Tuesday, 31 July 2012

PRU13 PM TUNDA GERABAK PENUH JIN


Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA). Lagi berita terkini hiburan sensasi. Adakah talian hayat UMNO BN dalam kes ini boleh mendapat simpati rakyat. NFC satu nama gelamor yang telah mengorbankan jawatan menteri wanita UMNO kerana salah guna pinjaman bela lembu tukar ke beli kondo. Malaysia sekarang boleh capai box office dalam hal menegakkan salah laku kroni!

Saman menyaman telah menjadi isu hangat dan panas. Yang lebih panas setiap saman kerajaan tak sangkut. Inilah yang menyebabkan PRU 13 ditunda dan ditunda sehingga lori penunda habis minyak pada April 2013. Semakin ditunda semakin meragam pula gerabak yang ditunda dan bertambah berat semacam ada jin yang menghuni gerabak berhantu ini!

Tetapi pemimpin2 UMNO BN releks sahaja. Dua orang MP Sabah keluar BN, pemimpin2 UMNO kata tindakan mereka tidak menjejas sokongan rakyat terhadap UMNO. Hebat juga UMNO ini guna ilmu jin apa agaknya.  Muka releks dan muka cemas atau senyum siang, menangis malam ini boleh dilakunkan. Dalam hati Allah swt sahaja maha mengetahui.

Itulah sifat manusia. Nama nak bertaubat tidak sekali. Nak menegak benang basah walau pun susah diusahakan juga walau pun orang nampak itu kerja orang gila.

Penyelewengan tetap perbuatan terkutuk. Kalau terlepas di dunia di akhirat tetap terima balasan. Kehidupan dihabis dengan amalan sia2 bukan mengumpul saham untuk dihantar kealam akhiran sebagai bekalan untuk mendapat ganjaran syurga. Neraka juga jadi pilihan.

Nilai umur 60, 70 tahun ini dihabiskan dengan amalan sia2 sedangkan umur 60, 70 ini kalau dihabiskan dengan amalan kebajikan pun belum tentu dapat syurga.
Jikalah kita dapat mempertahankan iman dan taqwa kepada Allah swt, dengan umur se pendek ini moga2 dengan rahmat Allah swt dapat juga rasa syurga.

Malang sungguh peluang menjadi manusia disia2kan. Binatang tiada syurga dan neraka, tetapi mereka tahu nikmat syurga dan azab neraka. Kalau binatang ditanya hendakkah kamu menjadi manusia. Jawapannya ya  pasti sekali. Kami akan jadi lebih baik lagi dari manusia.

MALAYSIA NEGARA LONGGOKAN BARANG PALSU DAN JANJI PALSU


Kereta palsu(speksifikasi Malaysia lain speksifikasi UK lain), spare parts palsu, ijazah palsu, pengundi palsu, ikan sayur palsu( ekspot yang cantik2, rakyat makan sisa2 ekspot yang kelas 3 dan banyak lagi benda palsu dan yang terakhir dan bukan terakhir ialah janji palsu(janji ditepati) yang dijaja kehulu kehilir seperti slogan satu lagi projek kerajaan BN.

Barang2 dari Cina yang tidak laku di Eropah boleh masuk Malaysia sedangkan Singapura mengharamkan barang yang tidak bermutu atau barang palsu. Malaysia boleh, semua boleh haram boleh halal boleh dan palsu boleh. Itulah kerajaan UMNO BN selama 55 tahun memerintah gagal mendidik rakyat supaya menghargai barang ori.

Kesan dari palsu ini sehingga sekarang terlolong janji ditepati kerana selama ini janji tidak pernah ditetapi. Rakyat gelisah. Buat jalan bila hujun lebat berlopak sana sini kerana menipu speksifikasi sepatutnya batu dan tar sekian2 inci tetapi kerana kontrektor dan teknisen JKR atau badan2 berkuasa lain nak untung dan komisen lebih maka penipuan kena amalkan. Jalan dikilang yang besar, jalan dan parit serupa jalan kampong, tiada standard. Itulah menteliti dari PM sehingga JKKKP kampong. Kerja menipu ini sudah jadi amalan hidup dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan UMNO BN.

Rakyat sudah cerdik, kerja menipu ini sudah tidak boleh diamalkan lagi. Salah satu perbelanjaan kerajaan bocor ialah buat kerja menipu. Wang habis kerana baiki jalan palsu. Itu baru satu contoh. Banyak lagi kerja menipu makmal computer sekokal runtuh, stadium runtuh, jambatan runtuh. Siapakah mereka yang berkuasa ini? Melayu dan Islam.

55 tahun satu penderitaan buat rakyat Malaysia di bawah kerajaan UMNO BN palsu. Rakyat wajib bangkit menentang kepalsuan yang diamalkan kerajaan UMNO BN.

Rakyat mahu sebuah kerajaan yang dapat mendidik rakyat supaya ubah menteliti suka kepada barangan bermutu. Orang2 Melayu Islam dapat dididik dengan sifat2 terpuji bukan dibiarkan dengan sifat suka menipu.

Perubahan kepada Malaysia yang lebih bermutu dari segi kerajaan yang memerintah adalah wajib kerana rakyat Malaysia akan berdepan dengan dunia yang lebih mencabar dari segi kepercaan dan keyakinan pelabur asing. Eropah, Jepun dan lain2 negara maju melibat Malaysia bukanlah tempat yang selesa dari segi protocol yang jelas penuh amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kerajaan baru PR selepas PRU 13 ini perlu memperbarui tekad untuk membersih sampah sarap yang ditinggalkan oleh kerajaan UMNO BN.

Gunakan barang ori, mahal sikit tepi bermutu. Guna barang palsu, murah tetapi kos jangka panjang cukup mahal. Malaysia ke arah sifar palsu di bawah kerajaan PR insyaAllah.

PERBEZAAN IJAZAH TULIN DAN IJAZAH PALSU


Kelulusan, kemahiran, pengalaman, kejujuran dan amanah adalah kreteria penting bagi seseorang menteri sehingga ke wakil rakyat dan dari majikan sehingga ke pekerja.

Masalahnya sekarang sama ada ijazah palsu atau tulin nampak yang tulin lebih palsu kerana yang menentukan sifat2 terpuji bukan melalui ijazah tetapi melalui latihan iman dan taqwa kepada Allah swt.

Hari ini kebanyakkan menteri2 sehingga ke wakil rakyat paling koman ada ijazah. Soal perangai masyaAllah bila jadi akauntan, akautan penipu, bila jadi jurutera, jurutera penipu. Bila jadi doktor, doktor penipu dan lain2 bidang yang berlungguk2 yang kerja utama bila aku dapat pangkat ini apakah peluang boleh buncit perut.

Universiti bukan tempat melatih iman. Iman kena latih sendiri. Universiti tempat dapat ilmu cari makan. Sebab itu keluar universiti tidak ada jaminan iman akan meningkat.

Keluar universiti nak cari kerja makan gaji. Bila dapat makan gaji, tetapi gaji tak cukup untuk melayan nafsu ditambah iman yang nipis yang tidak dilatih di universiti maka bila kerja yang nampak bagaimana nak tambah RM supaya boleh hidup mewah.

Dahulu kerja wakil rakyat siapa pun tak teringin kerana tak tau lubang. Sekarang wakil rakyat tidak ada kelulusan universiti pun teringin kerana tanpa kelulusan pun kalau dapat jadi wakil rakyat boleh buat harta bertimbun2.

Pengurusan dan pentadbiran tidak penting kerana inbois boleh dipalsukan. Peruntukkan beratus ribu RM untuk DUN sahaja dan lebih bahagian jadi MP berjuta RM. Dapat satu penggal sahaja sudah cukup bahagia. Rakyat peduli apa.

Kenapa pilih aku, aku cuma merayu undilah bukan pangkah aku. Rakyat bagang bin bahlol kena lagi. Lima tahun lagi hidup aku tak berubah. Rumah senget. Kais pagi makan untuk besok. Begitulah dengan kebodohan dua golongan yang berijazah pun kena yang tak sekolah pun kena. Yang berijazah hutang PTPTN kena bayar dan tak sekolah harga barang naik kena beli juga kerana barang keperluan harian untuk  dimakan walau pun hanya garam. Garam pun mahal.

Begitulah hebatnya ijazah, master dan PhD sekarang. Alat untuk menunjukkan terpelajar atau educated. Wang rakyat sapu bersih. Baik tinggal di sekolah pondok sekurang2nya dapat jaga iman. Iman paling berharga kerana mati tak bawa wang. Mati bawa iman ia itu amalan yang akan digunakan di akhirat untuk selama2nya.

MALAYSIA WAJIB KEPADA PERUBAHAN


Setiap hari ada sahaja berita sensasi hiburan terkini yang pasti menghiburkan rakyat lebih dari TV-TV milik UMNO. Dua orang MP Sabah keluar BN dan kesan dua pemimpin ini akan menyebabkan hati2 ahli lain berbelah bagi. Mungkin dalam beberapa hari lagi akan kedengaran berita yang lebih mengejutkan dengan pertambahan ahli MP Sabah, Sarawak dan lain2 negeri yang akan menyertai PR. Itu sausana politik di Malaysia sibuk dengan lompat sana lompat sini. Pasaran saham tidak menentu. Pelabur asing tidak menentu. Ekonomi di paras bahaya. Hutang bertambah. Bond telah banyak dikeluarkan begitu pinjaman dari KWSP, Petronas, Tabung Haji. Memang tepat kalau dikatakan Melayu ini memang suka kepada hutang asalkan bergaya. Bukan harta kita harta bapa mertua.

Itulah Malaysia di bawah UMNO BN dan di bawah PM Najib. Semakin rancak sausana politik semakin mengila dibuatnya. Rentak yang dahulunya perlahan dan romantik tetapi sekarang bertukar menjadi heavy metal dan ganas dengan terhakisnya sifat2 murni semula jadi manusia, kasih sayang, bersopan, berbudi pekerti mulia dan berakhlak mulia. Sekelip mata semua ini bertukar kerana hasutan iblis dan kuncu2nya yang sememangnya tugas mereka menyesatkan manusia yang bernama umat Islam.

Apa yang hendak dikatakan bila manusia jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Kejadian manusia adalah semulia makluk tetapi akhir zaman dengan perbuatan manusia itu sendiri manusia telah menempah dari sebaik2 kejadian kepada seburuk2 kejadian kerana menghambakan nafsu kepada dunia yang fana ini.


Hari2 fitnah, hasad dengki, pembohongan, caci mencaci menjadi amalan yang tidak dapat dipisahkan dan yang lebih malang ianya berlaku dalam masyarakat Melayu Islam yang satu masa dahulu dibangga2kan kerana sopan santun yang diamalkan. Hari ini semua itu tinggal kenangan kerana zaman berubah tetapi manusia berubah bukan kerana zaman tetapi kerana sifat manusia yang tamak, sombong, riak dan pelbagai lagi sifat terkeji yang berasaskan kehidupan dunia yang sementara ini. Pagi beriman petang kufur kepada Allah swt.

Siapakah yang akan datang untuk menyelamatkan iman? Kenabian sudah pun tamat dengan nabi akhir zaman ia itu nabi Muhammad saw. Siapakah yang bertanggung jawab supaya rakyat dapat balik semula kepada Allah swt? Jawapannya pemimpin2 yang ada fikir dan ada kerisauan dengan Islam sahaja yang dapat memimpin2 rakyat ke arah itu. 55 tahun sudah berlalu Islam semakin jauh ditinggalkan di bawah UMNO BN. Perubahan wajib dilakukan demi Islam dan Melayu ke arah kegemilangan seperti di zaman nabi saw dan para2 sahabat, oleh itu Malaysia wajib berubah ke arah itu dengan selamatkan Malaysia dan pastikan UMNO BN dikuburkan ke dalam liang lahat yang dalam, dalam PRU 13 ini. InsyaAllah.

Monday, 30 July 2012

PERBEZAAN AKAL DENGAN TIDAK BERAKAL



Tanda2 awal UMNO BN kalah. Kes Bersih 2.0 UMNO kalah. Kes katun Zunar UMNO kalah. Itu antara dua kes banyak lagi kes yang UMNO BN kalah. Ini menunjukkan UMNO BN menjadi pemerintah tapi tak faham undang2 dan penasihat undang2 UMNO ini pun dua kali lima juga. Jadilah peguam bela yang cerdik dan faham undang2. Kalau kes2 yang hanya akan menjadi sampah itu cepat2lah buang kes nanti rakyat tertanya kenapa bodoh sangat peguam2 UMNO ini sehingga kes2 yang sudah tahu akhirnya kalah kes pun masih nak lawan? Mungkin CLP(certificate of legal practice) beli kut atau tamat tempoh-expired? Majlis peguam kena kesan ini mungkin ada di antara beli ijazah undang2!

Utusan Meloya pun sama kebanyakkan kes semua kalah. Mungkin mereka ingat bapa UMNO ada di belakang. Boleh bayar saman. Tetapi sampai bila UMNO nak tanggung, Selepas PRU 13 ini tutup kilang cetak. Puas hati pemimpin2 UMNO tetapi yang akan menghadapi tiada kerja ialah pekerja2. Kesian pekerja2 ini ada di antara mereka memang meluat dengan UMNO tetapi kerana nak cari rezeki kerjalah juga.

Ramai pekerja2 kerajaan menjadi mangsa diskriminasi kerana tidak sehaluan dengan UMNO. Mereka yang tidak sehaluan ini memang cerdik kerana ada otak untuk berfikir yang mana rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Yang ada otak tetapi tidak berotak tidak nampak semua amalan jahat ini. Mereka sokong membabi buta. Perigi buruk pun mereka masuk kerana pemimpin2 mereka kata kamu mesti masuk. Maka berlumba2 si bahlol bin si bangang ini masuk dan akhirnya mati lemas semua.

Jadilah hamba Allah yang berakal yang berpandukan ajaran Islam bukan menjadi hamba Allah yang berakal yang berpandukan ajaran syaitan.



HUKUM HUDUD - BUKAN ISLAM JANGAN MASUK CAMPUR


Isu hudud ini cukup menyingung perasaan orang2 Islam yang betul2 beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Hukum ini adalah perintah Allah swt dan setiap orang Islam wajib melaksanakan hukum ini  sekurang2 menjauhkan diri dari perbuatan maksiat yang Allah swt telah tetapkan dan bagi pemerintah Islam wajib melaksanakannya hukum ini  tanpa ada alasan.

Ini hak orang Islam. Kenapa orang2 Islam terutamanya UMNO begitu dayus untuk mempertahankan hak Islam bila dihina oleh bukan Islam. Apakah dalam soal ini UMNO boleh mendiamkan diri kerana tidak mahu dikatakan bersetongkol dengan PAS? Dalam soal hudud titik persamaan sudah jelas kerana inilah titik persamaan yang menentukan akidah umat Islam. PAS dan UMNO dan semua umat Islam tidak kira bangsa wajib mempertahankan dan melaksanakan perintah Allah swt ini tidak ada alasan lagi seperti menangguhkan atau apa2 alasan akal manusia yang lemah ini yang tidak boleh diterima oleh syarak.

Ini perintah Allah swt dan tidak ada kena mengena untuk di masukkan ke dalam manifesto PR. Ini soal hak orang Islam. DAP, MCA, MIC dan lain parti yang bukan Islam tidak ada hak hendak masuk campur dalam urusan Islam. Mereka yang bukan Islam ini sewajibnya semua orang Islam tidak kira PAS, UMNO dan parti2 Islam lain wajib bersuara dan memberi amaran yang keras kepada mereka supaya jangan masuk campur dalam urusan agama Islam ini.

Pendirian orang2 Islam seperti UMNO tidak jelas dalam mempertahankan hak orang2 Islam. Orang2 bukan Islam bertambah berani menentukan hala tuju Islam dan mereka boleh menentang dengan berani dan masuk campur dalam urusan Islam kerana UMNO adalah punca kebiadapan mereka ini.

Ini negara Melayu Islam. Walau pun Islam ditulis dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, ini tidak bermakna perlaksanaan hudud tidak boleh dijalankan. Ini perlembagaan ciptaan manusia yang lemah. Tafsiran kepada perlembagaan ini juga lemah sama seperti pemimpin2 UMNO yang lemah. Kenapa kita patut patuh kepada perlembagaan yang lemah sedangkan perlembagaan Allah swt yang maha gagah lagi perkasa yang tidak ada kelemahan diketepikan? Siapakah kita ini? Adakah kita akan dikembalikan kepada tuhan selain dari Allah swt? Mahukah kita menjadi seperti Mustafa Kamal Antartuk yang tidak diterima oleh bumi dan kemanakah kita hendak meminta pertolongan selain dari Allah swt?

Adakah umat Islam hari ini yang sentiasa ditimpa pelbagai bala bencana kerana kemurkaan Allah swt tidak pernah memikirkan apa punca segala musibah ini? Adakah kita dalam golongan yang betul2 beriman lagi bertaqwa kepada Allah swt atau golongan fasik, munafik atau murtad?

Sunday, 29 July 2012

WANG TALIAN HAYAT KUASA UMNO BN


Sampai bila Najib hendak menabur wang kepada rakyat. Wang yang ditabur itu adalah wang pembayar cukai bukan wang kocek dia. Wang rakyat ditabur begitu banyak kerana untuk mendapat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO BN yang semakin lemah dan nazak?

