Monday, 6 August 2012

MELAYU TIDAK HILANG DI DUNIA TETAPI MUNGKIN MEREMPAT DI DUNIA


Kita tidak mengamalkan perkauman tetapi hak sesuatu bangsa itu sesiapa pun tidak boleh pertikaikan. Kita bertolak ansur dengan bangsa Cina dan India supaya boleh diterima oleh Inggeris atas nama hendak cepat merdeka. Kesan jangka panjang kita tidak tahu atau  kita buat tak tahu kerana yang lebih penting hendak merdeka dan hendakkan jawatan PM itu dikalangan UMNO.

Perlembagaan  sebagai undang2 bertulis dan belum tentu ianya ada kuasa mutlak untuk melawan musuh yang sentiasa hendak menceroboh atas nama hak asasi manusia. Ada clause2(Klaus) tertentu yang lemah yang boleh dicabar oleh pihak2 yang sentiasa tidak berpuas hati. Ibarat diberi betis hendak peha.

Selepas merdeka ada kalangan pemimpin2 Melayu yang berkuasa dan terus lalai kerana mereka fikir kita orang2 Melayu tidak perlu takut dengan bangsa2 pendatang ini yang diberi warnanegara kerana pemimpin2 Melayu menganggap ini Malaysia Melayu punya.

Satu perkara penting mereka lupa ialah bangsa2 pendatang ini telah pun menjadi warga negara dan juga sudah jadi pengundi yang sah yang boleh memilih kerajaan. Ancaman terhadap kuasa mutlak Melayu telah pun bermula dan pemimpin2 Melayu masih lalai dan terus berseronok dengan ganjaran2 berupa niat yang tersirat yang pemimpin2 Melayu menganggap betapa baiknya hati2 mereka dan terus bergantung kepada ganjaran2 ini yang akhirnya tergadai sana sini tanah2 Melayu, kepentingan Melayu dan pelbagai lagi keistimewaan orang2 Melayu.

Orang2 Melayu biasa tidak menyedari atau gagal berfikir tentang tingkah laku pemimpin2  mereka bahawa perbuatan ini adalah punca kelemahan dan mungkin terhakisnya  kuasa Melayu dan menjadi ancaram kepada Melayu dan Islam dan sekarang telah terbukti. Atas nama kongsi kuasa, tolak ansur yang begitu menjadi2 digunakan sehingga Melayu terasa terancam dan semakin ramai menjadi pembangkang. Kesan pembangkang ini juga kuasa UMNO semakin lemah dan tergugat. Untuk mengekalkan kuasa walau pun telan mati emak luah mati bapa tetapi atas nama hendak terus berkuasa biar kedua2nya mati pun peduli apa! Akhirnya bukan sahaja emak bapa mati tetapi semua keturunan habis mati, puas hati. Melayu ada tetapi hidup segan mati tak mau!

Kemajuan yang tidak terkawal kerana hendakkan cepat maju, walau pun Melayu masih baru belajar atau belajar merangkak sama ada dalam perniagaan, pelajaran dan lain2 tetapi pemimpin2 Melayu tidak peduli. Sesiapa sahaja yang boleh beri kemajuan dan dalam masa yang sama boleh beri ganjaran, soal Melayu lembab atau lambat, itu  masalah mereka. Mereka fikir bagaimana untuk menjadi kaya semasa seseorang itu memegang kuasa. Soal Melayu lembab dan lambat itu masalah Melayu sendiri. Maka Melayu yang sedang merangkak ini terus merangkak sehingga lumpuh untuk berjalan seperti bangsa2 lain. Bangsa2 lain mengambil kesempatan atas dasar kejar kemajuan oleh pemimpin2 Melayu. Tanah2 Melayu atau resab Melayu, dengan kuasa yang dimiliki  bertukar status dan hilang tanpa gantian, ditambah dengan akta bebas memiliki tanah, tanah2 persendiran Melayu semakin hari semakin banyak bertukar tangan ke bangsa2 bukan Melayu. Melayu terus leka dengan mengejar kemewahan dan tidak ada fikir masa depan anak2 cucu yang terus terancam . Melayu hilang cintakan dan sayangkan Islam dan bangsa Melayu kerana UMNO mengajar dan mendidik bangsa Melayu 55 tahun supaya tamak, takbur, sombong dan lain2.



No comments:

Post a Comment