PERHIMPUNAN KEBANGKITAN
RAKYAT PERAK DI SERI ISKANDAR 16 DIS MENGECEWAKAN KEBANYAKKAN RAKYAT PERAK.
Rakyat Perak datang beramai2
dari seluruh pelusuk negeri untuk mendengar ceramah yang berfaedah bagi
memantapkan keyakinan menghadapi PRU 13.
Penganjur mesti peka
kehendak rakyat, bagaimana rasa TGHA dari PAS bila nyayian seperti ini
dipersembahkan. Kita sudah cukup lara dengan lagu2 seperti ini di TV, radio.
Kalaulah nyayian seperti ini hendak ditunjulkan lebih pihak penganjur, beri tahu dalam poster2 program
ini ada pelawak bodoh dan nyayian rock supaya pak dan tok lebai berkupiah putih
tahu, ini alamat kecundang PR dalam PRU 13 kalau diamalkan seterusnya.
Hentikan segera program
seperti ini dalam majlis yang dihadiri oleh ulama dari PAS.
PKR dan DAP boleh menerima
program seperti kerana mereka bekas ahli UMNO!. Untuk datang bersusah payah hanya
hendak menonton persembahan yang tidak berfaedah ini lebih baik tidur kat
rumah! Hari2 dalam TV, radio rakyat Perak boleh tonton dan dengar lawak bodoh
dan hiburan yang melalaikan!
PAKATAN RAKYAT MESTI SERIUS
DALAM HAL INI.Jangan terbawa2 dengan amalan UMNO. Kita mesti lain dari yang
lain.
Kalau nak juga hiburan,
bawalah lagu selimut putih atau nasyid yang boleh membina kesedaran dan jati
diri bukan nyayian rock yang perangai belum tentu boleh berubah dengan sausana
Islam.
PAS kena berhati2 dalam hal
ini. Ini bukan masalah menjaga hati tapi masalah maksiat. Jangan kerana hendak menjaga
hubungan kita terpaksa bertolak ansur. Dasar PAS jelas, hiburan boleh tapi, ke arah
dakwah Islam.
No comments:
Post a Comment