Talian hayat UMNO BN di bawah Najib hanya bergantung kepada wang bukan lagi kejujuran, keiklasan dan amanah. Punca UMNO BN menjadi lemah terutamanya sokongan orang2 Melayu beralih kepada PR adalah kerana sikap 55 tahun dalam kesombongan, riak, takbur, tamak dan tinggi diri hanya mereka sahaja yang pandai memerintah!

Rakyat diperbodohkan seolah2 apa yang diberi oleh kerajaan UMNO BN hari ini adalah jasa kepada rakyat!  Bukannya tanggung jawab kepada rakyat. Mereka telah gagal mendidik wakil2 rakyat ke arah kerja yang redhai Allah swt. Mereka telah mabuk dengan kuasa dan gila kuasa sehingga mereka lupa yang maha berkuasa ialah Allah swt.

Inilah kesan bila manusia  diamanah dengan kuasa mereka lupa bahawa tanggung jawab yang paling utama ialah jujur dan amanah. Bila jujur dan amanah dipermainkan dengan cara yang paling keji maka Allah swt akan membuat keputusan supaya mereka dapat melihat sendiri segala perbuatan keji ini sebenarnya akan dibalas dengan kekecewaan dan kegagalan dan mungkin lebih malang lagi akan terkubur untuk selama2nya.

Jawatan PM adalah amanah Allah swt bukannya jawatan yang bersuka ria membuat sesuka hati. Sampai masa Allah swt akan cabut secara paling dahsyat sehinggakan sisa2 hidup ini tidak bermakna walau pun wang berbilion RM disekeling.

Kehidupan manusia dari raja sehingga ke wakil rakyat yang berusia lebih kurang 60 hingga 70 ini patutkah dihabiskan dengan membuat dosa? Dahulunya rambut dan bulu kening hitam melegam tetapi sekarang putih melepak, tidakkah ini tanda2 sudah dekat dengan lubang kubur! Apakah yang manusia cari untuk bekalan di kediaman akhirat yang kekal abadi? Manusia paling bodoh ialah manusia sibuk dengan dunia, mengumpul kekayaan dan harta benda dan tidak terfikir satu hari 70 kali malaikat maut menziarahi untuk melihat sama ada rezeki dia masih ada atau sudah tamat.

Apakah kita pelajari dari ajaran nabi Muhammad saw? Kita  mempermainkan politik yang sebenar yang ditunjukkan kepada kita ia itu politik yang berdasarkan al-Quran dan hadith? Politik atau cara pemerintah yang ditunjukkan oleh baginda adalah mulia. Semua rakyat mendapat keadilan. Hari ini kita ubah suai politik cara baginda dan ikut cara Yahudi dan dalam masa yang sama kita menjaja kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia telah berjaya? Sedangkan umat Islam diselubungi dengan kesyirikkan kepada Allah swt.

Saturday, 28 July 2012

PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA DAN HASAN ALI


Bila isu Kristian timbul Hasan Ali menuding kepada PR dan PAS. Adakah isu ini hanya terlibat dengan PR dan PAS sahaja. Apakah Hasan Ali dan UMNO BN tidak terlibat menjawabnya?

Sepatutnya Hasan Ali dan UMNO BNlah yang mesti menjawab kerana Hasan Ali dan UMNO BN adalah parti yang memerintah. Ini soalan bodoh sedangkan isu ini semua orang2 Islam tidak kira PAS atau UMNO jika persatuan ini sudah dikira melampau seperti kadok naik junjung, tindakkan segera adalah penting bukan hendak menanya soalan kepada orang lain! Isu ini bukan isu baru, ia sudah berpanjangan semenjak Hasan Ali dalam PAS lagi tetapi apa yang beliau buat?

Bila keluar PAS baru nampak bangkai ini? Bilakah masanya Melayu Islam hendak bersatu? Sudah 55 tahun tajuk Melayu Islam mesti bersatu tetapi semakin hari semakin gawat? Pelbagai cadangan ke arah ini ada yang ingin kerajaan perpaduan, ada yang ingin bermuzakarah dan pelbagai cadangan lain tetapi hakikat sebenar perpaduan Melayu semakin teruk.

Orang2 bukan Islam semakin naik tocang meminta itu ini dan UMNO BN terpaksa melayan mereka kerana takut undi walau pun akhirnya negara tergadai. UMNO BN semakin terdesak kerana rakyat telah benci dan lari ke pembangkang. Untuk memikat supaya mereka menyokong UMNO BN mereka sanggup mengadaikan maruah dan kuasa mereka untuk jangka pendek yang merugikan Melayu dan Islam.

Hari ini Melayu gagal kerana mengambil mudah ajaran Islam. Allah swt hantar pelbagai bala dan asab hitam menyelubungi umat Melayu Islam di Malaysia kerana perbuatan maksiat yang berduyun2 menyerang umat kerana pemimpin2 Melayu Islam  gagal menjadikan Islam cara hidup. Mereka berpura2 bercakap tentang kebaikan Islam tetapi amalan mereka penuh dengan kesyirikkan dan jauh dari cara nabi Muhammad saw.

Orang2 Melayu Islam sahaja yang dapat menyelamatkan bala Allah swt. Adakah jalan untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya terlalu sukar? Jawapannya tidak sukar asalkan PRU 13 kita tumbangkan UMNO BN. Selagi UMNO BN memerintah Malaysia jalan untuk keluar dari kemurkaan Allah swt memang semakin sukar.

Bila umat Melayu Islam dapat mentaati perintah Allah swt dan ikut cara nabi Muhammad saw 100% pasti dan pasti Allah swt akan memberi kejayaan dunia dan akhirat.

Tuesday, 24 July 2012

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI-BERSIH 2.0 SAH


Inilah bila menjadi PM dan menteri dalam negeri gila kuasa sehingga yang bersih dikatakan haram. Ada bersih tetapi tidak halal. Ada bersih lagi suci dan halal. Menteri2 UMNO BN ingin melawan kuasa rakyat. Bila rakyat amanahkan kuasa itu jangan jadi kadok naik junjung. Tunduk kepada kuasa rakyat maka semua beres. Kuasa hanya sementara dan rakyat sentiasa menilai setakat mana menteri2 boleh menjadi hamba kepada rakyat bukan boss kepada rakyat. Ini bukan negara Kuminis atau JI yang memerintah boleh buat sesuka hati. Perlembagaan negara jelas memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara bukan menyekat rakyat bersuara. Bila rakyat bersuara ini bermakna rakyat menegur kerajaan. Kerajaan kena akur kehendak rakyat kerana rakyat yang memilih kerajaan. Kerajaan yang rakyat suka akan berkekalan dan sebaliknya akan menghadapi bantahan demi bantahan seperti yang berlaku di negara2 timur tengah dan akhirnya ada yang disingkir dan yang tidak bernasib baik mati ditembak oleh rakyat sendiri.

Ini adalah titik permulaan kepada kerajaan UMNO BN untuk baiki kelemahan. Rayuan terhadap kes ini seolah2 hendak melawan rakyat. Dalam sesuatu rayuan boleh jadi menang semula atau kalah semula tetapi rakyat sentiasa berdendam terhadap kerajaan seperti yang berlaku di Perak. Walau pun kerajaan yang ada tidak sah dari segi perlembagaan tetapi main dengan puak2 UMNO BN ini yang inginkan kuasa walau pun menyalahi undang2 yang sama2 bersetuju pemisahan kuasa eksekutif dan mahkamah tetapi mereka langgar. Rakyat dinafikan hak mereka. Bila dapat kuasa melalui mahkamah walau pun dapat memerintah tetapi sentiasa dalam buruan rakyat. Apa gunanya menang tetapi dalam ketakutan!

Monday, 23 July 2012

JI DAN KUMINIS ADA DALAM KELAMBU UMNO BN


Modal yang sudah lapuk lagi keringan modal apa sahaja yang boleh melemahkan lawan diwar-warkan seolah2 rakyat akan menjadi takut. Itu cerita zaman kuminis dan JI. Rakyat sekarang sudah cerdik. Jika cerita lama yang dilakunkan oleh muka2 yang rakyat telah muak bukan sahaja muak tetapi naik meluat kerana kedegilan sikap yang memang degil. Sikap begini akan membuat rakyat tak sabar bila PRU 13 akan diadakan. Seolah2 rakyat tak sabar2 hendak melihat seorang hero yang jahat dibunuh oleh rakyat yang memang meluat jika hero kitar semula berlakun!

Sikap samseng menganggu ceramah ini seperti perangai kuminis. Kuminis tidak boleh tengok demokrasi subur. Perangai kuminis ini nampak macam adil tetapi yang kebas harta rakyat ialah pemimpin, rakyat disuruh kerja macam abdi. Hasil kerja balik ke negara dan di sini pemimpin2 buat kenduri. Biasanya pemimpin2 atasanlah yang paling banyak sapu. Mereka hidup mewah hasil dari wang dan harta benda bersusah rakyat membanting tulang.

JI ini memang nampak macam Islam. Tetapi tindak tanduk melanggar sunnah Nabi saw. Mereka nampak menegakkan Islam tetapi dalam masa yang sama apa sahaja kepentingan puak2 mereka mereka bedal. Rakyat ditipu dengan kerja2 kebajikan. Nampak macam pemurah tetapi sebenarnya merasuah. Bantuan diberi bila ada kepentingan tetapi lepas dapat kepentingan senyap dan sepi sehingga 5 tahun akan datang. Jalan berlubang parit tersembut, barang melambung tinggi semuanya dipekakkan sehingga rakyat bangun sebagai pembangkang. Demonstrasi dikatakan hendak menumbang kerajaan. Polis belasah rakyat dikatakan rakyat bawa senjata berbahaya walau pun itu hanya botol air mineral plastik! Begitulah takutnya si pemerintah botol plastik pun dikatakan bom!

Lagi bertambah takut kerana perbuatan sendiri yang melampau. Masa berkuasa hak rakyat dinafikan. Bila nampak bayang2 sendiri pun dikatakan hantu. Begitulah dengan usia2 yang berbaki sebelum ajal.

Mesir, Tunisia, Libya dan mungkin berakhir lagi Syria. Begitulah perangai pemimpin2 yang tamak. Mana dia ajaran Nabi saw yang kita rayakan setiap tahun dan diikuti dengan tilawah al-Quran? Hanya mainan puak2 Kuminis dan JI sahaja? Allah swt sahaja yang maha mengetahui.

Thursday, 19 July 2012

APA KATA HISHAMUDDIN RAIS DALAM YAHOO MALAYSIA


Kecelaruan fahaman di antara Islam yang dipanggil addeen dengan fahaman ciptaan manusia ia itu yang mensyirikkan Allah adalah berbeza. Semua fahaman ini adalah rekaan manusia termasuk Kristian, Buddha, Hindu dan lain2 lagi yang tidak berasaskan mentauhidkan kepada Allah swt.

Pendapat saudara terlalu umum dan sebagai seorang Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt tidak sepatutnya alasan yang longgar berhubung dengan perjuangan yang bukan Islam di ambil sebagai alasan untuk diterima pakai dalam perjuangan PAS.

PAS ada dasarnya sendiri ia itu al-Quran dan hadith dan setiap larangan itu adalah keputusan ulama PAS yang faham apa dia yang boleh buat atau tidak.
Janganlah kerana kita hendak satu kelainan atau hendak mengikut peredaran semasa semua yang dilarang itu boleh dihalalkan kerana hendak keluar dari kepongpong kolot kononnya.

Adakah cara Nabi Muhammad saw cara baginda berdakwah berjumpa setiap manusia dari rumah ke rumah dan dari lorong ke lorong itu sebagai cara dakwah lapok kerana zaman baginda telah berlalu dan kita hari ini ada sains dan teknologi moden seperti internet, CD kenapa tidak mengunakan dakwah moden ini untuk menyeru manusia kepada Islam?. Ini adalah satu fikiran yang dipengaruhi oleh bukan Islam – saya katakan bukan Islam dan bukan barat kerana di barat sekarang terlalu ramai bukan Islam memeluk Islam hasil usaha dakwah cara Nabi Muhammad saw.

Sesiapa pun bebas mengeluarkan pendapat tetapi bila yang berhubung dengan Islam kita kena berhati2. Islam tidak larang kita hidup dalam budaya sains dan teknologi asalkan bukan yang menyentuh larangan sesuatu perkara itu halal dan haram. Halal dan haram tidak ada zaman boleh diringan2kan kerana untuk menyesuaikan sausana pada zaman itu. Halal tetap halal dan haram tetap haram. Yang menjadi bercelaru itu kerana umat Islam itu sendiri tidak faham kehendak Allah swt. Contohnya hudud. PAS dan UMNO tidak sependapat sedangkan ini perintah Allah swt dan sepatutnya bukan masa untuk berhujah tetapi masa untuk melaksanakan. Apa yang kita hendak katakan kedua2 parti menganut Islam tetapi kerana pemikiran Inggeris yang bukan Islam telah berakar umbi dalam UMNO yang mendidik mereka sebelum dan selepas merdeka. Pergaulan bebas, arak, judi dan inil mereka tahu haram dan bila hudud dilaksanakan semua kebebasan ini yang telah menjadi darah daging dan cara hidup inilah yang paling menyeronokkan adakah terpaksa dikorbankan?. Inilah yang menyebabkan UMNO memberi alasan seperti negara majmuk, rakyat belum faham hudud, sedangkan hudud telah ujud 1500 tahun! dan lain2 lagi  tetapi sebenarnya amalan syaitan ini yang tidak boleh dipisahkan!

Budaya rock n’ roll yang dibuat contoh  ia itu suara laungan dalam Rock n Roll itu adalah suara penentangan hamba abdi terhadap Tuan Kulit Putih yang mengurung mereka. Rock n roll ialah budaya melawan kaum tertindas. Kalau nak buat contoh pun carilah yang ada persamaan dalam Islam sedangkan budaya ini bukan  budaya Islam. Kenapa tak ambil contoh saidina Bilal bin Rabah seorang hamba abdi di zaman Nabi saw?

Itulah yang dikatakan bila pemikiran Inggeris ini bukan mudah untuk dibenam walau pun dalam perjuangan yang menuntut KEADILAN ini memang nampak baik!

Wednesday, 18 July 2012

PEMIMPIN ISLAM TOLAK HUDUD JUGA DIKTATOR


Istilah diktator mempunyai pelbagai tafsiran. Tetapi tafsiran yang rakyat tahu diktator itu bermaksud apa juga jenis kejahatan sama ada membunuh rakyat, membiarkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Bila rakyat tidak berpuas hati maka rakyat melebelkan kejahatan itu ialah diktator kerana itulah istilah yang rakyat telah biasa dengar dan gunakan. Diktator juga tak suka dengar pendapat orang lain, cakap dia seorang sahaja kena dengar. Tetapi diktator juga cerdik memainkan alasan. Di antara alasan kenapa rakyat tak tegur. Rakyat memang tak boleh tegur, sebab itu rakyat lantik wakil rakyat, ada yang jadi menteri, timb. Menteri, MB dan lain2 tetapi bila dapat jawatan dah bersentongkol dengan diktator menikus macam tikus kerana jaga nak jawatan periok nasi.

Memanglah zaman Dr. M tidak semacam zaman Hosni Mubarak. Tak sekejam hingga ke tahap itu tetapi kes DSAI itu mungkin yang terkejam pernah seorang diktator Malaysia lakukan tetapi kalaulah sekejam Hosni Mubarak itu mungkin tak sampai 22 tahun boleh memerintah!

Kita ambil contoh kemajuan atau kejayaan orang2 Melayu yang berjaya dalam mengamalkan ajaran Islam dan dasar DEB dan dasar pendidikkan negara dalam masa 22 tahun Dr. M campur Dollah dan Najib sehingga sekarang, jika ditanya oleh rakyat kepada 3 PM ini maka mereka akan katakan orang2 Melayu telah banyak berubah dan berjaya. Orang2 Melayu dalam suku sakat mana yang telah berjaya besar? Semuanya kroni2.

Rumah2 kedai ditempat2 strategik tumbuh macam cendawan tetapi nampakkah muka Melayu berniaga. Mungkin kita kata ada Melayu berniaga, berniaga apa? Nasi lemak, sate dan dimana? Dikaki lima kedai Cina. Siapa yang meluluskan tanah di tempat stretegik2 ini kalau bukan dari Pegawai daerahnya, Exco sehingga MB semua muka Melayu! Kalaulah dasar kerajaan ikhlas dan sanggup mengikut langkah Melayu ini yang memang agak lembab cara berfikir dan pemimpin2 UMNO agak cerdik berfikir kerana fikir mereka ada mashuk dan tahap pemimpin2 Melayu hari ini berfikir bagaimana hendak dapat wang mudah walau pun  menjadi broker jual tanah Melayu!,

Hari ini sanggupkah kita berbangga dengan kemajuan Malaysia sedangkan kemajuan yang dikecapi itu adalah hasil tanah resab dan kampung2 Melayu yang bertukar status menjadi milik perniagaan bukan Melayu. Kenapa kerajaan UMNO tidak nampak masalah ini. Itu kami tak peduli asalkan Malaysia maju dan Melayu terpaksa masuk hutan teroka hutan baru untuk buat rumah.

