Wednesday, 26 December 2012

RAMPASAN KUASA AJK MASJID/SURAU


RAMPASAN KUASA - PERLANTIKAN AJK MASJID JAMEK/SURAU DIRI JUMAAT SELURUH LARUT MATANG SELAMA DAN PERAK AMNYA ADALAH TIDAK SAH, BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM.

Memang dasar UMNO hasad dengki, tidak ikhlas, tidak jujur, tidak amanah dan lain2 sifat yang tercela yang jelas terdapat dalam diri mereka. Merekalah manusia yang berniat jahat untuk memecah belahkan masyarakat dan menipu Sultan. Mereka memalsukan senarai AJK surau yang dipilih oleh masyarakat kampung dalam mesyuarat agong yang sah tetapi malangnya senarai yang sah dipalsukan dan dibuang ke bakul sampah, senarai AJK palsu pula dipersembahkan kepada Sultan. Ini adalah satu perbuatan biadap mempersendakan Sultan supaya menandatangani senarai AJK palsu atas arahan pihak yang tidak bertanggung jawab dan penghasut kepada perpecahan dalam masyarakat.

 Inilah penipuan yang paling jijik pernah dibuat oleh manusia yang mengaku Islam tetapi bertindak di luar batasan adab susila manusia yang waras.

Apakah jenis manusia yang sedang memimpin masyarakat kita sekarang?

Di manakah iman dan taqwa kepada Allah swt kalau hanya untuk kepentingan duniawai yang sementara ini?

Hadith Nabi Muhammad saw, bermesyuaratlah kamu dalam sesuatu perkara yang baik dan lantiklah antara kamu ketua yang ikhlas, jujur dan amanah. Allah swt sangat suka kepada jemaah yang bermesyuarat dan akan menurunkan keberkatan dan rahmat bagi setiap keputusan yang baik yang telah dipersetujui bersama. Keputusan yang dilakukan di luar mesyuarat adalah tanda2 perpecahan masyarakat dan azab berupa bala Allah swt akan diturunkan kepada mereka yang tidak patuh kepada keputusan mesyuarat...

Surau atau masjid adalah tempat beribadat bukan tempat untuk mengejar jawatan bagi memenuhi tuntutan nafsu syaitan. Jawatan adalah amanah, jawatan bukan untuk kepentingan diri dan kroni2.

Bantuan kewangan oleh individu atau kerajaan untuk surau atau masjid wajib diuruskan dengan jujur dan amanah. Perbelanjaan yang berhemah wajib mengikut hukum2 syarak, Setiap sen yang dibelanjakan akan disoal oleh Allah swt di akhirat kelak. Tanggung jawab AJK adalah berat.

Allah swt akan melaknat mereka yang tidak jujur dan tidak amanah dalam menjalankan tugas sebagai pengerusi atau AJK surau atau masjid jika niat tidak ikhlas.

Pengerusi dan timbalan pengerusi yang dilantik juga bukan terdiri dari orang-orang yang ada fikir Islam dan terlalu jarang hadir ke surau/masjid menunaikan solat berjemaah. Nama-nama AJK palsu juga dilantik  di luar pengetahuan mereka tanpa mesyuarat dan tanpa kebenaran mereka. Perbuatan ini adalah satu jenayah mengunakan nama-nama individu tanpa kebenaran dan tindakan undang2 boleh diambil terhadap pengerusi dan juga pejabat agama Islam Taiping jika sekiranya individu berkenaan mahu berbuat demikian. Masyarakat wajib sokong usaha tindakan undang2 ini sekurang2nya sebagai saksi untuk menghalang mengunakan nama-nama mereka yang tidak redha dalam perlantikan ini  

Masyarakat atau penduduk  wajib bertanggung jawab di depan Allah swt jika sekiranya tuan-tuan dan puan-puan redha dengan perlantikan palsu ini di akhirat kelak.

Sila lihat rujukan senarai AJK perlantikan mesyuarat agong yang sah masing2. Pembubaran AJK yang sah hanya boleh dilakukan bila genap 2 tahun,  tetapi belum pun sempat mesyuarat agong perlantikan AJK baru, senarai AJK palsu telah dikeluarkan oleh pihak Pejabat Agama Islam Taiping. Ini adalah satu penipuan senarai AJK yang dipersembahkan kepada Sultan untuk mengesahkan perlantikan yang penuh dengan muslihat politik kotor ini.

Sila muhasabah diri, adakah aku ini dari golongan orang yang akan mendapat rahmat atau azab Allah swt jika aku redha dengan perlantikan ini?

 



 

 

Thursday, 20 December 2012

ANTARA WANG HARAM DAN HALAL


Jumlah wang haram keluar dari Malaysia meningkat 111 peratus daripada USD30.4 bilion (RM94.27 bilion) pada 2009 kepada USD64.38 billion (RM199.58 bilion) pada 2010.

Kita terasa gelisah dengan pemindahan wang haram Malaysia ke luar negara, tapi dalam masa yang sama wang “halal” pekerja2 asing yang berjuta orang dan berjuta2 RM juga keluar dari Malaysia. Adakah ekonomi kita tidak terjejas dengan pekerja asing, walau pun gaji mereka tidak lumayan tapi bagi mereka adalah lumayan bila ditukar dengan mata wang contohnya Bangladesh, Indon, Nepal dan lain2 yang rata2 negara  lebih miskin dari Malaysia. Hakikat sebenarnya Malaysia menjadi miskin kerana penyelewengan pengurusan oleh kerajaan UMNO BN. Jika Malaysia diurus dengan telus, maka Malaysia antara negara terkaya mungkin selepas Brunei.

Malaysia tidak boleh menjadi negara maju kerana kebanyakkannya teknologi pembuatannya tidak di otomatikkan sepenuhnya. Ini terbukti dengan kebanjiran pekerja asing peringkat buruh bukannya professional seperti di negara maju.

Kebanyakkan industri adalah bergantung kepada pelabur2 asing yang matlamat mereka mengambil kesempatan dengan dasar Malaysia yang begitu ghairah memberi peluang pengambilan pekerja buruh asing oleh syarikat2 kroni yang mementingkan keuntungan kocek sendiri dan tidak melihat kepentingan jangka panjang Negara. Melayu oh Melayu.

Rakyat Malaysia yang bertaraf buruh di anak tirikan dari segi gaji. Tidak ada pilihan lain melainkan sanggup menerima gaji yang sama dengan pekerja ada harapan untuk bekerja. Kehidupan rakyat Malaysia tidak sama dengan pekerja asing yang tinggal di asrama dan makan berkongsi tiada anak isteri yang ditanggung di sini.

Syarikat2 kroni ghairah mengimpot pekerja asing ini kerana keuntungan dan dalam masa yang sama kerajaan mengambil kesempatan dengan memberi mereka hak mengundi, memberi IC sementara dan ini adalah perbuatan berbahaya jangka masa panjang kerana bila selesai mengundi mereka ini menyelinap masuk dalam masyarakat kerana kita tidak kenal antara IC palsu dan ori. Sekarang pun kita melihat ramai antara mereka sudah boleh menyewa kedai untuk berniaga dan trend ini semakin bertambah dan akan bersaing dengan peniaga tempatan. Peniaga tempatan juga mempunyai sikap bodoh dengan menyewa atau menjual premis perniagaan terutama yang dimiliki oleh majlis bandaran dan kita curiga bagaimana mereka boleh dapat tempat2 ini kalau tidak ada dalang kakitangan kerajaan tempatan yang bersetongkol dengan mereka. 

Pengaliran RM Malaysia melalui pekerja asing sebenarnya lebih bahaya dari pengaliran wang haram. Wang haram wang yang dikeluarkan oleh pihak2 yang kaya sahaja sedangkan wang “halal” yang dikeluarkan oleh pekerja2 asing ini jangka masa panjang juga boleh merosakkan ekonomi Malaysia. Ingat mereka bukan pekerja professional, sekarang pun mereka selalu buat kacau kalau pun tidak dalam bentuk pergaduhan dengan orang2 tempatan tapi persaingan penggunaan barang2 makanan  juga menyebabkan harga barang2 melambung naik untuk mengisi perut masing2.



 

Sunday, 16 December 2012

RAKYAT PERAK KECEWA


PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PERAK DI SERI ISKANDAR 16 DIS MENGECEWAKAN KEBANYAKKAN RAKYAT PERAK.

Rakyat Perak datang beramai2 dari seluruh pelusuk negeri untuk mendengar ceramah yang berfaedah bagi memantapkan keyakinan menghadapi PRU 13.

Malang dicemari oleh lawak kurang matang dan nyayian oleh penyanyi yang kita tidak sangka boleh dipersembahkan di depan para tok lebai berkupiah putih. Ini program syaitan yang dicemari dengan lagu2 yang tidak berfaedah walau pun di antara tajuk lagu2 itu ke arah mengecam UMNO BN.

Penganjur mesti peka kehendak rakyat, bagaimana rasa TGHA dari PAS bila nyayian seperti ini dipersembahkan. Kita sudah cukup lara dengan lagu2 seperti ini di TV, radio. Kalaulah nyayian seperti ini hendak ditunjulkan lebih  pihak penganjur, beri tahu dalam poster2 program ini ada pelawak bodoh dan nyayian rock supaya pak dan tok lebai berkupiah putih tahu, ini alamat kecundang PR dalam PRU 13 kalau diamalkan seterusnya.

Hentikan segera program seperti ini dalam majlis yang dihadiri oleh ulama dari PAS.

