Sistem raja berpelembagaan yang diamalkan di
Ketirisan atau guni baru ditampal
dan bocor sana sini bila terlalu padat dengan
wang juga mula pecah sana
sini kerana guni buatan tiruan, ini berdasarkan lapuran Ketua audit Negara setiap
tahun ada2 sahaja guni bocor kerana ditebuk tikus lapar yang bergigi musang!
Peruntukkan bajet hanya
berkisar kepada pembangunan, pentadbiran dan lain berkaitan dengan rakyat.
Bajet untuk negeri2 yag beraja dan yang
tiada beraja di Malaysia
tidak pula dibentang dalam bajet. Rakyat ingin juga ketahui berapa banyak wang
telah habis untuk selenggaraan istana, ubah suai itu ini, perabot lama ditukar,
elaun orang2 kaya, raja kecil besar dan lain2 lagi selain gaji, elaun itu ini.
Ini hak rakyat nak tahu bagaimana wang rakyat
yang diperuntukkan atau mungkin tambahan oleh kerajaan persekutuan selain
kerajaan negeri yang melimpah ruah. Rakyat hanya dapat BR1M RM500 setiap lima tahun sekali.
Begitu juga warga Felda
dapat durian runtuh katanya RM15,000 bahagi tiga, sampai sekarang dah dapat ke
belum semua wang itu. Bukan setakat itu sahaja ditambah pula dengan dividen RM400
kerana saham FGVH naik menjunam dari harga tawaran RM4.55 ke paras yang makan
modal sesaham, dah dapat ke belum? Baru2 ini ditambah lagi durian runtuh RM500
juta lebih kononnya untuk generasi kedua! Bertuahlah tuan2 yang menjadi
penaroka, rezeki melimpah ruah sehingga perbendaharaan dah tinggal lantai!
Gula naik RM0.20 orang kampong
kata naik sikit saja. Kerana RM0.20 kerajaan dapat tambahan berbilion RM dan
taukey gula senyum selalu. PM kata jangan makan gula banyak2 nanti kena kencing
manis, menteri kata jangan makan ayam kalau harga ayam mahal, makan saja telur
ayam. Telur ayam pun dah mahal! Bila daging lembu mahal, tak dengar menteri kata, makanlah telur lembu pula!
.
No comments:
Post a Comment