Pemimpin2 UMNO Melayu sebenarnya penghianat kepada bangsa Melayu. 55 tahun merdeka UMNO tidak boleh bina kekuatan dan mempertahan parti UMNO itu sendiri malah pejabat UMNO sendiri pun ada yang menyewa kedai Cina! Dan lebih malang lagi di bandar2 besar hospital swasta milik Melayu sukar didapati terumatanya khas hospital bersalin yang doktornya wanita. UMNO semakin lemah dan mungkin akan lumpuh terus selepas PRU 13 kerana majoriti Melayu cukup kecewa dengan pemimpin2 UMNO dan semakin ramai menjadi pembangkang. Rakyat Melayu Islam lihat pada EMPAT sudut utama dan banyak lagi sudut yang lain. Tetapi empat sudut ini sudah boleh kita ketegorikan sebagai kepincangan kepada bangsa Melayu. Pertama sudut agama Islam yang semakin lemah walau pun masjid yang hebat2 didirikan tetapi malam seperti tugu dan orang2 Islam semakin ramai menjadi murtad dan terjebak dengan maksiat first degree(zina, buang bayi, tidak solat dan lain2 lagi.
Kedua dari sudut ekonomi yang melibat pentadbiran dan pengurusan yang tidak jujur dan tidak amanah rasuah, penyelewengan salah guna kuasa yang semakin menjadi2 dan ketiga sudut kuasa yang penuh dengan penipuan pendaftaran pemilih yang pihak pembangkang sudah pun sediakan bukti telah pihak SPR atau UMNO masih berdalak dalih dengan pelbagai alasan dan membuat rakyat semakin benci. Masih bertegas dengan pendirian jahat yang memang jelas dictator tidak mahu mendengar atau menerima alasan kerana pembangkang yang membuat aduan Pembangkang itu rakyatlah. Sudut keempat kegagalan sistem pendidikkan. Rakyat tidak ada pilihan melainkan kena duduk dalam sistem walau pun tidak suka dan dalam masa yang sama menunggu perubahan dalam PRU 13 ini. Hujung tahun tamat SPM atau tamat semesta U apakah hasilnya? Berlonggok2 graduan menganggor, jawatan kerajaan semakin tipis dan swasta juga begitu? Apakah program jangka panjang kerajaan dirancang supaya mereka ini ada daya fikir kreatif, innovasi untuk keluar dari alam makan gaji kepada alam yang lebih mencabar  iaitu alam kerja sendiri? Apakah yang kerajaan buat dari segi pengubahsuaian korukulum silibus kepada yang lebih bersifat global? Bukan menjaga kepentingan pinjaman PTPTN sahaja?

Akhir sekali yang paling malang umat Islam hari di bawah UMNO yang mendakwa menjaga Islam tetapi video seks, liwat, fitnah memfitnah menjadi2. Rakyat cuma ada DUA pilihan sahaja sama ada kuburkan UMNO dalam PRU 13 ini atau sedia menghadapi bala Allah swt jika UMNO BN masih terus berkuasa haram dalam penipuan nama2 pendaftar pemilih. Bala Allah swt akan turun bukan sahaja kepada ahli2 UMNO bahkan kesemua rakyat Malaysia.Nauzubillah.

Monday, 16 July 2012

MAKSUD MAQASID AL-SYARIAH


Dalam sejarah dunia Malaysia di bawah penerbit eksekutif UMNO BN yang pertama kali memenangi oskar video seks dan liwat. Belum ada mana2 dunia lagi untuk menjatuhkan seseorang individi seperti DSAI ini mereka sanggup menyerang dengan senjata basi yang orang tidak percaya lagi. Ini sebenarnya petunjuk ke arah kehancuran UMNO BN tidak lama lagi. Mereka cukup takut untuk menghadapi PRU 13 insyaAllah ditakdirkan Allah swt UMNO BN tersungkur maka segala lubang tahi akan dikorek dan dibersihkan. Alat2 untuk membersihkan lubang2 tahi ini ialah pemimpin2 UMNO BN yang telah membuat dosa selama 55 tahun. Rakyat cukup ternanti2 dengan filem yang akan ditayangkan selepas PRU 13 yang bertajuk “UMNO BN terkubur jua akhirnya!” Menjadi pemerintah atau PM yang tidak ada Maqasid al-Syariah dalam pemerintahannya adalah pemerintah yang sentiasa dalam laknat Allah swt.

Contohilah bagaimana Khalifah Umar Abd. Aziz seorang yang dilantik menjadi ketua negara sanggup hidup dari seorang hartawan dan  isteri juga hartawan dan bangsawan kepada hidup yang paling zuhud bila menjadi khalifah. Hari ini ketua negara Malaysia dari golongan hartawan bila dilantik menjadi PM menjadi 1001 kali hartawan.

Isu liwat DSAI siri 3 ini wajib ditamatkan jika Najib betul2 mahu kepada Maqasid al-Syariah kerana ini di antara dosa besar menuduh atau mengaibkan orang dengan fitnah. Hendak mengekalkan kuasa dengan cara yang Allah swt murka janganlah kita amalkan. Mendapat kuasa cara ini sebenarnya adalah bala.

Umur kita paling tinggi pun hanya 60 atau 70 sahaja. Kalau ada lebih dari itu adalah subsidi dan kalau masih tidak mahu bertaubat itu namanya tua bangka atau keras kepala kerana dia sangkakan dia nak hidup selama2nya sedangkan Nabi Muhammad saw pun  Allah swt izinkan hidup hanya selama 63 tahun sahaja.

Dengan umur umat akhir zaman yang begitu pendek disamping menjadi pemimpin yang suduh tentu banyak dosa, ia itu dosa rakyat yang tidak tutup aurat, tidak solat selain dosa anak isteri yang tidak tutup aurat, tidak solat yang kena tanggung sanggupkan nak menghadapi azab Allah swt yang maha dahsyat dan pedih itu?

Wang dan harta benda yang bergunung2 itu bila mati akan ditinggalkan. Yang seronok anak2 dan isteri2 dan mereka yang dapat faraid, itu pun yang mahu ikut Islam. Tetapi kalau dapat wang dan harta benda dengan cara haram memang haram pun nak difaraidkan. Faraid ini hanya wang dan harta benda halal sahaja.

Mati adalah perpindahan kita dari alam dunia ke alam akhirat. Itu tanda tamatnya kehidupan dunia sahaja. Selepas masuk lubang kubur bermulalah kehidupan akhirat yang maha panjang tiada penghujung.

Tidak terfikirkah kita jika kita seorang Islam yang beriman lagi bertaqwa atau hanya pura2?

Sunday, 15 July 2012

RAMBUT GURU CEPAT BERUBAN


Kerja guru sekarang cukup mencabar. Orang kata kerja guru banyak cuti tetapi orang tak nampak kerja guru sehingga pukul 12 malam kadang2 boleh sambung hingga ke pagi kalau boleh tahan, kalau tak tahan tidur. Besok sambung lagi kerja tak siap. Itu kerja nak isi borang prestasi pelajar sahaja tak masuk periksa buku pelajar dan letih terkejar nak menghabiskan silibus. Bantailah habis ke tak habis janji ambil awal dan hujung  dikira habislah! Tahun ini ada model baru diperkenalkan. Model nak nilai aktiviti pelajar tingkatan 1 dan 2 bermula dari bangun tidur sehingga tidur semula. Penilaian semua gerak geri kecuali masuk tandas sahaja tak dinilai. Guru pun diarahkan dengan pelbagai borang hendak diisi, yang gagap computer, anak2 atau suami atau isteri jadi pembantu guru dirumah, kerja tak siap sambung lagi. Pelajar2 yang begini muda apalah yang mereka tahu, kadang2 kencing atau berak pun belum pasti cuci mengikut hukum. Hari sabtu orang lain cuti tetapi guru ada koko, kadang2 ada program tidur kat sekolah dengan pelajar. Di sekolah penuh dengan aktiviti mesyuarat kena datang awal. Semua masa2 ini tidak dikira kerja lebih masa tetapi menteri2 kalau buat lawatan dinamakan lawatan sambil kerja, habis semua jalan parit tersumbat sampah sarap dibersihkan kerana menteri nak datang. Bila menteri balik isu yang dibersihkan dengan mengunakan jin ini datang balik. Kerja lawatan ini ada elaun.

Tingkatan 1 dan 2 ada kemahiran hidup(KH) naik tingkatan 3 hingga 5 tidak ada lagi KH. Pelajar umur 13 dan 14 ini diajar letrik, tukang kayu, pasang paip dan lain2 lagi yang akhirnya naik tingkatan 3 hingga 5 nak pasang plug letrik pun kena panggil juruletrik. Yang kaya raya pembekal barangan ini ia itu orang2 Cina. Sistem yang cukup membazir dan wajib dihapuskan. Kita sudah ada sekolah teknikal atau kemahiran yang diambil selepas tingkat 5 atau SPM, apa perlunya membazir di tingkatan 1 dan 2. Kerja2  kemahiran ini mesti dilakukan bila pelajar sudah matang dan bila tamat pengajian mereka boleh terus hidup dengan kemahiran ini. Kerja2 letrik memerlukan kemahiran tinggi walau pun hanya untuk menyambung wayar plug, silap kerana dah terlalu lama tinggal atau lama tak buat boleh silap sambung dan plug boleh meletup. Tak nampak pun pelajar tingkatan 1 dan 2 ini boleh buat kerja2 ini di rumah. Menteri yang bertanggung jawab kena buat penilaian dengan memanggil pelajar ini baiki letrik, paip dan kayu di rumah mereka. Menteri pun tak yakin. Kalau tak yakin perlukah kemahiran ini diteruskan atau ada menteri yang buat duit melalui kroni membekal semua bahan2 ini?