PKR dan DAP boleh menerima program seperti kerana mereka bekas ahli UMNO!. Untuk datang bersusah payah hanya hendak menonton persembahan yang tidak berfaedah ini lebih baik tidur kat rumah! Hari2 dalam TV, radio rakyat Perak boleh tonton dan dengar lawak bodoh dan hiburan yang melalaikan!

PAKATAN RAKYAT MESTI SERIUS DALAM HAL INI.Jangan terbawa2 dengan amalan UMNO. Kita mesti lain dari yang lain.

Kalau nak juga hiburan, bawalah lagu selimut putih atau nasyid yang boleh membina kesedaran dan jati diri bukan nyayian rock yang perangai belum tentu boleh berubah dengan sausana Islam.

PAS kena berhati2 dalam hal ini. Ini bukan masalah menjaga hati tapi masalah maksiat. Jangan kerana hendak menjaga hubungan kita terpaksa bertolak ansur. Dasar PAS jelas, hiburan boleh tapi, ke arah dakwah Islam.


 

 

Wednesday, 5 December 2012

SISTEM DEMOKRASI, MELAYU BERPECAH

Kakitangan kerajaan tidak dibenarkan berpolitik. Tetapi PM, Menteri2, MB2 orang politik. Bebal bin Biul nampaknya sistem yang diamalkan di Malaysia. Kalau kakitangan kerajaan tidak boleh berpolitik, semua kakitangan kerajaan juga tidak boleh jadi pengundi baru betul. Kalau dibiarkan boleh boleh jadi pengundi, maka PM, Menteri2 dan MB2 juga tidak boleh dilantik dari kalangan orang politik barulah betul.

Sistem demokrasi yang dicipta oleh bukan Islam ini adalah alat untuk memecah belahkan Melayu dan Islam. Kenapa Melayu Islam yang dikatakan beriman lagi bertaqwa ini gagal menerima sistem ajaran Nabi Muhammad saw sedangkan dalam masa yang sama membantah apabila Nabi saw dihina? Lagi biul dibuatnya! Sepatutnya Melayu Islam wajib  menegakkan sistem Islam yang sebenar barulah boleh dikatakan Melayu orang2 Islam yang beriman lagi bertaqwa dan ikut al-Quran dan hadith.

Sistem demokrasi yang diamalkan ini jelas tempat sarang pembiakan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Dalam setiap PRU, amalan kemungkaran ini gagal dibenteras kerana masing2 hendak berebut kuasa. UMNO BN yang telah lama berkuasa dan mereka adalah kerajaan semasa yang menjaga wang rakyat telah menyalah gunakan kuasa dengan menabur wang ini sebanyak yang boleh untuk mempertahankan kuasa. Ini adalah perbuatan menyalah gunakan kuasa secara tidak jujur dan amanah. Sebenarnya Melayu belum lagi jadi betul2 Islam dan beriman. Jika Melayu betul2 telah menjadi Islam dan beriman, kemungkaran yang dilakukan sewenang2nya ini telah lama dapat dihapuskan kerana kita faham makna kebaikan dan kejahatan. Setelah 55 tahun kita merdeka kejahilan Islam bukan semakin terhapus tetapi semakin menebalkan kerana nafsu dunia semakin menebal dan iman semakin menipis.

Perpecahan Melayu juga adalah disebabkan amalan demokrasi ini yang tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenarnya dan akhirnya Melayu dan Islam yang rugi. Kita benci Yahudi tetapi sebenarnya Yahudi hidup bersama kita!

Bolehkah Melayu  bersatu jika amalan yang menjadi duri dalam daging ini berterusan, jawapannya sehingga dunia khiamat pun Melayu  tidak boleh bersatu. Jika Melayu  tidak boleh bersatu, ajaran Islam yang kita perasan kita amalkan sebenarnya adalahpalsu. Kalau ajaran Islam itu pun palsu, mana boleh kita bersatu.

Hari ini ramai Melayu yang dikatakan Islam tidak bersolat. Pemimpin2 Melayu Islam terutamanya kerajaan UMNO tidak terasa bertanggung jawab dalam hal ini?. Siapakah yang sebenarnya bertopengkan Islam dalam masa yang sama berpura2 mempertahan Nabi Muhammad saw apabila baginda dihina?

PRU 13 ini teramat penting untuk masa depan Melayu dan Islam. Oleh itu muhasabah diri untuk membuat perubahan dengan memilih kerajaan baru PAKATAN RAKYAT, InsyaAllah PM PAS akan merealisasi niat kita.

 


Sunday, 25 November 2012

SIAPA LAYAK PM DLAM PR


PKR adalah pecahan dari UMNO. Setelah jadi PKR baru nampak rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Allah swt maha kaya, assebab DSAI dipecat oleh M, maka keluarlah pro Anwar beramai kerana atas nama prinsip. Sebelum dipecat tak nampak kemungkaran ini dengan jelas. Begitulah manusia hati sentiasa berbolak balik.

Umat Islam wajib lebih berhati2 lagi, dalam berhati2 pun kena tipu katak yang melompat kononnya itu cerita raja katak yang kena sumpah, padahal dia seorang anak raja yang kacak. Dipendekkan cerita akhirnya katak ini keluar dari sumpah menjadi anak raja semula. Begitulah dahsyatnya sihir, berkawan dengan syaitan yang dikenali atau tidak, hati busuk tetap sama selagi tidak diisi dengan iman dan taqwa.

Kuasa atas dasar keadilan tidak cukup. Kuasa wajib meliputi semua kebaikan. Ini hanya ada dalam Islam. Memperjuangkan keadilan semata2 tanpa ambil kira hakikat sebenar tidak akan membawa kebaikan kepada Islam. Bila Islam ditegakkan semua sifat2 terpuji akan ujud dan semua bangsa akan tinggal bersatu di bawah panji2 Islam. Inilah Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw kepada kita. Hari ini umat Islam tidak lagi berpegang 100% dengan ajaran Islam, mereka lebih takut kepada manusia misalnya Amerika, Israel dan lain2 bukan Islam, Pertolongan Allah swt tertangguh kerana hijab keyakinan masih lemah dan berpura2.

Adakah kita umat Melayu Islam akan lari dari mulut harimau, di depan menanti pula mulut buaya tembaga yang pula menadah mangsa.

Parti selain dari PAS tidak ada dasar yang jelas berhubung dengan Islam. Perjuangan yang samar2 kerana hendak menjaga hati Islam dan bukan Islam, menjadi ujian getir bagi bakal PM yang akan ditabal menjadi PM.

Kriteria pengalaman atau ketua belum pasti boleh menerajui Malaysia dengan sikap  yang memberati ajaran Islam. Sokongan kadang2 boleh membawa rebah, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran bertabur.

Nama Islam dan Melayu saja belum boleh menentukan hala tuju ke arah Islam, kerana bukan Islam pun ada suara dalam kerajaan. Bila Islam diambil sambil lewa, agama lain atau fahaman lain selain dari fahaman sesat oleh umat Melayu Islam itu sendiri gagal dikawal, inikan pula agama yang terang2 mensyirikkan Allah swt.

Umat Islam dan Melayu hari ini tidak ada kekuatan akidah sebagaimana para sahabat di zaman Nabi saw. Harta benda, wang dan wanita bila dicampak, maka tewas setewas2nya, tidak ada harapan lagi untuk pulih melainkan menewaskan puncanya ia itu 55 tahun selepas merdeka. Islam dihina oleh bukan Islam malah umat Islam sendiri menghina Islam yang dianuti sekian lama. Siapakah yang lebih layak jadi PM dalam PR selepas PRU 13 ini? Semestinya dari PAS.

 


 

Monday, 19 November 2012

ANKARA UMNO KINI SINGAPURA ISRAEL MILITARY BASE


Dengan terkeluarnya Singapura pada tahun 1965 dari Malaysia, Singapura terus berlari dengan pantas bersama Amerika dan Israel. Kemajuan Singapura lebih 100 kali lebih maju walau pun negara itu tiada sumber asli. Hasil kerjasama dengan puak2 anti Islam ini, Singapura menjadi negara Israel yang  kekuatan ketenteraannya di Asia Pacifik yang dibantu oleh Israel cukup hebat dan canggih dan menjadi adik polis dunia dengan Uncle Sam. Kemajuan maksiat seperti kasino judi yang terbesar di pulau Sentosa juga memain peranan kepesatan ekonominya setaraf Las Vegas malah lebih dari itu.

Ringkasan dan rumusan, nasi telah menjadi bubur, Pulau Singapura dan Pulau Batu Putih telah pun menjadi bubur, Tanah KTM di Tanjung Pagar juga menjadi bubur. Kita sekarang berdepan  dengan Yahudi tepi rumah.

Serangan Israel di Pelastin memang semua umat Islam sedih tetapi yang lebih sedih kita sedang berdepan dengan sesama umat Islam yang menjadi tali baru Yahudi.

Umat Islam tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada amalan Islam yang Nabi Muhammad saw lakukan. Perjuangan menegak Islam bukan terletak pada demotransi, kecam Yahudi, pulau barang2 Yahudi tetapi wajib kembali semula kepada amalan para2 sahabat percaya dan yakin dengan bantuan Allah swt. Hari ini umat Islam telah lalai dari mengerjakan solat berjemaah, dakwah atau mengajak umat Islam yang jauh dari perintah Allah swt supaya kembali bertaubat dan mulakan hidup amalan Nabi saw ini dan berdoa, itulah sahaja cara melawan musuh2 Allah swt.

