Kenapa zakat boleh dilaksanakan dengan berkesan sekali sehingga wang zakat boleh dibuat harta karun. Setiap tahun zakat diumumkan dengan megah sekali, tahun ini kita dapat mengutip berjuta2 RM tetapi ramai Melayu Islam hidup dalam kemiskinan! Apakah sebenarnya yang membuat wang zakat ditajuk utama sedangkan solat tiada tajuk!
Spandok zakat yang berwarna
warni dipasang ditempat2 pilihan dengan hadithnya sekali, tetapi spandok yang
berkaitan dengan solat, tak nampak pun batang hidung! Kenapa? Jawapannya mudah.
Mata manusia zaman sekarang nampak ekonomi berteraskan wang. Kelebihan atau
keburukan atau azab meninggalkan solat tidak di war2kan diseluruh Malaysia .
Inilah di antaranya umat Islam tidak hiraukan solat. Solat tidak dapat wang dan
tidak nampak boleh menyelesaikan masalah manusia! Begitulah persepsi pentadbir
dan pengurus yang bertanggung jawab terhadap Islam. Majlis agama di masjid2 atau di surau2 kebanyakkannya dihadiri oleh mereka yang telah
cukup umur-pencen. Kita jarang sekali nampak orang2 mudi dalam majlis ini.
Orang2 muda menghadiri majlis di tepi tembok, merempit, hisap rokok kemudian
tahap ke hisap dadah dan hasilnya menjadi pencuri besi buruk, kabel elektrik,
telekom. Asal sahaja yang boleh dijual dapat wang segera akan menjadi mangsa.
Apakah yang bakal menimpa
Melayu Islam jika pemerintah yang ada sekarang tidak ada fikir Islam boleh
menyelasikan masalah manusia? Adakah yang menjadi pemimpin sekarang yang benar2
beriman dan bertaqwa kepada Allah swt?. Mereka lebih memikirkan bagaimana
hendak memajukan dunia dengan kebendaan walau pun terpaksa berhutang. Adakah
ini dikata pemerintahan yang berasaskan maqasid syariah yang didakwa oleh PM?
Ramai orang yang belajar
sejarah Islam tahu apa dia maqasid syariah. Ini suatu perkara besar untuk
dibincang dalam konteks Malaysia
sekarang kerana ada kaitan dengan kemulian ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Kalaulah pakaian pun kita
masih memakai tali leher ia itu pakaian Yahudi dan solat berjemaah pun kita
tidak amalkan, apakah yang kita hendak bangga dengan sunnah Nabi saw.
Akhir zaman manusia munafik
akan ramai muncul, ini bukan sahaja di kalangan ilmuan Islam tetapi mereka yang
bukan ahli Ilmuan Islam juga akan muncul atau jual Islam atas maksud untuk
mengekalkan kuasa yang penuh dengah kemungkaran!
Sekarang sedang berlaku
bermaharalela di Malaysia .
Siapakah yang bertanggung jawab untuk membenteraskan jejala maksiat ini kalau
bukan dari umat Islam sendiri? Anda yang menyongkong kerajaan yang tidak mahu
melaksanakan perintah Allah swt akan diazab sebelum mati dan selepas mati sudah
pasti azab ini akan berterusan. Melayu akan musnah bila Islam yang telah
dianuti dibiarkan dipermain2kan. Bangun umat Islam buat perubahan di PRU 13
dengan menukar kerajaan yang ada UMNO BN kepada Pakatan Rakyat , InsyaAllah,
Allah swt akan bantu pihak yang benar. Amiin.
No comments:
Post a Comment