Kadang2 cikgu yang mengajar pun dapat latihan ala bidan terjun, guru sendiri pun masih gagap nak pasang wayar plug terpaksa minta nasihat guru lain yang juga gagap, sama2 gagap kerja kena teruskan juga.

Itulah sistem pendidikkan Malaysia. SPM 9 atau 10 atau lebih. Subjek Islam A. Ke surau atau masjid tak juga. Tetapi kerajaan UMNO BN kata sistem pendidikan kita di antara yang terbaik di dunia, dunia mana sebelah mana pun tahulah!

Saturday, 14 July 2012

BERTAUBAT SEMASA SEHAT

Pembangkang yang kuat adalah wajib bila perkara yang dibangkang itu melibatkan dengan pemerintah yang dikatakan Islam tetapi bertopeng Islam. Bila ajaran Islam dilaksanakan 100% istilah pembangkang tidak ujud tetapi istilah sakit hati, busuk hati dan itu bukan pembangkang namanya tambahan kalau yang “pembangkang” itu orang Islam tetapi dia dinamakan munafik.

Islam itu sudah ada dibumi ini 1500 tahun. Kalau selepas 55 tahun dan sekarang baru nak dibincangkan atau nak didesakkan oleh Perkasa supaya UMNO BN bawah PM Najib menbuat draf hudud, yang selama ini UMNO BN buat kerja apa untuk menegakkan Islam. Mereka kata mereka membina masjid untuk menegakkan Islam. Di negara bukan Islam pun ada masjid yang dibina oleh pemerintah bukan Islam. Bagaimana pula gereja, tokong dan kuil dan lain2 tempat sembahan bukan Islam yang UMNO BN bina? Tidakkah ini juga menegakkan syirik kepada Allah swt?

Untuk menyelesaikan masalah ini selepas PRU 13 bila PR berkuasa bolehkah draf hudud PAS yang telah dibahaskan boleh dilaksanakan dalam masa 5 tahun dibawah PM DSAI? 5 tahun pertama masa paling kritikal untuk PR membuktikan janji. Janji yang paling utama no. satu ialah perlaksaan hudud kemudian diikut mansuh PTPTN, Tol, turun petrol, harga barang makanan dan lain2 yang rakyat memberi undi untuk kerajaan PR tunaikan. Selain menahan dan menangkap mereka yang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Ini adalah kerja PR yang paling mencabar. Ibarat berpuluh masalah UMNO BN, kerajaan PR kena dan wajib selesaikan dalam masa 5 tahun. Kekuatan atau kepercayaan rakyat akan bertambah kuat atau bertambah menyampah akan dibuktikan dalam masa 5 tahun ini.

Apa2 cadangan dari UMNO BN yang seakan2 searus dengan cadangan PR ini adalah seolah2 mereka cukup takut dengan sokongan rakyat Melayu Islam yang mula sedar dan setiap individu muslim yang cintakan Islam hendakkan perubahan dalam kerajaan yang bakal menjadi kerajaan ia itu PR. Apa sahaja  manifesto atau buku jinga, kerajaan UMNO BN mula hendak meniru dan tiruan yang bukan ori biasanya adalah palsu semata2.

UMNO BN dalam keadaan cedera parah. Biasanya harimau kalau cedera parah akan menangkap apa juga mangsa untuk dimakan, semata2 nak dapat kekuatan kalau2 boleh sambung hidup dan bila sembuh akan berperangai serupa masa ia sehat.

Biasanya harimau dalam keadaan cedera parah jangan dipedulikan dan kalau boleh buat pagar jangan bagi walau seekor tikus pun lalu kerana walau pun tikus tetapi kerana terlalu lapar, tikus pun tikuslah asalkan boleh isi perut ?


BILA BURUNG KAKAK TUA BELAJAR BERCAKAP


Najib fahamkah konsep Maqasid Al-Shariah ini? Konsep ini tiada judi, tiada arak, tiada maksiat, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dan hudud adalah undang2 negara. Itulah konsep asas Maqasid al-Shariah. Kalau bercakap macam burung kakak tua memang senang. Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan jajaan PM ini sedangkan beliau adalah penentang konsep ini. 8 perkara yang dituntut oleh Bersih 3.0 itu termasuk dalam konsep ini. Dalam erti kata lain konsep ini sangat besar,bersih dan suci sebagaimana yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Adakah dalam pemerintahan UMNO BN konsep ini diamalkan? Mungkin ada tetapi hanya 0.1% sahaja lainnya konsep Yahudi yang lebih ketara. Riba, kapitalis, penipuan dalam mendapatkan kuasa, penipuan dalam senarai pemilih pengundi dan pelbagai penipuan lagi yang dibiarkan, ini adalah satu penghinaan kepada konsep yang baik ini.

Dari segi pakaian pun beliau terikut dengan Yahudi bagaimana hendak menegakkan konsep Maqasid al-Syariah. Pakaian adalah lambang Muslim yang sejati. Berserban dan berjubah adalah amalan Nabi Muhammad saw. Hari ini Yahudi telah menguasi umat Islam sehingga pakaian bertali leher, takut nak pakai serban dibenam dalam jiwa umat Islam sehingga umat Islam menganggap kalau nak maju kena pakai dan berniaga cara Yahudi. Riba adalah ajaran Yahudi. Kerajaan UMNO BN setelah 55 tahun merdeka tidak ada fikir bagaimana nak hapuskan riba dalam semua penjaman dan yang terbaru PTPTN. Rasuah, penindasan sesama Islam, ketidakadilan, membiarkan rakyat hidup miskin dan zakat tidak dimenafaatkan untuk umat Islam keluar dari kemiskinan adalah satu penyelewengan konsep Maqasid al-Syariah.

Friday, 13 July 2012

KRITERIA UTAMA PEMIMPIN JUJUR,AMANAH,IMAN ,TAQWA


Pemimpin silih berganti kerana manusia kalau tak mati sakit atau pencen cukup umur atau pencen awal seperti tentera. Menjadi pemimpin adalah ujian untuk tingkatan iman dan taqwa kepada Allah saw. Bagi mereka yang faham, bagi mereka yang tak faham adalah menjadi satu keseronokkan kerana bila jadi pemimpin dan diamanah dengan kuasa maka diantara kuasa yang paling seronok kuasa menyimpan wang. Bila wang banyak mata boleh naik juling atau “buta” kerana nafsu kata hidup hanya sekali atau kuasa hanya sepenggal sahaja. Kalau prestasi bagus ada peluang ke penggal kedua kalau tak bagus boleh angkat bungkus dan angkat kaki dan ganti dengan 2x5 atau 5x2. Masing2 bila duduk kerusi empok fikir yang pertama kira peruntukkan dan berapa banyak aku boleh kebas. Kepentingan rakyat itu nombor 2 atau tidak ada nombor. Inilah yang telah berlaku bila melantik pemimpin yang tiada beriman dan tiada bertaqwa kepada Allah swt.

Menjadi pemimpin adalah amanah yang Allah swt anugerahkan assebab orang ramai mengundi dia. Kemenangan juga satu ujian untuk dia berlaku jujur dan amanah. Wang cukai dari rakyat adalah amanah bagi pemimpin untuk berlaku adil membelanjakan perkara yang Allah swt suka. Jujur, amanah, keadilan adalah satu perkara yang paling tinggi ujian terhadap pemimpin. Baik buruk akhlak rakyat bergantung kepada pemimpin2 yang diamanahkan kuasa. Jika pemimpin2 yang diamanahkan kuasa buat wang rakyat seperti wang bapa dia, maka rakyat bawahan pun akan mewarisi sifat seperti wang datuk dia pula!

Masa tetap berlalu tetapi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berterusan seperti biasalah tidak kira siapa yang memerintah jika asas berani sahaja diambil kira tetapi  iman dan taqwa kepada Allah swt, inilah kriteria terpenting yang wajib ada pada setiap pemimpin  selain dari menghambakan diri kepada Allah swt, jujur, amanah, iman dan taqwa. 100% ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w,

Wednesday, 11 July 2012

UMAT MELAYU ISLAM WAJIB TOLAK UMNO BN PRU 13

Penipuan nama pendaftar pemilih dalam SPR, Fitnah caci mencaci dan organ manusia ia itu punggung telah menjadi  alat parti politik UMNO dan NGO pro UMNO untuk memusnahkan karier  politik musuh. Jika ini menjadi amalan politik Malaysia maka akan musnahlah umat Melayu Islam di bawah UMNO BN.

Manusia yang dipanggil penganut Islam semakin rosak akhlak dan ini melibatkan akidah juga tergugat. Nabi Muhammad telah meninggalkan kita 1500 tahun dahulu. Sebelum baginda wafat, baginda berpesan dua perkara jika kamu hendak selamat  di dunia dan di akhirat ia itu al-Quran dan sunnah. Hari ini umat Islam telah jauh dari perintah Allah swt. Ajaran Islam hanya pada sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad saw sahaja. Kita berarak2 sepanjang jalan kononnya hendak tunjuk kepada bukan Islam dan dunia bahawa kita adalah penganut Islam yang sayangkan Nabi. Kita juga sambut tilawah al-Quran setiap tahun. Ucapan2 yang memuji Nabi juga lunak didengar setiap kali tilawah. Diperingkat permulaan disebut pertandingan, ditukar kepada musabaqah dan yang terkini tilawah al-Quran. Pemimpin2 yang merasmikan tilawah ini serupa burung kakak tua yang diajar mengucapkan perkataan lunak tetapi hanya dimulut sahaja. Dalam hati Allah swt juga maha mengetahui.

Sunnah Nabi Muhammad saw diantaranya sebagai pemimpin yang berbudi pekerti mulia yang bercakap benar, amanah, bijaksana dan menyampaikan ajaran Islam secara jujur telah kita tinggalkan sejauh bumi dengan langit atau arah yang berlawan ibarat utara dan selatan. Kepincangan sistem yang diagung2kan ia itu demokrasi telah menjadi alat Yahudi yang berjaya menyerap masuk ke dalam hati setiap pemimpin sekular yang bertopengkan Islam sebagai agama yang dianuti tetapi sebenarnya hanyalah modal untuk berkuasa untuk memenuhi nafsu syaitan yang akhirnya akan membawa kemusnahan umat Islam.

Pemimpin2 jenis ini telah jelas lagi bersuluh tidak akan mendaulatkan Islam tetapi telah jelas merosakkan orang2 Melayu Islam. Kerosakkan akhlak orang2 Melayu Islam telah sampai ke peringkat kritikal yang sangat membimbangkan kita semua. Kita yang sayangkan Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin yang terulung teramat kecewa dengan pemimpin2 sekular jenis ini yang perbuatan mereka jelas mengundang kemurkaan Allah swt dan bala yang menimpa umat Islam hari ini adalah bukti jelas yang difahami oleh orang2 yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Jalan keluar umat Islam Melayu khususnya di Malaysia hanya ada satu sahaja jalan alternatif ia itu tukar kerajaan UMNO BN kepada Pakatan Rakyat. Ini telah menjadi kewajipan kepada setiap individu Melayu Islam untuk menyelamatkan akidah yang semakin runtuh. Jika harapan ini dalam masa 5 tahun Pakatan Rakyat tidak boleh berubah seperti dijanjikan, PAS wajib bersendirian tetapi kesan 5 tahun PR memerintah adalah satu ujian kepada PAS. Jika PR gagal maka semua parti komponen PR akan disumpah rakyat dan kerajaan yang lebih zalim lagi akan muncul.

Tuesday, 10 July 2012

ANTARA JENAYAH BETUL DAN JENAYAH TARSIRAN PEMERINTAH


Jenayah semakin meningkat, anggota polis juga semakin ramai direkrut untuk benteras jenayah tetapi semakin ramai polis semakin banyak penjenayah. Ini menunjukkan Malaysia negara Islam yang penganut Islamnya semakin lemah pegangan akidah Islamnya. Ini menyebabkan iman dan taqwa kepada Allah swt juga semakin terhakis.

Jenayah ada pelbagai tafsiran.
Jenayah mencuri, merompak, menyamun, merampas(lanun) merogol, meragut adalah perbuatan yang dilakukan oleh  tangan2 manusia yang menyebabkan orang lain menjadi mangsa dalam bentuk kecederaan fisikal atau mental.

Jenayah rasuah  jenayah ini tidak memberi kesan fisikal tetapi memberi kesan kepada akhlak. Keturunan perasuah ini akan menyebabkan akhlak menjadi buruk, kebanyakkan keturunan perasuah  ini anak2 menjadi bebal dan kurang ajar.

Jenayah penyelewengan, menzalimi, menindas dan salah guna kuasa, mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini biasanya balasan kalau di zaman ini seperti Hosni Mubarak(Mesir), Gadafi(Libya) Ben Ali (Tunisia) dan akan datang Asad(Syria).

Ada lagi satu jenayah yang bukan jenayah ia itu hak rakyat berdemontrasi menuntut keadilan tetapi dianggap jenayah oleh kerajaan yang memerintah kononya melanggar demokrasi. Mereka berlindung di sebalik demokrasi tetapi mereka sebenarnya  ditaktorkrasi.

Mereka menafsirkan undang2 yang mereka cipta mengikut cita rasa dan akta2 yang digubal juga mengikut cita rasa yang keluar dari fikiran hasad dengki dan kebanyakkannya menindas, menzalimi, menafikan hak bersuara dan hak asasi manusia Islam dan bukan Islam.

Pembangkang dianggap musuh bukannya penyedar kesilapan seterusnya membaiki kesilapan. Teguran dianggap pengacau. Ini adalah perkara yang berlawan semasa meraih undi untuk mendapat sokongan rakyat, rakyat di dahulukan! Bila mendapat kuasa rakyat ditindas dengan pelbagai akta kejam, membolot wang dan harta rakyat untuk diagih2kan kepada kroni dan perut sendiri dan membiarkan rakyat menderita dengan menaikan harga barang2 keperluan dan dalam masa yang sama bersetongkol dengan tauke2 Cina untuk membiayai kos pilihanraya dan lain2. Setiap bantuan mesti dibalas dengan habuan. Inilah yang dikata membalas budi. Bukan membantu percuma! Ada kira2 disebalik itu!

Apabila rakyat semakin cerdik kerana kesedaran tentang perbuatan2 mungkar ini maka kuasa pemerintah semakin terancam. Mereka tidak boleh berfikir untuk insaf dan kembali ke landasan yang betul tetapi kerana darah daging mereka yang dipenuhi dengan rezeki yang haram maka hati pun menjadi kotor dan tindakkan pun tidak mengikut Islam tetapi mengikut hasutan syaitan.

Monday, 9 July 2012

MASA HADAPAN HUDUD - ERA PAKATAN RAKYAT SELEPAS PRU 13


MCA ugut UMNO BN, Kalau laksana hudud MCA akan keluar BN. Apa fasal? Kerana seorang ADUN BN Kemelah Datuk Ayub mencadangkan hudud dilaksanakan di Johor. Kali ini lebih hebat dari PAS kerana hudud yang dicadangkan meliputi bukan Islam. Hebat juga ADUN ini tentang Ilmu Islamnya melebihi dari Najib. Najib pun tak berani hendak bercakap tentang hudud tetapi si mamat ini lebih berani walau pun rakyat melihat tidak lebih dari bunyi tong kosong.

Kalau nak laksana hudud, pertama UMNO kena taubat nasuha, Taubat yang betul2 taubat. Siapa yang patut bertaubat? Pertama PM Najib, TPM, menteri2, MB Melayu Islam seterusnya sehingga JKKKP.

Bagaimana Najib nak bertaubat? Awal2 lagi beliau berkata hudud tidak akan dilaksanakan! Itu baru seorang Adun bercakap, kalaulah PM bercakap, agak2 MCA akan hilang akal atau gila. Betul2 gila bukan gila seperti apa yang dikatakan oleh Soi Lek presiden MCA kepada cadangan Adun itu!

Adun ini pun satu hal, kalau nak cadang hudud pun cadanglah untuk orang2 Islam dahulu tak lah melompat MCA. Kalau cadangan untuk orang2 Islam pun MCA melompat bagaimana reaksi UMNO. Membisu seperti tikus dan modal terakhir berhenti cakap tajuk ini! Mana pergi suara mufti2, ulama2 UMNO tak teringin ke nak buat bantahan atau memberi fatwa apa hukum atau tindakkan orang2 bukan Islam mempertikaikan hudud? Ini baru bunyi tong kosong. Semua jadi penakut. Dalam ceramah atau pengajian atau ucapan berapi2 mendabek dada kita negara Islam, dalam negara Islam ada pusat judi Genting Highland, arak, night club dan sebut sahaja perkara haram semua ada di Malaysia di bawah UMNO BN.