Walau pun kita memerlukan perubahan ia itu  kerajaan baru PR, dasar perjuangan Islam wajib diteruskan dan dilaksanakan dengan berani. Dalam masa yang sama umat Islam perlu kepada dedahan kepada ajaran Islam yang semakin jauh hasil pemerintahan UMNO yang membiarkan umat lalai dan lara dengan maksiat seperti judi, arak, zina,rasuah, penyelewengan dan salan guna kuasa.

PRU 13 ini adalah jihad, gagal bermakna umat Islam akan disembelih seperti Pelastin kerana kekuatan ketenteraan yang kita ada seperti makanan yang lekat dicelah gigi puak2 Israel. Kita haram yakin kepada kekuatan peralatan ketenteraan boleh menewas musuh tetapi yang boleh menewas musuh adalah iman dan taqwa kita kepada Allah swt.

Ayuh muhasabah diri dan mulakan ibadat sebanyak mungkin bangun solat tahajud, hajat, witir dan lain2 solat dan doa. InsyaAllah umat Islam akan berjaya di dunia dan di akhirat.

 


Saturday, 17 November 2012

SEJARAH BERPUTAR MELAYU MUDAH LUPA


Memilih pemimpin dalam Islam, kriteria utama ialah beriman, bertaqwa, iklas, jujur dan amanah. Bila sebut beriman dan bertaqwa, perkara yang tersangat penting adakah dia seorang ahli masjid dan sentiasa menjalan kerja dakwah. Ahli masjid di sini ialah adakah dia seorang yang boleh jadi imam solat berjemaah dan pentingkan solat berjemaah di masjid atau di surau.

Adakah dia seorang selalu berdakwah dan fikir umat tentang pentingnya amalan Islam dalam kehidupan. Dari segi pakaian adakah dia seorang yang sentiasa berpakaian secara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam ucapan adakah dia sentiasa merujuk kepada ayat2 al-Quran atau hadith sahih yang boleh membuat umat insaf selepas setiap ucapan itu atau selepas ucapan kembali kepada keadaan lalai atau lara dan lupa kepada Allah swt.

Kritirea di atas tersangat penting untuk mendapatkan keberkatan, rahmat, keredhaan Allah swt . Keberkatan dan rahmat Allah swt adalah penting untuk menjamin keselamatan berpanjangan.

Ada orang berpendapat kita sudah aman, makmur dan tinggal dalam keadaan selamat sekarang. Ini pendapat orang bodoh dan berfikiran sempit kerana gagal melihat disekeling, mungkin dia melihat dalam rumahnya ada kereta, rumah, letrik, air ulang alik ke masjid kerana ada pencen dan lain2. Adakah dia ada fikir  dan keluar melihat apa yang sedang berlaku di luar sana?  

Yang paling ramai di penjara, pusat serenti,merempit, LGBT(pelbagai jenis seks bebas) bohsia, bohjan, judi, arak, anak zina dan lain2 kegiatan maksiat kebanyakkannya melibatkan Melayu yang dikatakan Islam! Adakah semakin lama semakin berkurangan atau semakin membiak. Jika semakin membiak ini bermakna keberkatan dan rahmah Allah swt sudah ditarik balik. Kita wajib berfikir kerana akal yang Allah swt kurniakan bukan untuk berlumba2 mencari kehidupan di dunia. Kita bangga dengan pembangunan pesat dan kita bangga kerana dunia Islam mengiktirafkan kita sebagai negara Islam contoh tetapi hakikat sebenar penuh dengan maksiat.

Siapakah  yang mengupah mereka ini, Yahudi, Nasrani atau Islam liberal, plurisma atau agen2 musuh Islam yang cuba menutup kemungkaran dan umat Islam supaya menjadi lalai? Inilah musuh Islam yang paling licin yang diupah oleh orang Islam sendiri yang bertopengkan Islam semata2 kerana hendak kekalkan kuasa. Musuh dalam selimut!

Taat kepada Allah dan Rasul adalah wajib. Ulul amri(penguasa atau pemerintah) tidak dalam ketegori taat jika mereka gagal menandatangani masalah kemungkaran dan menjadi wajib kepada rakyat untuk menyingkir mereka dari terus berkuasa.

Adakah kita akan aman untuk 55 tahun akan datang jika umat Islam terus terjebak dengan murtad? Sejarah kehebatan umat Nabi as terdahulu banyak diceritakan dalam al-Quran tetapi mereka habis dibinasakan kerana setelah mereka beriman kemudian menjadi kafir kerana kembali cintakan dunia yang sementara ini dan hari ini kita ulang sejarah yang sama!

Inilah kreteria memilih pemimpin, yang penting dalam diri pemimpin itu ada 100% amalan Islam bukan hanya memperjuangkan keadilan semata2 tetapi amalan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw itulah yang wajib diperjuangkan. Bila ajaran Nabi saw itu hidup dalam jiwa pemimpin Islam maka segala2 ada disini termasuk keadilan itu sendiri.

 


Friday, 16 November 2012

APA ADA PADA UNDANG2?


KUALA LUMPUR, 16 Nov – Aktivis hak asasi manusia, Irene Fernandez  juga Pengarah eksekutif Tenaganita mempertahankan kajian menunjukkan fasal Perlembagaan yang mempertahankan hak kaum Melayu menyebabkan berlakunya diskriminasi kaum di Malaysia serta mahu fasal dalam undang-undang tertinggi itu digubal atau dimansuhkan kesemuanya.

Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan hanya berjaya mengguntungkan golongan elit dalam masyarakat Melayu kelas atasan.

Perlembagaan adalah hanya undang2 bertulis. Undang2 juga tidak boleh berfungsi kalaulah manusia yang melaksanakan undang2 itu tidak bertanggung jawab dalam menjalankan tugas.

Ini jelas apa yang dimaksudkan dengan hadis Nabi saw,  akhir zaman akan muncul pemimpin2 yang menyalahkan kuasa untuk membolot harta kekayaan negara cara yang paling jijik. Ini bukan salah undang2 tetapi bila undang2 diguna pakai atau terpilih untuk sesuatu kaum sahaja atau kroni, maka walau dipinda ianya tetap sama selagi pelaksana undang2 itu tidak ada sifat jujur, amanah dan ikhlas.

Memansuh atau digubal adalah sesuatu yang menyinggong perasaan kaum Melayu. Walau pun ini adalah undang2 Inggeris yang dicipta pakai, kaum bukan Melayu tidak boleh sesuka hati mencadangkan supaya di mansuhkan atau digubal. Kelemahan pemimpin2 Melayu sendiri yang tamak dan tidak bersungguh2 hendak membantu Melayu adalah di antara  mendiskriminasikan yang nyata terhadap kaum mereka sendiri. Bukan Melayu mesti melihat dalam konteks ini kerana ini adalah negara asalnya Melayu. Diskriminasi juga ujud dalam kaum Cina dan India oleh pemimpin2 mereka tetapi tidak terlalu serius jika dibandingkan dengan kaum Melayu yang berlainan parti.

Selain itu atas nama bangsa dan agama, ada keadaan tertentu Melayu wajib mempertahankan hak mereka. Persamaan boleh dilaksanakan bila semua bangsa menjadi muslim, itu pun atas dasar iman dan takqwa yang jitu, maka suasana masa itu akan berubah. Masalahnya dalam Islam sendiri  masih jauh dari bersatu, mana mungkin matlamat ini boleh dicapai.

Kajian kadang2 mempunyai niat yang tidak baik untuk berhujah. Bukti2 kelemahan ini bukanlah terletak kepada undang2 tetapi kepada pemerintah semasa yang bertanggung jawab melaksanakan undang2.

Sebenarnya bukanlah diskriminasi yang hendak dihujahkan tetapi lebih kepada kepentingan bangsa itu sendiri. Inilah risikonya Melayu bila undang2 yang mutlak hudud tidak dilaksanakan maka kelemahan undang Lord Reid ini akhirnya diambil kesempatan oleh bukan Melayu untuk menjerat Melayu dan Islam.

 

Thursday, 15 November 2012

EGO, SOMBONG DAN RIAK ANTARA SIFAT TERKEJI

Kadang2 kita perasan yang kita telah bertaubat. Bertaubat bukan bermaksud "tau buat" tapi tak sedar diri yang kita sebenarnya tak bertaubat. Hendak memberi tahu rakyat bahawa saya telah bertaubat 10 sekali sehari selepas solat, moga2 rakyat akan kata atau nganggok, mungkin kata rakyat yang disebelah sana, dia ulama mesti faham apa dia yang dia buat, tepi rakyat sebelah sini kata kalau dia betul2 bertaubat, dia akan jadi ulama yang adil tidak berpihak kemana2 parti, tapi kalau parti yang berkehendak ke arah ajaran Islam kenapa tidak disokong?. Ini adalah perinsip kebenaran, mungkin ada orang yg berpegang kepada Islam tapi tidak mengunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam politik, ini cakap dari S/U politik UMNO!.

Sebenarnya apa yang kita hendak dalam kehidupan dunia yang sementara dan singkat ini? yang usia lebih kurang 60-70 lepas itu masuk lubang kubur. Wang harta benda dunia yang banyak yang kita kumpul akan ditinggalkan.  Iman bukan ditentukan oleh ilmu tapi untuk meningkat iman perlu ada ilmu. Ilmu boleh jadi alat cari makan, cari nama, cari pangkant dll. Suami isteri Islam semula jadi melahirkan anak, otomatik Islam tapi akhir hayat belum tentu mati beriman. Suami isteri bukan Islam melahirkan anak, otomatik bukan Islam tapi akhir hayat mati beriman.

