Hari ini tiada negara Islam yang betul2 mengamalkan Islam. Islam yang kita amalkan ini pun bukannya Islam sebenar tetapi penuh dengan bi’ah. Mungkin ada orang menganggap ada bi’ah baik dan bi’ah yang boleh menyesatkan. Negara Islam yang betul2 ujud adalah di zaman Nabi Muhammad saw dan para2 sahabat.
Kerana amalan yang betul ini mereka boleh tawan Rom dan Parsi. Saidina Umar al-Kattab telah membina iman dan yakin kepada Allah swt sehingga lorong yang beliau lalu tidak akan dilalui oleh syaitan dan boleh memberi arah kepada pengaliran sungai NIL supaya alirkan air atau terus kemarau. Begitu juga di zaman saidina Abu Bakar sehingga tiada orang yang layak menerima zakat. Zaman Khalifah Umar Abd Aziz semasa beliau menjadi Khalifah wang negara dijaga dengan amanah sehingga pelita yang digunakan pun diadakan dua jenis satu untuk urusan negara dan satu untuk kegunaan peribadi. Inilah hebatnya bila ajaran Islam diamalkan. Kita hanya ingin belajar dari sejarah kegemilangan Islam, moga2 dengan usaha kita ke arah itu dengan izin Allah swt kita sekurang2nya ada azam untuk membina negara Islam seperti itu.
Tafsiran negara berkebajikan ini sempit. Ianya hanya semata2 untuk keperluan kehidupan dunia. Semua orang hendakkan keadilan, jujur dan amanah. Orang2 bukan Islam misalnya Jepun, German, Perancis, Inggeris lebih jujur dan amanah dalam hal2 urusan dunia. Kerana mereka bukan Islam cara mereka yang kita benci seperti pergaulan lelaki wanita, arak dan lain2, tetapi cara mereka bekerja memang kelas pertama. UK , Australia , New Zealand juga Negara berkebajikan. Negara Islam memperjuangkan kebajikan dan dalam masa yang sama menyampai risalah mentauhid kepada Allah swt dan negara berkebajikan hanya memperjuangkan kejujuran amanah, keadilan. Ini semua bangsa dan agama memperjuangkan tetapi memperjuangkan akidah Islam hanya ada dalam negara Islam yang betul2 Islam seperti yang disebutkan di atas.
Umat Islam hari bukan sahaja dihalau dan disembelih dalam negara sendiri tetapi menumpang di negara2 seperti Myamar, Palastin , Iraq , Afghanistan dan lain2 tidak selamat lagi. Kita memang simpati dengan kekejaman ini. Kenapa Allah swt tidak bantu mereka bukankah mereka Islam? Kemulian atau kehinaan Allah swt bergantung kepada amalan bukan ekonomi atau kekuatan ketenteraan. Selagi umat Islam tidak balik kepada amalan sunnah nabi saw selagi itulah umat Islam walau pun berada dibumi sendiri tetap akan dihina Allah swt.
Di Malaysia hari kita lihat sendiri kuasa politik, ekonomi, ketenteraan hakikat sebenarnya dikuasi oleh Yahudi. Umat Islam hanya jadi pembeli dan pengoperasi mesin. Politik demokrasi yang kita amalkan adalah sistem Yahudi. Umat Islam hari ini berpecah belah kerana merebut kuasa. Bila dapat kuasa jadi perasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Ekonomi dikuasai oleh orang2 Cina bukan Islam. Ketenteraan adalah peralatan ketinggalan zaman yang tidak digunakan lagi oleh si penjual seperti Amerika, Rusia, Perancis. Kita lihat sendiri kapal selam yang kita miliki, teknologi beberapa puluh tahun dahulu yang telah usang dijual kepada Malaysia . Teknologi Singapura lebih canggih dari Malaysia kerana mereka bukan Islam dan sekutu rapat kepada Amerika dan Israel .
Di Malaysia umat Melayu Islam belum ada jaminan dari Allah swt untuk kekal berkuasa atau akan menjadi lukut ditepi gantang. Apa yang penting kita buat ialah berusaha ke arah yang Allah swt redhai. Dalam hal ini dakwah adalah teramat penting. Bila dakwah ditinggalkan, umat kelamaan akan jauh dari Islam dan hari ini kita lihat umat Islam murtad adalah perkara biasa dan adakah pemerintah yang ada ia itu UMNO memberi perhatian isu murtad sebagaimana Nabi saw memberi perhatian yang begitu serius. Perjuangan baginda pun adalah atas perkara ini ia itu menyeru manusia beriman kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment