PAS tidak boleh memerintah Malaysia. Peperangan Badar al-kubro membuktikan dengan hanya 313 orang Islam dapat mengalahkan tentera kafir Quraisy lebih dari 1000 orang. Negeri Perak selepas PRU 12,  PAS minoriti dapat menjadi kerajaan. Ini semua Allah swt yang maha berkuasa. Apa sahaja perancangan manusia hanyalah perancangan yang lemah selebihnya kena bertawakal kepada Allah swt.

Pemimpin2 PAS wajib bina keyakinan ini kerana PAS tidak sama dengan UMNO.

No comments:

Post a Comment