Nabi saw telah memberi amaran diakhir zaman akan lahir ulama jahat yang kerja dia hanya memperlaga2kan sesama umat, nampak baik tapi sebenarnya dialah syaitan yang dikenali.

Kalaulah perjuangan PAS itu salah, kenapa kerajaan tidak mengharamkan saja dari terus aktif? Apa yang boleh dibuktikan mufti perjuangan PAS menegakkan kebenaran berasaskan al-Quran hadit, ijma' dan Qias itu salah? Sebagai mufti mesti berani berhujah, bukan menjadi menentang seolah2 semua perjuangan PAS salah? Memang kita tidak nafikan dalam masyarakat majmuk banyak rintangan terutama dari bukan Islam tetapi yang membuat bukan Islam selama 55 tahun masih tidak faham ajaran Islam, siapakah yang patut dipersalahkan kalau bukan UMNO?

 


RAKYAT GELISAH, VIP MEWAH


Sistem raja berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia adalah sistem demokrasi yang berdasarkan pilihanraya setiap lima tahun untuk menentukan pemerintah.atau parti yang menang majoriti. PM dilantik oleh parti yang menang majoriti. Bajet dibuat setiap tahun oleh parti yang memerintah dan dijadualkan buat itu ini oleh PM dan dibantu oleh para kakitangan yang pakar dalam bidang masing2.

Ketirisan atau guni baru ditampal dan bocor sana sini bila terlalu padat dengan wang juga mula pecah sana sini kerana guni buatan tiruan, ini berdasarkan lapuran Ketua audit Negara setiap tahun ada2 sahaja guni bocor kerana ditebuk tikus lapar yang bergigi musang!

Peruntukkan bajet hanya berkisar kepada pembangunan, pentadbiran dan lain berkaitan dengan rakyat. Bajet untuk  negeri2 yag beraja dan yang tiada beraja di Malaysia tidak pula dibentang dalam bajet. Rakyat ingin juga ketahui berapa banyak wang telah habis untuk selenggaraan istana, ubah suai itu ini, perabot lama ditukar, elaun orang2 kaya, raja kecil besar dan lain2 lagi selain gaji, elaun itu ini. Ini hak rakyat nak tahu bagaimana  wang rakyat yang diperuntukkan atau mungkin tambahan oleh kerajaan persekutuan selain kerajaan negeri yang melimpah ruah. Rakyat hanya dapat BR1M RM500 setiap lima tahun sekali.

Begitu juga warga Felda dapat durian runtuh katanya RM15,000 bahagi tiga, sampai sekarang dah dapat ke belum semua wang itu. Bukan setakat itu sahaja ditambah pula dengan dividen RM400 kerana saham FGVH naik menjunam dari harga tawaran RM4.55 ke paras yang makan modal sesaham, dah dapat ke belum? Baru2 ini ditambah lagi durian runtuh RM500 juta lebih kononnya untuk generasi kedua! Bertuahlah tuan2 yang menjadi penaroka, rezeki melimpah ruah sehingga perbendaharaan dah tinggal lantai!

Gula naik RM0.20 orang kampong kata naik sikit saja. Kerana RM0.20 kerajaan dapat tambahan berbilion RM dan taukey gula senyum selalu. PM kata jangan makan gula banyak2 nanti kena kencing manis, menteri kata jangan makan ayam kalau harga ayam mahal, makan saja telur ayam. Telur ayam pun dah mahal! Bila daging lembu mahal, tak dengar  menteri kata, makanlah telur lembu pula!  

 



 

.

 

 

Sunday, 11 November 2012

MELAYU DAN ISLAM, 55 TAHUN MERDEKA MASIH GAWAT


Semakin jauh kita meninggalkan 31 Ogos 1957, Melayu dan Islam semakin gawat. Kekuatan Melayu dan Islam semakin lemah dan sedang diserang depan belakang oleh pihak bukan Melayu dan bukan Islam dan lebih malang lagi juga disekarang oleh golongan dahulu, kini dan tidak selama2nya!. Perlembagaan Malaysia yang kita agung2kan tidak dapat bertahan dari  serangan pihak musuh yang sentiasa mencari ruang kosong/lemah atas nama yang pelbagai selain dari kebebasan beragama, kebebasan bersuara dan lain2 lagi kelemahan undang2 ciptaan Inggeris ini.

Ini adalah satu ujian Allah swt terhadap kerajaan UMNO BN yang semakin lemah dari sokongan Melayu dan juga bukan Melayu. Bukan Melayu mencari jalan bagaimana hendak tambahkan kekuatan bangsa, ekonomi masing2 dan dalam masa yang sama menyebarkan dakyah agama mereka yang mensyirikkan Allah swt secara halus dan mangsanya ialah Melayu Islam setengah masak(jahil).

Formula demi formula hasil dari ciptaan akal manusia diperkenalkan, semuanya gagal. Melayu dan Islam semakin gawat, baik dari segi ekonomi dan ajaran Islam itu sendiri.dan harapan semakin bertambah jauh untuk menjadikan Islam amalan harian.. Masjid2 sunyi selepas isyak dan ada yang dikunci bagaikan dewan orang ramai kerana takut pencuri yang sentiasa memerhatikan barang yang boleh mendatangkan wang. Lebih malang pencuri itu sendiri dari kalangan Melayu yang dikatakan menganut Islam!

Isu2 yang berupa putar belit atau fitnah menjadi mainan parti politik kotor dan tidak nampak jalan penyelesaian secara professional melainkan rakyat yang betul2 prihatin tentang isu2 rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu sendiri dalam PRU 13 ini bertindak dengan bijak untuk menguburkan UMNO BN. Itulah sahaja jalan terbaik bagi menyekat kemungkaran yang tidak penghujungnya malah semakin hari semakin gawat dengan jenayah berat, membunuh, merogol, meragut, mencuri, menyamun dan pelbagai lagi me……yang menakutkan kita. Adakah keselamatan kita ada jaminan untuk hidup aman? Adakah kita rasa selamat untuk meninggalkan rumah dan masjid tanpa kunci? Jawapannya selepas PRU 13!

 

Monday, 5 November 2012

ANTARA KERJA KERAS DENGAN KERJA MAKAN GAJI BUTA


Apa kerja pun niat mesti ikhlas. Jangan makan gaji buta. UMNO tuduh negeri2 bawah PR makan gaji buta! Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu pada UMNO fenomena biasa dalam kerajaan. 55 tahun memerintah kejujuran, amanah dan ikhlas masih  tidak nampak walau pun bayangnya.

Guru dengan masalah mereka dan pensyarah juga dengan masalah mereka. Semua  ini diuruskan dan ditadbirkan oleh ketua yang bukannya professional dalam bahagian masing2. Contohnya gaji doctor, jurutera, akauntan dan bidang2 profesional lain mempunyai gaji yang cukup mengecewakan.

Yang menjadi Ketua Pengarah atau menteri2 bukan bidang mereka. Peduli apa, yang penting gred gaji aku mesti yang termahal dan terbaik!

Bila disekolah ibu bapa dan juga kerajaan bukan main lagi tekan dengan sains dan teknologi. Pelajar2 masing2 berlumba2 menjadi yang cemerlang. Ada yang otak cerdas masuk aliran sains dan selebihnya sastera. Kalau doctor, jurutera, akauntan bagai nak pecah kepala kejar CGPA 4.0. Ada yang dapat, ada yang tidak tetapi semua jadi jurutera, doctor, akauntan juga.

Di negara2 yang maju seperti Jerman, Jepun misalnya untuk menjadi jurutera kena tau kerja- praktikal. Di Malaysia jadi jurutera cuma pandai cakap, kerja duduk dalam bilik airkon buat kerja pentadbiran kecuali di industri, itu pun kalau nasib baik dapat bidang yang dia belajar sama dengan bidang kerjayanya. Ada pekerja kelulusan kejuruteraan letrik tetapi jadi jurutera pengeluaran. Bila syarikat tutup atau buang pekerja, si jurutera ini jadi gila kerana lain kelulusan lain pengalaman, nak cari kerja dalam bidang yang dia belajar  susah pula. Inilah masalah kerana kalau memilih kerja pun susah, melainkan sapu sajalah apa kerja pun. Lama2 syiok dengan kerja itu walau pun bukan bidang dia, gaji pula OK. Masalahnya bila kilang tutup atau bankrap atau buang pekerja, balik jadi square one kerana tak ada pengalaman dalam bidang yang dipelajari.

Kalau nak ikut gaji memang semua orang tak puas hati. Rakyat perlu berpuas hati dengan apa yang mereka dapat. Rakyat kena kerja rajin dan kreatif. PM, Menteri2 dan MB2 mereka kerja kuat memikirkan masalah negara dan negeri. Sebab itu mereka berhak mendapat gaji tinggi, elaun itu ini dan lain kemudahan sehingga hidup mewah dapat beli kereta besar, rumah besar dan mungkin isteri lebih dari kecil cantik kerana seluar, spender, baju dibuat dari wang. RM1.5 juta duit kocek sahaja kondon sewa ditangguh beres,  untuk menyimpan gundik2 pun tidak jadi masalah kerana wang bertimbun2 dalam bank!

Buatlah perubahan pula dalam PRU 13, insyaAllah bila saya jadi PM, tuan2 jangan susah hati, saya akan dibuat perubahan. Sekurang2 kalau gaji tak naik, tetapi barang2 makan murah, kereta murah, PTPTN dihapuskan, tol dihapuskan adalah lebih dari naik gaji!  Ada yang tak setuju? Kalau tak setuju itu sahih ahli2 UMNO BN!