Dasar PAS al-Quran dan hadith. Matlamat untuk menegakkan sebuah negara Islam. PAS yang lantang dengan dasar ini tetapi PAS sahajakah yang inginkan dasar ini dilaksanakan bagaimana pula dengan PKR? DAP sudah jelas lebih kurang dengan MCA! Apa pula komen pemimpin2 Melayu Islam PKR dalam hal dasar ini, hukum hudud? Dalam PKR ada pelbagai bangsa dan agama! Rumit juga keadaan demokrasi Inggeris ala Malaysia ini! Adakah sistem demokrasi ini akan berterusan sehingga perpecahan umat2 Islam semakin serius dan tak terfikirkah umat2 Islam yang sistem ini adalah alat Yahudi hendak memecahbelahkan umat2 Islam? Umat2 Islam telah memilih sistem yang bukan cara Islam untuk mendapat kuasa pemerintah yang penuh dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Sistem pemilihan amir atau ketua negara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan para2 sahabat dianggap tidak sesuai dilaksanakan di dunia ini ke?

Soalan yang sentiasa belegar dalam otak kita, adakah cita2 atau dasar PAS akan dilaksanakan bila Pakatan Rakyat berkuasa bila DSAI menjadi PM?

Lari dari mulut buaya masuk mulut harimau atau yang dikejar tidak dapat yang dikendung habis jatuh bertaburan?   Ini hanyalah latihan atau exercise  untuk otak berfikir!

Thursday, 5 July 2012

BILA MANUSIA LUPA MAKSUD IMAN DAN TAQWA.


Kekuatan sesuatu bangsa itu bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt. Semua para2 Nabi dihantar kebumi atas perintah Allah swt supaya menyeru manusia mentauhidkanNya bukan mensyirikkanNya dengan mencari tuhan selain daripada Allah swt. Ini cukup jelas tetapi manusia itu tetap manusia. Bila Allah swt hendak jadikan manusia ini khalifah di atas muka bumi ini, awal2 lagi malaikat membantah kerana malaikat tahu perangai manusia yang suka membuat kerosakan. Tetapi Allah maha mengetahui dan menghantar para2 Nabi a.s untuk membimbing manusia supaya tidak sesat. Allah yang maha berkuasa boleh menghapuskan nafsu dan juga syaitan kalau Allah berkehenkakkan dan  Allah mencipta in semua semata2 hendak  menguji manusia kerana manusia adalah sebaik2 mahluk dan akhirnya tempat yang paling mulia ia itu syurga dan tempat yang paling hina ia itu neraka.

Kita manusia wajib bersyukur kerana Allah swt pilih kita menjadi manusia. Kalau tanya anjing mahukah kamu jadi manusia? Tentu jawapannya ya kerana ia tahu kelebihan manusia ada syurga sedangkan anjing walau pun ia binatang yang tidak berakal dan tidak ada dosa pahala dan tidak ada pembalasan bila mati. Ia tahu nikmat syurga dan azab neraka dan sudah tentu kalaulah ia menjadi manusia ia tidak akan melepaskan peluang untuk memasuki syurga.

Manusia memerlukan kepada pemimpin. Inilah yang dikata manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa berkawan dan dipimpin. Konsep kepemimpinan ini Allah swt telah beritahu dalam al-Quran dan hadith dengan jelas lagi bersuluh. Terang dan nyata.

Pemimpin2 ini tidak kiralah sama ada bentuk raja, PM, menteri, wakil2 rakyat, ketua kampong ka dan sebagainya, perkara yang penting ialah bagaimana bila menjadi pemimpin dapat berlaku adil, tidak tamak, tidak rasuah, tidak menyeleweng, tidak salah guna kuasa dan pelbagai tidak….. lagi atau istilah paling mudah lagi senang ia itu jujur dan amanah. Setiap pangkat yang diberi oleh Allah swt ada tanggung jawab. Pangkat adalah amanah. Jangan gunakan pangkat untuk kepentingan perut.

Jika konsep amanah dan jujur ini dipegang, sebuah kerajaan itu tidak akan ada pembangkang. Pembangkang dan pendengki, penghianat ini lain. Pembangkang untuk membetulkan ketidak jujuran dan pendengki, penghianat ini hendak memusnahkan periok nasi orang. Pendengki, penghianat ini juga terdapat dalam kerajaan yang memerintah. Bila amanah tidak diuruskan dengan betul maka kerajaan itu menjadi penghianat kepada rakyat.

Cerita kezaliman, rasuah, penindasan, salah guna kuasa dan penyelewengan ini akan berterusan bila manusia yang menjadi khalifah ini khianat kepada rakyat dan sifat terkeji ini akan menjadi cerita sepanjang zaman bila manusia yang menjadi pemerintah ini mewarisi sifat para2 laknatullah seperti Firaun, Namrud, Abu Lahab. Cuma yang berbeza hanya pertukaran pemimpin tetapi sifat terkeji ini akan ujud sehingga hari khiamat bila manusia cintakan kehidupan dunia dan takut mati.

Wednesday, 4 July 2012

ANWAR UCAP SELAMAT TINGGAL JIKA GAGAL PRU 13?


Perjuangan menegakkan kebenaran seperti yang dilakukan Nabi Muhammad s.a.w adalah yang paling terbaik. Baginda wafat bersama perjuangan menegakkan Islam sehingga akhir hayat. Inilah manusia yang berbahagia disisi Allah swt. Perjuangan baginda tidak ada tolak bandingnya dan tidak ada lagi manusia yang Allah swt akan lahirkan tetapi kerja baginda menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia kepada kemungkaran diwajibkan kepada semua umat Islam yang hidup untuk terus berdakwah. Mereka yang cintakan Allah dan Rasul wajib melakukan kerja ini sehingga hari khiamat. Manusia yang putus asa akan putus rahmat daripada Allah swt. Alang2 menyelok pekasam biar sampai kehujung lengan. Inilah sifat seorang insan yang beriman lagi bertaqwa.

Perjuangan politik yang ada kaitan menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran adalah kerja wajib. Berhenti dari melakukan kerja ini kerana kecewa atau putus asa bukanlah sifat mulia seorang penegak kebenaran.

Hadith Nabi saw, jika kamu lihat sesuatu kemungkaran hendaklah kamu cegah dengan tangan, itu pun tidak boleh hendaklah cegah dengan mulut, itu pun tidak boleh hendaklah cegah dengan hati ia itu membenci maksiat. Itulah selemah2 iman. Bawah dari itu, jawapannya tiada beriman.

Monday, 2 July 2012

HUDUD-UMNO JOHOR NAK BERTAUBAT ATAU NAK PIKAT PRU 13?


Bercakap memang senang kerana lidah tidak bertulang. Janji juga mudah diucap kerana mulut yang bercakap. Slogan janji ditepati, tiada yang tertinggal, tiada yang tercicir adalah sebenarnya pembohongan yang jelas oleh pemimpin2 yang bersifat munafik. Slogan2 ini laku hanya kepada mereka yang memang bodoh berfikir. 55 tahun setelah merdeka rakyat semestinya sudah matang berfikir bukan bertambah bodoh berfikir.

Rekod UMNO BN cukup buruk untuk rakyat yang sentiasa mengikut perkembangan semasa. Kepada mereka yang lemah daya fikir rekod ini tidak ada maknanya kepada mereka. Asal boleh hidup, makan, minum, tinggal rumah senget walaupun disekeling penuh dengan maksiat mencuri, merompak, ragut, rogol, zina, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu tidak menjejaskan kehidupan mereka. Kepada mereka yang takutkan bala Allah swt, gejala2 ini cukup merisaukan kita kerana keamanan, kesahjeteraan yang dikecapi akan musnah jika dibiarkan. Hanya mereka yang lemah iman atau tidak beriman sahaja menganggap gejala2 ini perkara biasa.

Hudud untuk orang2 Islam sahaja pun belum boleh dilaksanakan inikan pula meliputi bukan Islam. Beranikah UMNO melaksanakan hudud meliputi semua agama? 55 tahun penuh dengan tipu helah pembohongan, adakah hudud perintah Allah swt ini juga diketegorikan dalam istilah pembohongan untuk memenangi PRU 13 bukan nak buat kerana Allah swt.

Jangan jadikan hudud barang lelongan. Bila terperangkap atau terdesak dengan gambaran kekalahan yang dahsyat yang akan dialami oleh UMNO maka hukum Allah swt juga menjadi mangsa jahat puak yang telah jelas menentang hudud sejak merdeka lagi.

Hudud bukan ada hudud PAS atau UMNO. Hudud berdasarkan al-Quran dan hadith. PAS atau UMNO yang mengaku Islam wajib menerima dan laksanakan hudud ini. Islam sudah berada di atas muka bumi 1500 tahun dan setiap orang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt wajib berusaha ke arah merealisasi perintah Allah ini bukannya masih berhujah bodoh. Hudud yang didraf oleh PAS itu berdasarkan al-Quran dan hadith bukan hasil ciptaan sendiri dan jika UMNO tidak puas hati, UMNO kena tunjukkan hudud ciptaan UMNO. Sehingga sekarang UMNO gagal menunjukkan draf hudud UMNO. Bagaimana UMNO sibuk untuk melaksanakan hudud yang belum pun ada draf hudud? Itulah yang dikatakan memang dasar UMNO suka berbohong!