Selepas PRU 12 Perak di bawah PR telah mengadakan pemilihan ketua kampong secara pilihanraya. Siapa yang dapat majoriti jadi ketua kampong kemudian diadakan mesyuarat melantik AJK. Sebelum ini ketua kampong dilantik secara pilihan oleh ketua UMNO. JKKK yang mewakili orang kampong yang tidak tahu apa tugas ketua kampong. JKKK ujud, kampong macam itu juga mundur dan banyak binatang buas(jenayah)
“Persatuan JKKK(UMNO)) atau ketua kampong AJK(PR) tidak pernah pun didaftarkan di bawah ROS. Tujuan sebenar sama ada JKKK atau AJK(PR) ialah hendak memajukan kampong dan juga menjaga keselamatan kampong. JKKK di bawah UMNO kampong terus mundur dan pembangunan jauh api dari semanggang ikan bakar!
Kita tidak perlu menubuhkan persatuan yang bertujuan untuk kebaikan dan mesti berdaftar dengan ROS. Masalahnya akan timbul bila menentang arus perjalanan UMNO BN yang suka kepada maksiat.
UMNO tidak suka kepada persatuan yang hendak menegakkan kebenaran, keadilan dan mencegah maksiat. JIka tujuan persatuan ditubuhkan untuk menentang UMNO atas maksud membongkar rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa maka bersedialah untuk menerima hukum haram, tak sah dan sebagainya.
Ini adalah budaya UMNO BN. Selepas merdeka dah 55 tahun, kerja2 mungkar yang bermarajalela ini gagal ditegur atau dicegah oleh ahli2 UMNO sendiri terhadap pemimpin2 yang korup, tamak, dengki, khianat kepada bangsa Melayu dan Islam dan lain sifat terkeji.
Maka apabila diamalkan terlalu lama, maka rakyat dari kalangan pembangkang terpaksa bangun menentang, cukup setakat ini sahaja(enough is enough).
UMNO BN tidak boleh diberi mandat memerintah lagi. Rekod mereka tersangat buruk. Jika dibiarkah memerintah lagi, maksiat akan menjadi2, barang2 makanan akan naik lagi, petrol akan naik lagi, PTPTN tidak akan dapat percuma, TOL tidak akan hapuskan atau pun dikurangkan bayaran.
Saman polis trafik(AES) yang telah dipasang seluruh negara sekarang akan membebankan penguna kereta motor dan habis wang pekerja kerana bayar saman. Sistem ini bukan mendidik rakyat tetapi mendera rakyat kerana memperkayakan kroni dan dalam masa yang sama mereka yang terlibat dengan penguatkuasaan ini juga ada habuan. Adakah rakyat suka menbayar saman kerana terleka menekan pedal minyak? Tidak masuk akal dengan kereta yang paling kecil CC nya seperti Produa Viva yang boleh capai kelajuan 160 kmj ini hendak dipandu pada kadar 60kmj atau 110kmj lebuh raya atau di kawasan2 yang memang dikenal pasti menjerat pemandu? Matlamat UMNO BN hendak mengumpul dana kerajaan UMNO BN! Adakah ahli2 UMNO BN terlepas dari saman ini? Kalau terlepas sila pangkah UMNO BN lagi dalam PRU 13!
Pakatan Rakyat menentang UMNO BN bukan atas dasar hasad dengki tetapi keadilan, jujur dan amanah dalam mentadbir dan mengurus negara Malaysia .
Rakyat yang cerdik, bijak, beriman dan bertaqwa kepada Allah swt tidak dapat menerima rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa sebagai amalan yang berdosa ini diteruskan oleh kerajaan UMNO BN. Mereka yang menyokong perbuatan maksiat ini di akhirat pasti menerima azab walau pun mereka cukup baik amalan ibadat di dunia ini. Bersetongkol atau menyokong terhadap pemimpin2 yang jelas tidak Islamik ini adalah berdosa besar.
No comments:
Post a Comment