Thursday, 11 October 2012

BETULKAN DIRI SEBELUM BETULKAN ORANG LAIN



Kenapa UMNO sibuk dengan kerjasama PAS dan DAP sedangkan UMNO kerjasama dengan MCA,MIC tidak menjadi isu dan mereka juga menentang hudud! Malah UMNO sendiri sejak Dr. M lagi telah membenarkan bumiputra Sabah beragama Kristian menjadi ahli UMNO! Sekarang UMNO bukan parti Islam lagi! Sebab itu mereka memilih jalan berdiam diri hal isu murtad kerana nak jaga...

hati orang Sabah Kristian.

Bekas timbalan presiden PAS yang kecewa juga mempertikaikan kerjasama PAS dan DAP! Kalah menang dalam pertandingan adalah suatu lumrah. Dr. M yang UMNO dikatakan hebat memajukan kebendaan dunia pun dikecam oleh ahli2 UMNO sendiri sehingga letak jawatan! Kalaulah Nasha telah membuat masalah kepada PAS, PAS mesti bertegas untuk memecat beliau seperti Hasan Ali. Ini bukan soal PRU 13, ini soal ketaatan kepada parti. Biar dia cakap sebagai bukan ahli PAS. Mudah kita berhujah. Sekarang beliau masih ahli PAS dan boleh bercakap melawan arus. Ini sudah jelas duri dalam daging! KIta tidak boleh bercakap hendak mempertahankan prinsip tetapi kita juga ahli2 yang menentang prinsip.

Apakah yang dikatakan prinsip Islam? Rukan Islam+Rukun Iman=Iman+Taqwa.

Hari ini kita nak tanya orang yang mengaku Islam, adakah amalan ini kita amalkan. Ini adalah prinsip asas ke arah iman dan taqwa.

Luaran: Pakaian kita, ikut sunnah nabi saw? Kenapa takut nak pakai kupiah putih atau serban?
Kenapa lebih gemar pakai tali leher dan bow sedangkan dalam kitab mengatakan haram orang2 Islam yang memakai pakaian meniru pakaian Yahudi? Ustaz2 yang dikatakan ustaz masih gemar pakaian Yahudi ini! Kenapa Mat Sabu, Mahfuz, Salehudin dan lain2 yang ilmu pengajian dunia tidak memakai pakaian yang dipakai seperti TGNA dan TGHA. Dalam majlis agama mereka ini tidak menunjul pakaian Islam pun?
Memanjangkan janggut adalah wajib mengikut iman Shafie dan iman2 lain, Maliki, Hambali, Hanafi. Kenapa orang2 Pas hanya berjanggut sekelumit sedangkan menyimpan janggut panjang dan memendikkan misai adalah wajib bagi setiap lelaki. Kalau tak tumbuh janggut itu hal lain tetapi niat hendak menyimpan itu ada, pahala telah dapat. Ini adalah hadith Nabi Muhammad saw,
diriwayatkan oleh Muslim dan Termizi. Ini adalah sunnah Nabi saw. bukan sunat.

Dalaman: Adakah kita mengambil berat soal solat awal waktu bila azan dilaungkan dan berjemaah. Dalam kebanyakkan mesyuarat PAS, solat dilewat2kan walau pun mesyuarat itu setahun sekali.

Ramai lagi ahli2 PAS yang cuai dengan solat. Adakah tazkirah yang dibuat oleh ustaz menekan ibadat solat yang dikehendakki oleh Nabi saw?

Kejayaan manusia bila dapat taat perintah Allah swt dan ikut sunnah Nabi Muhammad saw barulah akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Selagi umat Islam gagal dalam perkara prinsip asas ini,maka janganlah cuba bercakap perkara ini! Betulkan diri dahulu kemudian sampai kepada orang lain, bukan betulkan diri orang lain sedangkan diri sendiri seperti ketam mengajar anak berjalan lurus!

No comments:

Post a Comment