Bajet bukanlah penentu kejayaan sesebuah kerajaan. Kejayaan ditentukan oleh idea yang jelas atau realiti sebenar masyarakat yang dipimpin oleh seorang PM yang mempunyai sifat2 jujur, amanah dan ikhlas.
Bajet bila ada unsur2 yang disebutkan di atas akan memberi kesannya positif. Biasanya bajet tidak dijadikan bajet sebenar tetapi lebih kepada memikat hati rakyat walau pun terpaksa bergolok bergadai dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini dan sausana PRU 13 yang kian hampir.
Hakikatnya bajet yang tidak jujur tidak akan memberi impak positif kepada golongan miskin.Bajet juga adalah alat yang berkesan dalam sausana PRU 13 untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, tetapi hakikat sebenar tidak begitu. Kebanyakkan rakyat tidak faham erti bajet tetapi menilai bajet hanya berpandukan cakap2 orang dan akhirnya berjaya di pengaruhi dan hasilnya akan menjadi pengundi buta tuli!
Berapa ramai rakyat yang faham erti bajet? Mereka yang faham erti bajet hanya bab bonus, BR1M dan lain2 yang berbentuk wang. Ini adalah bahaya besar kepada sesebuah kerajaan ditambah dengan ekonomi semasa dunia yang tidak menentu, hutang negara yang membuncit dan juga cara menyelesaikan masalah ekonomi yang tidak praktikal. Mengurang harga barangan seperti, petrol, bahan makanan, tol, pinjaman PTPTN sama ada dihapuskan atau dikurang adalah cara yang paling positif dari memberi dan terus memberi subsidi seperti BR!M, bantuan sekolah dan lain2. Dividen FGVH kepada peneroka Felda juga adalah sesuatu yang tak masuk akal kerana baru sahaja memasuki pasaram saham dalam masa dua bulan peneroka telah mendapat dividen RM400. Orang putih kata, ridiculous!
Rakyat tidak boleh buat apa2 selagi kuasa ditangan pemimpin2 yang tidak ikhlas memerintah. Mereka juga boleh membankrupkan negara kerana rakyat hanya boleh bertindak bila PRU baru diadakan, Itu pun jika rakyat ada kesedaran akal yang waras memilih kerajaan yang boleh dipercayai.
Rakyat Malaysia mempunyai kesedaran yang tinggi ketika ini untuk menukar kerajaan dari UMNO BN kepada PR tetapi yang menjadi penghalang besar kearah amal maarof ini ialah SPR. Jika SPR masih mempertahankan daftar pengundi yang sedia ada yang kononnya bersih, maka sebenarnya mereka menempah mala petaka yang lebih besar bila kejayaan berpihak kepada UMNO BN. Rakyat akan bangkit berdemo dan negara akan bergolak lebih hebat dari tsunami di Jepun.
No comments:
Post a Comment