 



 

Thursday, 1 November 2012

ZAKAT DILEBIH2KAN, SOLAT DISEMBUNYIKAN


Kenapa zakat boleh dilaksanakan dengan berkesan sekali sehingga wang zakat boleh dibuat harta karun. Setiap tahun zakat diumumkan dengan megah sekali, tahun ini kita dapat mengutip berjuta2 RM tetapi ramai Melayu Islam hidup dalam kemiskinan! Apakah sebenarnya yang membuat wang zakat ditajuk utama sedangkan solat tiada tajuk!

Spandok zakat yang berwarna warni dipasang ditempat2 pilihan dengan hadithnya sekali, tetapi spandok yang berkaitan dengan solat, tak nampak pun batang hidung! Kenapa? Jawapannya mudah. Mata manusia zaman sekarang nampak ekonomi berteraskan wang. Kelebihan atau keburukan atau azab meninggalkan solat tidak di war2kan diseluruh Malaysia. Inilah di antaranya umat Islam tidak hiraukan solat. Solat tidak dapat wang dan tidak nampak boleh menyelesaikan masalah manusia! Begitulah persepsi pentadbir dan pengurus yang bertanggung jawab terhadap Islam. Majlis agama  di masjid2 atau di surau2  kebanyakkannya dihadiri oleh mereka yang telah cukup umur-pencen. Kita jarang sekali nampak orang2 mudi dalam majlis ini. Orang2 muda menghadiri majlis di tepi tembok, merempit, hisap rokok kemudian tahap ke hisap dadah dan hasilnya menjadi pencuri besi buruk, kabel elektrik, telekom. Asal sahaja yang boleh dijual dapat wang segera akan menjadi mangsa.

Apakah yang bakal menimpa Melayu Islam jika pemerintah yang ada sekarang tidak ada fikir Islam boleh menyelasikan masalah manusia? Adakah yang menjadi pemimpin sekarang yang benar2 beriman dan bertaqwa kepada Allah swt?. Mereka lebih memikirkan bagaimana hendak memajukan dunia dengan kebendaan walau pun terpaksa berhutang. Adakah ini dikata pemerintahan yang berasaskan maqasid syariah yang didakwa oleh PM?

Ramai orang yang belajar sejarah Islam tahu apa dia maqasid syariah. Ini suatu perkara besar untuk dibincang dalam konteks Malaysia sekarang kerana ada kaitan dengan kemulian ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Kalaulah pakaian pun kita masih memakai tali leher ia itu pakaian Yahudi dan solat berjemaah pun kita tidak amalkan, apakah yang kita hendak bangga dengan sunnah Nabi saw.

Akhir zaman manusia munafik akan ramai muncul, ini bukan sahaja di kalangan ilmuan Islam tetapi mereka yang bukan ahli Ilmuan Islam juga akan muncul atau jual Islam atas maksud untuk mengekalkan kuasa yang penuh dengah kemungkaran!

Sekarang sedang berlaku bermaharalela di Malaysia. Siapakah yang bertanggung jawab untuk membenteraskan jejala maksiat ini kalau bukan dari umat Islam sendiri? Anda yang menyongkong kerajaan yang tidak mahu melaksanakan perintah Allah swt akan diazab sebelum mati dan selepas mati sudah pasti azab ini akan berterusan. Melayu akan musnah bila Islam yang telah dianuti dibiarkan dipermain2kan. Bangun umat Islam buat perubahan di PRU 13 dengan menukar kerajaan yang ada UMNO BN kepada Pakatan Rakyat , InsyaAllah, Allah swt akan bantu pihak yang benar. Amiin.

 


Wednesday, 31 October 2012

AES ALAT CARI WANG BUKAN PENCEGAH KEMALANGAN



 
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh bukan kerana pembangkang yang membantah tetapi wakil2 rakyat UMNO BN juga tidak setuju.

Masing2 ada alasan yang diberi dan kesemuanya satu pendapat, sebab ramai rakyat kena saman kerana memandu laju. Mungkin juga kalangan MP juga  kena saman kerana naik kereta Merz, BMW bawa 140kmj. Produa vivi pun boleh lari macam tu malah 160kmj pun boleh pi kerana apa nak hairan polis tak bertugas pun lari  laju. Raja2 atau Menteri2 tak termasuk dalam akta ini kerana mereka orang VIP!

 

Ada menteri BN yang menyokong, itu yang ada jawatan dan jaga kementerian berkenaan kerana mana nak taruh muka kalau dia juga tidak setuju. Mamat ini kata nak elak rasuah kerana yang menjadi kamera ialah tiang kamera bukan polis traffik. Menasabah atau tidak mamat ini kata yang kita tahu kalau dulu pun polis traffik yang jaga kamera bawah jambatan juga serupa macam tiang kamera juga, ambil gambar bukan tahan tengah jalan, kadang2 tahan tengah jalan pun bukan sorang2 dia, ramai dan peluang nak kautim pun susah kena sain juga surat hadiah RM300 tu!

 

AES ini bagus dilaksanakan dizaman 50an atau 60an kerana kereta waktu itu habis laju pun 80kmj. Kalau di zaman kurun 21 ini nak laksanakan, kerajaan kena haramkan impot kereta teknoloji moden, suruh Inggeris buat semula kereta jenis morris minor, Hillman, datsun dan semua enjin guna teknologi zaman tu supaya tidak boleh lari lebih dari 80kmj!

 

Adakah menasabah nak halang pemandu memandu 110kmj atau 90kmj dilebuh raya yang kadang2 sunyi sahaja bukannya sibuk dan bukan memandu cara kurang ajar. Apa guna kereta Merz, BMW, Nisaan, Toyota, Honda yang cc tinggi dan mahal2 kalau hanya boleh lagi 110kmj dijalan raya yang tidak sibuk? Kalau dipasang di persimpangan lampu traffik  tu adalah menasabah kerana ramai yang kurang ajar langgar traffic light.

 

Bila jadi orang biasa, bila kena saman akan menyumpah. Biasanya yang membuat perkara2 yang dia suka ialah semasa ada jawatan PM atau menteri kerana selain mereka tak kena saman, kalau kena pun boleh kautim kerana kabel masa itu masih kuat atau kemungkinan kalau laksanakan sistem ini boleh menjana pendapatan perbendaharaan yang semakin kering, disamping kroni2 juga boleh cari makan. PRU 13 banyak wang nak digunakan dan ditaburkan.

 

Itulah kehebatan sistem demokrasi ala Malaysia. Setiap PRU atau Pilihanraya kecil, wang macam daun getah jatuh. Masa ini rakyat yang bodoh akan tergoda sehingga buncit perut bukan kerana makan tetapi masuk angin, bukan banyak mana pun dia dapat, Cuma sekampit beras mungking RM10 sahaja. Lepas PRU meranalah keluarga dengan barang itu ini naik. Tetapi penyokong UMNO BN tetap senyum kerana merekalah yang memilih UMNO BN, kini, dulu dan berkubur selama2nya. InsyaAllah.

 


Tuesday, 30 October 2012

PM ATAU CEO DUA JAWATAN SERUPA TETAPI TAK SAMA


Jawatan PM seperti juga jawatan CEO GLC yang lain mementingkan pencapaian yang cemerlang dalam perniagaan masing2. Untung rugi sebuah syarikat bergantung kepada keberkesanan atau kecekapan seseorang CEO. Perniagaan mempunyai risoko tersendiri. Modal besar risiko tinggi tetapi untung juga tinggi dan mustahil bankrap dengan kuasa Allah swt ialah syarikat minyak seperti Petronas. Risiko komoditi seperti kelapa sawit bawah Sime Derby, risokonya hanyalah permintaan pasaran dan terpaksa bersaing dengan negara pengeluar lain. Minyak kalau harga pasaran jatuh, masih untung dan biasanya pasaran minyak berkemungkinan tidak akan rugi sehingga dunia khiamat.

 Malaysia umpama GLC yang ditadbir dan diurus oleh PM. Di bawah PM ada pelbagai kementerian dan menteri tersendiri. Kerja GLC ini lagi mudah dari GLC berteraskan perniagaan kerana ia tidak payah bersusah payah berniaga tetapi cuma kutip cukai dari rakyat dan syarikat2. GLC jenis ini tidak perlu kepada kelulusan yang tinggi untuk menjadi CEO. Kriteria yang penting ialah jujur, amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas atau dalam kata lain mempunyai ilmu Islam yang mencukupi untuk membezakan apa yang halal dan haram dan yang paling penting taqwa kepada Allah swt. Di bawah CEO ada pelbagai jawatan dan kelulusan, semuanya orilah agaknya!

 

Tetapi malangnya GLC yang kerja kutip cukai ini dikendalikan oleh pemimpin2 yang berkelulusan tetapi tidak jujur, amanah dan ikhlas, maka jadilah GLC lebih teruk dari GLC yang terasnya ialah perniagaan. Dalam kutip cukai, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dengan sewenang2nya mengunakan wang rakyat ini dengan cara yang salah, maka bertimbun2lah komen dari Ketua audit Negara berhubung ketirisan wang yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat tetapi mengikut audit tahun 2008 sahaja RM28b bocor dan terus berlaku di tahun2 yang berikutnya.

 

Apa masalahnya?. Jika GLC yang berteraskan kutip cukai ini yang di pegang oleh PM tidak boleh diharapkan, apa yang menjadi masalah ialah rakyat yang menyokong terus menyokong walau pun negara hampir kepada bankrap!

