Tuesday, 7 August 2012

TIDAK BERSOLAT AJARAN SESAT NO.1


Kuasa, wang dan wanita boleh tumbangkan sebuah kerajaan. Lebih malang kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam juga terlibat dengan dengan amalan ini kerana sebenarnya mereka hanya bertopengkan Islam. Hakikat sebenarnya mereka adalah kerajaan yang mirip kapada amalan kapitalis, sosialis atau kuminis. Kerajaan Islam tidak akan meredhai amalan kafir ini diamalkan jika iman dan taqwa kepada Allah swt ada di dalam hati.

Penghinaan kepada Islam oleh bukan Islam adalah sesuatu yang serius dan umat Islam wajib bangun untuk berjihad melawan perbuatan ini. Kita berkawan ada batasan. Menghormati hak beragama dan amalan agama sesuatu bangsa itu adalah penting. Malaysia negara yang kononnya dikata Islam ini jika masih leka dengan penghinaan ini, ini bermakna Malaysia sudah sah bukan negara yang mengamalkan Islam. Negara Islam sangat sensetif terhadap apa juga bentuk penghinaan kerana menghina Islam bermakna menghina Allah swt dan RasulNya.

Toleransi atau tolak ansur ada batasan. Hak beragama tidak ada tolak ansur. Umat Islam wajib bertegas, jika gagal bukan Islam akan bertambah ghairah bukan sahaja menghina Islam tetapi juga akan menghina Melayu Islam.

UMNO tidak boleh berdiam diri kalau parti komponennya MCA celupar mempertikaikan Islam. Adakah Islam yang dianuti UMNO lain dari Islam yang dianuti PAS. Sepatutnya dalam hukum hudud misalnya pendirian wajib sama. Begitu juga dengan perlaksanaannya tiada lagi muzakarah tetapi muzakarah bagaimana hendak melaksanakannya itulah yang wajib bagi setiap umat Islam dan pemimpin2 Islam.  Alasan yang berbentuk hasad dengki atau menafikan hukum hudud itu atas perbagai alasan adalah satu perbuatan menghina perintah Allah swt. Perkara ini bukan soal parti mana, tetapi ini adalah perintah Allah swt yang semua pengikutnya yang ada iman dan taqwa wajib berusaha kearah perlaksaannya.

Umat Melayu Islam berpecah kerana bercampur aduk di antara hak dan bathil.
Ajaran sesat yang sebenarnya berada dalam masyarakat Islam. Bila ajaran Islam yang sebenarnya 100% tidak diamalkan maka akan ujud pelbagai ajaran sesat. Umat Islam yang cuai dengan solat itu sebenarnya adalah ajaran sesat nombor satu.  Kita tahu syaitan itu musuh Islam yang nyata tetapi hari2 kita berkawan dengan syaitan. Fitnah, mencaci, cela mencela di antara Melayu Islam, ini semua amalan syaitan tetapi inilah yang paling disukai olen umat Islam hari ini. Semuanya kerana hendakkan kuasa. Kuasa tidak salah tetapi dengan kuasa boleh menghalalkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ini adalah perbuatan salah dan terkutuk yang wajib ditentang oleh umat Islam yang ada iman dan taqwa kepada Allah swt.




No comments:

Post a Comment