Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Kenapa beliau tidak berkata umat Islam tidak boleh menyokong MCA dan MIC kerana haram serta berdosa.
Jika DAP digelar kafir harbi, MCA dan MIC pula kafir apa? Beliau mungkin hanya pengasas bukan ulama. Pengasas tidak mestinya ulama. Mungkin hanya beri tempat untuk didirikan Pondok sahaja. Kalaulah beliau seorang ulama masakan beliau begitu jahil seperti UMNO juga!
Semenjak DAP berkawan dengan PAS, banyak ahli2 dan pemimpin mereka belajar tentang Islam. Malangnya MCA dan MIC telah berkawan dengan UMNO sudah 55 tahun sehingga sekarang MCA dan MIC masih dalam jahil murakat kerana UMNO tidak ajar mereka tentang Islam. UMNO ajar MCA dan MIC bagaimana hendak tambah kedai judi, kedai arak dan buat projek supaya dapat banyak komisen dan MCA ajar UMNO kalau nak berjaya kena amalkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Ini fatwa individu yang jahil. Nabi saw tidak pernah membuat fatwa seperti ini. Nabi saw setiasa berfikir bagaimana semua orang kafir dapat beriman kepada Allah swt. Hari ini kita membenci orang kafir kerana mereka bukan Islam. Kalau orang2 Islam tidak membuat kerja dakwah terhadap orang2 kafir masakan mereka faham Islam dan adakah kita hendak menjauhkan diri dan terus menghina mereka? Ini bukan sifat Nabi saw. Bagaimana di akhirat nanti kita hendak memohon syafaat dari baginda sedangkan semasa hidup di dunia kita leka dengan kerja kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan caci mencaci.
No comments:
Post a Comment