 

Maka bila tidak ditegur oleh penyokong dan hanya ditegur oleh pembangkang, CEOnya perasan apa yang dia buat itu betullah! Inilah yang dikatakan bodoh sombong. Sudah tahu bodoh tak mau belajar tetapi berlagak sombong. Akhirnya semua masuk perigi buta yang setaraf makan gaji buta, akhirnya buta hati!

 


Tuesday, 23 October 2012

GLC(GOVERNMENT LINK COMPANY) ATAU GLC(GOVERNMENT LINK CRONY)


Apakah dia bendanya GLC ini.  Syarikat kerajaan sama ada sebahagian atau semua dipegang oleh kerajaan, ini termasuk sdn. bhd atau bhd. 10 GLC yang terbesar, Petronas, Maybank, CIMB bank, Sime Derby, TNB, Telekom, Produa, UMW, Proton dan Media prima.

Ada yang rugi, ada yang untung tapi tak bayar dividen dan ada yang untung bayar dividen kepada kerajaan seperti laporan Ketua audit Negara. Caca merba. Dalam banyak GLC cuba teka yang mana yang untung dan yang mana yang rugi. Yang rugi mana ada duit nak bayar dividen. Yang untung tak bayar dividen dan yang untung bayar dividen. Kebanyakkan CEO adalah Melayu dan pro UMNO.

Biasanya GLC berniaga RM juta2, orang yang bertanggung jawab untung rugi ialah CEO. GLC ini agak2 di bawah siapa? Menteri ke atau JKKKP kampong?
Kalau berniaga rugi, apalah agaknya alasan? Sawit tak laku, minyak mahal, tenaga mahal, kereta murah dan Media tidak ada pengiklan?

Kalau GLC rugi, menteri tak bertanggung jawab kerana  CEO tak berkompeten. Kalau GLC untung menteri bertanggung jawab kerana CEO berkopenten dan menteri tumpang sekaki tunjul diri, ini kerana akulah GLC ini untung! Menteri senyum meleleh.

Mereka yang pegang jawatan ini semua ada kelulusan yang ori! Nak jadi CEO mesti pandai berniaga dan ada kabel antarabangsa yang baik. CEO Cina tak macam CEO Melayu. Tetapi kerana tradisi GLC kerajaan, Melayu sahaja yang layak!

Pengurusi syarikat judi, arak dan maksiat lain biasanya jawatan ini sesuai untuk Melayu yang berjawatan tinggi sahaja. Sebelum bersara dah dibisik lebih awal. Wow gaji, elaun itu ini lebih baik dari gaji dan elaun Ketua Pengarah. Wang pencen boleh simpan untuk hari tua.

Biasanya mereka yang sebelum ini ada kaitan dengan jaga keselamatan negara atau yang ada kepentingan syarikat itu dengan kerajaan. Jawatan ini cukup berkesan dari segi kemudahan membolos protocol kononnya!. kerana bisnis ni tak payah buat pemasaran kerana semua manusia yang suka judi dan arak pandai cari di mana ada kasino atau kedai arak. Bisnis kelapa sawit ada sikit rumit kerana persaingan antarabangsa hebat!

Itulah serba sedikit asal usul GLC.

Thursday, 11 October 2012

BETULKAN DIRI SEBELUM BETULKAN ORANG LAIN



Kenapa UMNO sibuk dengan kerjasama PAS dan DAP sedangkan UMNO kerjasama dengan MCA,MIC tidak menjadi isu dan mereka juga menentang hudud! Malah UMNO sendiri sejak Dr. M lagi telah membenarkan bumiputra Sabah beragama Kristian menjadi ahli UMNO! Sekarang UMNO bukan parti Islam lagi! Sebab itu mereka memilih jalan berdiam diri hal isu murtad kerana nak jaga...

hati orang Sabah Kristian.

Bekas timbalan presiden PAS yang kecewa juga mempertikaikan kerjasama PAS dan DAP! Kalah menang dalam pertandingan adalah suatu lumrah. Dr. M yang UMNO dikatakan hebat memajukan kebendaan dunia pun dikecam oleh ahli2 UMNO sendiri sehingga letak jawatan! Kalaulah Nasha telah membuat masalah kepada PAS, PAS mesti bertegas untuk memecat beliau seperti Hasan Ali. Ini bukan soal PRU 13, ini soal ketaatan kepada parti. Biar dia cakap sebagai bukan ahli PAS. Mudah kita berhujah. Sekarang beliau masih ahli PAS dan boleh bercakap melawan arus. Ini sudah jelas duri dalam daging! KIta tidak boleh bercakap hendak mempertahankan prinsip tetapi kita juga ahli2 yang menentang prinsip.

Apakah yang dikatakan prinsip Islam? Rukan Islam+Rukun Iman=Iman+Taqwa.

Hari ini kita nak tanya orang yang mengaku Islam, adakah amalan ini kita amalkan. Ini adalah prinsip asas ke arah iman dan taqwa.

Luaran: Pakaian kita, ikut sunnah nabi saw? Kenapa takut nak pakai kupiah putih atau serban?
Kenapa lebih gemar pakai tali leher dan bow sedangkan dalam kitab mengatakan haram orang2 Islam yang memakai pakaian meniru pakaian Yahudi? Ustaz2 yang dikatakan ustaz masih gemar pakaian Yahudi ini! Kenapa Mat Sabu, Mahfuz, Salehudin dan lain2 yang ilmu pengajian dunia tidak memakai pakaian yang dipakai seperti TGNA dan TGHA. Dalam majlis agama mereka ini tidak menunjul pakaian Islam pun?
Memanjangkan janggut adalah wajib mengikut iman Shafie dan iman2 lain, Maliki, Hambali, Hanafi. Kenapa orang2 Pas hanya berjanggut sekelumit sedangkan menyimpan janggut panjang dan memendikkan misai adalah wajib bagi setiap lelaki. Kalau tak tumbuh janggut itu hal lain tetapi niat hendak menyimpan itu ada, pahala telah dapat. Ini adalah hadith Nabi Muhammad saw,
diriwayatkan oleh Muslim dan Termizi. Ini adalah sunnah Nabi saw. bukan sunat.

Dalaman: Adakah kita mengambil berat soal solat awal waktu bila azan dilaungkan dan berjemaah. Dalam kebanyakkan mesyuarat PAS, solat dilewat2kan walau pun mesyuarat itu setahun sekali.

Ramai lagi ahli2 PAS yang cuai dengan solat. Adakah tazkirah yang dibuat oleh ustaz menekan ibadat solat yang dikehendakki oleh Nabi saw?

Kejayaan manusia bila dapat taat perintah Allah swt dan ikut sunnah Nabi Muhammad saw barulah akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Selagi umat Islam gagal dalam perkara prinsip asas ini,maka janganlah cuba bercakap perkara ini! Betulkan diri dahulu kemudian sampai kepada orang lain, bukan betulkan diri orang lain sedangkan diri sendiri seperti ketam mengajar anak berjalan lurus!

Wednesday, 10 October 2012

KUASA PENTING PRINSIP ISLAM JUGA PENTING



Kuasa memerintah dan prinsip Islam mesti berjalan seiring. Tiada kuasa tidak boleh buat apa2 dan tiada prinsip Islam juga umat Islam akan kecewa. Peringatan Nasharudin itu ada logiknya.

Masalah Melayu mudah dan cepat melatah. Terlalu fanatik dan terlalu skeptikal dengan berlainan pendapat. Emosi tanpa guna akal yang waras juga akan membuat Melayu tidak ...

boleh jadi matang. Melayu wajib keluar ke dunia yang lebih terbuka dan menghargai pendapat orang lain.

Soal sama ada seseorang itu condong ke arah parti UMNO atau tidak, soalan itu boleh kita adili dengan tindakkannya bukan hanya kita adili dengan kenyataannya, kadang2 kita kena terima hakikat bahawa pendapat yang berupa ingatan adalah perlu untuk kita muhasah diri tetapi kerana terlalu tafsub dengan pemimpin pun boleh menyebabkan kita hilang pertimbangan akal dan lebih kepada emosi yang merosakkan diri sendiri.

Kita tidak bersetuju kepada kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO kerana ianya jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS ia itu al-Quran dan hadith kecuali UMNO boleh menerima dasar PAS. Sehingga kini kita tidak nampak UMNO akan berubah ke arah itu! Cadangan Nasha itu baik, tetapi perlaksanaannya pastikan dulu UMNO itu berubah!

Nasha juga kena pastikan perkara ini. Siapa yang tidak mahu kepada perpaduan. Perpaduan dalam Islam adalah wajib tetapi syarat perpaduan juga wajib dipatuhi. Jika berlawanan kita wajib keluar sehingga pihak UMNO berubah.

Soalannya adakah UMNO akan berubah sedangkan sifat yang diasuh oleh penjajah itu telah sebati dengan mereka. Masalah UMNO ialah pemimpin2 yang dipilih telah merosakkan ahli2 UMNO yang fanatik dengan pemimpin sehingga perbuatan keji seperti rasuah, penyelewengan dan salan guna kuasa gagal ditegur. Ini membuatkan pemimpin2 bertambah naik tocang kerana yang menegur hanya pembangkang sedangkan ahli2nya mendiamkan diri walau sudah jelas pemimpin2 mereka menjual Melayu dan Islam!

Nasha juga mesti faham dengan perjuangan parti UMNO dan PAS. Bolehkah kita campurkan air dengan minyak?

Hari ini dasar perjuangan UMNO sudah tidak releven dengan keadaan semasa yang memerlukan perubahan. UMNO dahulu memperjuangkan bangsa lebih dari Islam. Hasilnya 55 tahun orang2 bukan Islam tidak faham Islam walau pun duduk dalam BN. UMNO tidak membuat kerja dakwah, malah orang2 Islam sendiri hanyut dengan kelekaan kehidupan dunia dan semakin jauh meninggalkan amalan Islam dan perkara yang sangat penting ia itu solat sudah diabaikan.

Perubahan atau kefahaman bukan Islam kepada Islam sejak akhir2 boleh dikatakan bertambah baik bila mereka bersatu dalam PR. Perubahan atau kefahaman ini memerlukan masa yang panjang kerana bukanlah mudah untuk manusia berubah setelah sekian lama bersama UMNO yang tidak menghiraukan mereka dalam memberi penerangan tentang Islam.

InsyaAllah dengan usaha bersungguh2 PAS untuk menerangkan dan menunjukkan akhlak yang baik ini akan menjadi ikutan bukan Islam dengan syarat orang2 Melayu Islam juga wajib berubah dari sifat tamak, rasuah, hasad dengan, fitnah memfitnah dan caci mencari sesama Melayu Islam.

Saturday, 6 October 2012

MANDAT BESAR UMNO BN PRU 13 SATU MALAPETAKA


Selepas PRU 12 Perak di bawah PR telah mengadakan pemilihan ketua kampong secara pilihanraya. Siapa yang dapat majoriti jadi ketua kampong kemudian diadakan mesyuarat melantik AJK. Sebelum ini ketua kampong dilantik secara pilihan oleh ketua UMNO. JKKK yang mewakili orang kampong yang tidak tahu apa tugas ketua kampong. JKKK ujud, kampong macam itu juga mundur dan banyak binatang buas(jenayah)

“Persatuan JKKK(UMNO)) atau ketua kampong AJK(PR) tidak pernah pun didaftarkan di bawah ROS. Tujuan sebenar sama ada JKKK atau AJK(PR) ialah hendak memajukan kampong dan juga menjaga keselamatan kampong. JKKK di bawah UMNO kampong terus mundur dan pembangunan jauh api dari semanggang ikan bakar!

Kita tidak perlu menubuhkan persatuan yang bertujuan untuk kebaikan dan mesti berdaftar dengan ROS. Masalahnya akan timbul bila menentang arus perjalanan UMNO BN yang suka kepada maksiat.
UMNO tidak suka kepada persatuan yang hendak menegakkan kebenaran, keadilan dan mencegah maksiat. JIka  tujuan persatuan ditubuhkan untuk menentang UMNO atas maksud membongkar rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa maka bersedialah untuk menerima hukum haram, tak sah dan  sebagainya.

Ini adalah budaya UMNO BN. Selepas merdeka dah 55 tahun, kerja2 mungkar yang bermarajalela ini gagal ditegur atau dicegah oleh ahli2 UMNO sendiri terhadap pemimpin2 yang korup, tamak, dengki, khianat kepada bangsa Melayu dan Islam dan lain sifat terkeji.
Maka apabila diamalkan terlalu lama, maka rakyat dari kalangan pembangkang terpaksa bangun menentang, cukup setakat ini sahaja(enough is enough).

UMNO BN tidak boleh diberi mandat memerintah lagi. Rekod mereka tersangat buruk. Jika dibiarkah memerintah lagi, maksiat akan menjadi2, barang2 makanan akan naik lagi, petrol akan naik lagi, PTPTN tidak akan dapat percuma, TOL tidak akan hapuskan atau pun dikurangkan bayaran.

Saman polis trafik(AES) yang telah dipasang seluruh negara sekarang akan membebankan penguna kereta motor dan habis wang pekerja kerana bayar saman. Sistem ini bukan mendidik rakyat tetapi mendera rakyat kerana memperkayakan kroni  dan dalam masa yang sama mereka yang terlibat dengan penguatkuasaan ini juga ada habuan. Adakah rakyat suka menbayar saman kerana terleka menekan pedal minyak? Tidak masuk akal dengan kereta yang paling kecil CC nya seperti Produa Viva yang boleh capai kelajuan 160 kmj ini hendak dipandu pada kadar 60kmj atau 110kmj lebuh raya atau di kawasan2 yang memang dikenal pasti  menjerat pemandu? Matlamat UMNO BN hendak  mengumpul dana kerajaan UMNO BN! Adakah ahli2 UMNO BN terlepas dari saman ini? Kalau terlepas sila pangkah UMNO BN lagi dalam PRU 13!

Pakatan Rakyat menentang UMNO BN bukan atas dasar hasad dengki tetapi keadilan, jujur dan amanah dalam mentadbir dan mengurus negara Malaysia.
Rakyat yang cerdik, bijak, beriman dan bertaqwa kepada Allah swt  tidak dapat menerima rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa sebagai amalan yang berdosa ini diteruskan oleh kerajaan UMNO BN. Mereka yang menyokong perbuatan maksiat ini di akhirat pasti menerima azab walau pun mereka cukup baik amalan ibadat di dunia ini. Bersetongkol atau menyokong terhadap pemimpin2 yang jelas tidak Islamik ini adalah berdosa besar.

Thursday, 4 October 2012

DEBAT CARA PEMILIHAN PRESIDEN AMERIKA-MALAYSIA WAJAR CONTOHI



Deman pemilihan presiden Amerika sedang rancak berjalan. Perbahasan atau perdebatan panjang lebar masa hadapan ekonomi, bajet, cukai, pendidikan, penjagaan kesihatan dan masa depan Amerika itu sendiri sebagai pelindung dunia kononnya kata mereka perlu kepada perancangan lebih baik, masing2 mempunyai alasan tersendiri yang bersifat ras...

ional tanpa menyerang peribadi. Inilah politik matang pemimpin2 Amerika.

Malaysia perlu kepada perubahan berfikir diperingkat pimpinan seperti Perdana Menteri. Dunia semakin maju dan hakikatnya semakin dekat khiamat atau kemusnahan, kerosakkan oleh tangan2 manusia tetapi kehidupan harus diteruskan dengan perjuangan menegak Islam dan dalam Islam segala2nya sudah lengkap sama ada keadilan, keselamatan, keamanan dan lain2 lagi keperluan untuk kesejahteraan kehidupan manusia.

Pemilihan pemimpin2 sebenarnya mesti ke arah perdebatan begitu bukannya satu pihak membentang bajet dan takut untuk dibahaskan. PM yang jantan atau gentleman mesti berani berdepan dengan perdebatan bukannya kerana ada peluang hentam kemudian cabut lari. Ini PM pondan namanya.

TV, media elektronik dan akbar juga mesti bersifat jantan. Kritikan biar masuk akal bukan menyokong membuta tuli, memperbodohkan rakyat yang kurang cerdik. Media mesti bersikap adil dan anak jantan. Ini adalah masa depan negara bukan masa depan sesebuah parti yang semakin dibenci kerana mengamalkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang sekian lama, selama 55 tahun.

Semua pihak mesti melihat kepada kebaikan bukannya menyembunyikan kebaikan dan sama2 menyokong kemungkaran. Lebih malang dan lebih malu lagi sebagai Melayu Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang maha suci lagi maha adil dan dalam masa yang sama adalah pembuat maksiat dan dosa serta menghina Islam itu sendiri. Inilah sifat orang2 munafik!

Tuesday, 2 October 2012

APALAH ADA PADA BAJET


Bajet bukanlah penentu kejayaan sesebuah kerajaan. Kejayaan ditentukan oleh idea yang jelas atau realiti sebenar masyarakat yang dipimpin oleh seorang PM yang mempunyai sifat2 jujur, amanah dan ikhlas.

Bajet bila ada unsur2 yang disebutkan di atas akan memberi kesannya  positif. Biasanya bajet tidak dijadikan bajet sebenar tetapi lebih kepada memikat hati rakyat walau pun terpaksa bergolok bergadai dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini dan sausana PRU 13 yang kian hampir.

Hakikatnya bajet yang tidak jujur tidak akan memberi impak positif kepada golongan miskin.Bajet juga adalah alat yang berkesan dalam sausana PRU 13 untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, tetapi hakikat sebenar tidak begitu. Kebanyakkan rakyat  tidak faham erti bajet tetapi menilai bajet hanya berpandukan cakap2 orang dan akhirnya berjaya di pengaruhi dan hasilnya akan menjadi pengundi buta tuli!

Berapa ramai rakyat yang faham erti bajet? Mereka yang faham erti bajet hanya bab bonus, BR1M dan lain2 yang berbentuk wang. Ini adalah bahaya besar kepada sesebuah kerajaan ditambah dengan ekonomi semasa dunia yang tidak menentu, hutang negara yang membuncit dan juga cara  menyelesaikan masalah ekonomi yang tidak praktikal. Mengurang harga barangan seperti, petrol, bahan makanan, tol, pinjaman PTPTN sama ada dihapuskan atau dikurang adalah cara yang paling positif dari memberi dan terus memberi subsidi seperti BR!M, bantuan sekolah dan lain2. Dividen FGVH kepada peneroka Felda juga adalah sesuatu yang tak masuk akal kerana baru sahaja memasuki pasaram saham dalam masa dua bulan peneroka telah mendapat dividen RM400. Orang putih kata, ridiculous!

Rakyat tidak boleh buat apa2 selagi kuasa ditangan pemimpin2 yang tidak ikhlas memerintah. Mereka juga boleh membankrupkan negara kerana rakyat hanya boleh bertindak bila PRU baru diadakan, Itu pun jika rakyat ada kesedaran akal yang waras memilih kerajaan yang boleh dipercayai.

Rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi ketika ini untuk menukar kerajaan dari UMNO BN kepada PR tetapi yang menjadi penghalang besar kearah amal maarof ini ialah SPR. Jika SPR masih mempertahankan daftar pengundi yang sedia ada yang kononnya bersih, maka sebenarnya mereka menempah mala petaka yang lebih besar bila kejayaan berpihak kepada UMNO BN. Rakyat akan bangkit berdemo dan negara akan bergolak lebih hebat dari tsunami di Jepun.

Monday, 1 October 2012

SUBSIDI CANDU BARU

Bajet: Jangan terpikat dengan ‘candu’ BN, kata Pas

Dulu UMNO BN kata rakyat jangan jadi hamba subsidi. Siapa yang bagi subsidi, rakyat tak pernah minta pun! Siapa pula yang beri BR1M500, rakyat tak pernah minta dan mungkin tak bermimpi yang kerajaan UMNO BN ini sungguh pemurah dekat dengan PRU 13 ini!
Tiba2 kerajaan tarik subsidi gula dan hadiah kepada rakyat kos tambahan 20 sen sekilo sahaja tak banyak, dalam 20 sen tu ada RM bilion2 wang dengan alasan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, sedangkan subsidi ini boleh buat projek lain. Dalam duk peringatkan rakyat, bagi pula BR1M500 siri Bersih 1.0 dan BR1M250 dan 500 siri Bersih 2.0 pula.
Ini bukan rasuah, ini tanda penghargaan kerajaan UMNO BN kerana telah PR berjaya memerintah 4, 5 negeri dengan baiknya kalau dibandingkan dengan negeri2 yang diperintah oleh UMNO, ini mengikut ketua audit negara bukan saja2 diadakan! Hutang negara RM450 bilion lebih dan dijangka 1 trillion menjelang 2020, kalkulator biasa pun boleh kira sehingga 100 juta sahaja, ini kena guna bapa, tuk nenek kalkulator baru boleh kira!  ini masih sedikit dan tidak akan menjejaskan negara, rakyat jangan bimbang!
Mana rakyat tak bimbang lepas PRU 13, bila PR ambil alih kerajaan, wang dalam perbendaharaan kering kontang! Mahukah anak Dr.M, NFC,komisen kapal selam dan lain penyelewengan termasuk audit 2008 RM28 billion yang tiris itu dikembalikan semula kepada kerajaan PR sebelum penjara Sg Buluh memulakan kuliah dan bilik2 tambahan!

Friday, 28 September 2012

BAJET HANYALAH PENGHIBUR DUKA, DERITA TETAP BERTERUSAN


Setiap tahun bajet menjadi isu perbualan. Kepada orang cerdik melihat dalam konteks pelbagai, kepada mereka yang kurang cerdik atau bodoh2 cerdik melihat dalam konteks seolah2 bajet dapat meringankan beban perbelanjaan. Bajet bergantung juga kepada keadaan. Hampir kepada PRU 13, bajet “mesra rakyat” dan selepas menang PRU 13 jika di takdirkan UMNO BN memerintah semula untuk 4 tahun akan datang bajet menekan rakyat sehinggalah hampir PRU 14 nak cukup lima tahun, bajet menjadi lembut semula.

Apa pun kita melihat harga barang tidak ada yang turun, gula ditarik subsidi, dan harga dinaikan, hadiahkan kepada rakyat! Dalam memberi pelbagai insentif dalam masa yang sama dilepaskan  20 sen sekilo. Rakyat tak cerdik tak kisah kerana apa ada dalam 20 sen sekilo gula! Rakyat cerdik melihat dalam 20 sen sekilo gula ada RM billion. Ini sudah tentu dapat menampun hadiah BR1M!

Rumah penduduk miskin tetap senget, jalan tetap berlubang, parit tetap tersumbat dan kampung2 tidak banyak perubahan dari segi kemajuan walau pun bajet telah 55 tahun dan diulang setiap tahun. Apa yang kita nampak wakil2 rakyat hidup mewah, rumah besar banglo, kereta mewah dan rakyat di kampung2 tetap kais pagi makan untuk besok!

Siapa yang untuk untung berpanjangan? BR1M RM250 atau RM500 mungkin untuk bajet ini sahaja, Adakah bajet ini boleh meringankan beban rakyat? Wang sebanyak ini untuk meringankan beban setahun?. Kalaulah beras, gula, minyak masak, petrol, tol, PTPTN dan lain2 keperluan hidup dapat dikurangkan ke paras paling selesa, adalah lebih baik dari BR!M ini!. Inilah sebenarnya harapan rakyat, bukan hanya bantuan bermusim! Adakah rakyat melihat dalam konteks jangka masa panjang atau rakyat melihat dalam konteks jangka masa pendek?

Adakah rakyat setiap kali PRU nilai satu undi sama dengan nilai sehelai kain pelekat atau sehelai batik dan sekampit beras?

Mentaliti kita masih jauh dari negara maju. Di negara2 maju rakyat sudah cerdik. Penilaian mereka kepada manifesto dan perlaksanaannya. Mereka menilai apa yang berlaku disekeling dan wakil2 rakyat hanya boleh menipu sekali sahaja.

Profesor2 Universiti di negara2 maju kebanyakkannya mereka orang paling rasional dalam pemikiran dan tidak berpihak meluahkan pendapat, Mereka tersangat bertanggung jawab terhadap ilmu keduniaan kecuali ilmu yang bersangkutan dengan Islam, mereka curang.

Di Malaysia kita boleh kenal mana satu Prof kangkong dan Prof. yang komitted dengan ilmu. Ilmu boleh membuat kita cerdik dan ilmu juga boleh membuat orang lihat kita bodoh!



Wednesday, 26 September 2012

DULU KRISIS ELEKTRIK 1 MALAYSIA SEKARANG KRISIS AIR DI SELANGOR


Krisis air di Selangor(2012) nampak lebih kurang sama dengan krisis tenaga TNB semasa TS Ani Arofe menjadi CEO TNB dari tahun 1990-1996. Bezanya cuma air dan elekrik. Matlamat juga sama ia itu keuntungan kepada kroni. Melayu sesama Melayu boleh bergaduh kerana kuasa dan wang. Tetapi Melayu tewas kepada kuasa dan wang kepada taukey2 Cina dan India. Pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2 siapa punya?

IPP ditubuhkan oleh Dr. M kononnya tenaga elektrik tidak mencukupi berikutan krisis tenaga 1992. Perjanjian IPP dan TNB berat sebelah dan ditentang oleh TS Ani sehingga beliau tersingkir. TNB sebenarnya ada tanah yang tersedia untuk menambah besarkan pencawang elektrik di Paka dan di Pasir Gudang tetapi EPU atas desakan Dr. M mahu juga IPP kroni ditubuhkan. IPP atau pengeluar tenaga bebas ini adalah kroni Dr. M ini terdiri dari taukey Cina, Melayu, India semuanya jutawan2 hebat.

TNB bayar kepada IPP RM19 bilion(ribu juta) setahun bukan RM19 juta makcik dan pakcik ooi…

Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen nak charge sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen  kemudiannya. IPP lain kemudian  charge  caj 16 sen/ kwj. Campur kos lain TNB charge pengguna hingga  31.73 sen/kwj purata. Kenapa mahal? nak bayar IPP. Sekarang tenaga berlebihan, lebih dari  30% tak guna tetapi TNB kena bayar kerana dah dalam perjanjian. Siapa tanggung? Rakyat Malaysia.

Kos TNB seunit hanya 8 sen/kwj. IPP sepatutnya charge paling tinggi 12 sen/kwj dan ambil kira  kos lain harga yang TNB cadang ialah 17sen/kwj.

Kalau ikut tariff di bawah ini jika anda guna elektrik 400/kwj sebulan anda kena bayar purata 31.73sen/kwj x 400=RM126.92 sebulan. Ini dikira sangat mahal jika dibandingkan harga tawaran TNB yang dicadangkan oleh Ani Arope 17sen/kwj x 400= RM68 sebulan. Ini cerita 16 tahun dahulu. Kalau sekarang kalau naik 50% baru 17 sen + 8.5 sen=25.5sen/kwj. Dikira tariff masih murah belum lagi 31.73sen/kwj. 25.5sen/kwjx400=RM102 sebulan.

Mak cik pak cik duduk dikampung mungkin penggunaan tak sampai RM20. Sekarang bawah RM20 percuma. Kesianlah anak2 pak cik mak cik yang duduk di bandar2 semua kena bayar. Bagilah mereka senang sikit dengan memilih kerajaan baru dalam PRU 13 ini ia itu PAKATAN RAKYAT. Kami tak sabar2 anak2 pak cik mak cik nak juga hidup senang. Pemimpin2 dan ahli2 UMNO BN dah lama hidup senang lenang!


Harga sebenar yang rakyat kena bayar bil letrik:-

Tariff A - Domestic Tariff  
For the first 200 kWh (1 - 200 kWh) per month
sen/kWh
21.8
For the next 100 kWh (201 - 300 kWh) per month
sen/kWh
33.4
For the next 100 kWh (301 - 400 kWh) per month
sen/kWh
40.0
For the first 100kWh (401 - 500 kWh) per month
sen/kWh