Sistem demokrasi yang dicipta oleh bukan Islam ini adalah alat untuk memecah belahkan Melayu dan Islam. Kenapa Melayu Islam yang dikatakan beriman lagi bertaqwa ini gagal menerima sistem ajaran Nabi Muhammad saw sedangkan dalam masa yang sama membantah apabila Nabi saw dihina? Lagi biul dibuatnya! Sepatutnya Melayu Islam wajib menegakkan sistem Islam yang sebenar barulah boleh dikatakan Melayu orang2 Islam yang beriman lagi bertaqwa dan ikut al-Quran dan hadith.
Sistem demokrasi yang
diamalkan ini jelas tempat sarang pembiakan rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa. Dalam setiap PRU, amalan kemungkaran ini gagal dibenteras kerana
masing2 hendak berebut kuasa. UMNO BN yang telah lama berkuasa dan mereka adalah
kerajaan semasa yang menjaga wang rakyat telah menyalah gunakan kuasa dengan
menabur wang ini sebanyak yang boleh untuk mempertahankan kuasa. Ini adalah
perbuatan menyalah gunakan kuasa secara tidak jujur dan amanah. Sebenarnya
Melayu belum lagi jadi betul2 Islam dan beriman. Jika Melayu betul2 telah
menjadi Islam dan beriman, kemungkaran yang dilakukan sewenang2nya ini telah
lama dapat dihapuskan kerana kita faham makna kebaikan dan kejahatan. Setelah
55 tahun kita merdeka kejahilan Islam bukan semakin terhapus tetapi semakin
menebalkan kerana nafsu dunia semakin menebal dan iman semakin menipis.
Perpecahan Melayu juga adalah
disebabkan amalan demokrasi ini yang tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenarnya
dan akhirnya Melayu dan Islam yang rugi. Kita benci Yahudi tetapi sebenarnya
Yahudi hidup bersama kita!
Bolehkah Melayu bersatu jika amalan yang menjadi duri dalam
daging ini berterusan, jawapannya sehingga dunia khiamat pun Melayu tidak boleh bersatu. Jika Melayu tidak boleh bersatu, ajaran Islam yang kita
perasan kita amalkan sebenarnya adalahpalsu. Kalau ajaran Islam itu pun palsu,
mana boleh kita bersatu.
Hari ini ramai Melayu yang
dikatakan Islam tidak bersolat. Pemimpin2 Melayu Islam terutamanya kerajaan
UMNO tidak terasa bertanggung jawab dalam hal ini?. Siapakah yang sebenarnya
bertopengkan Islam dalam masa yang sama berpura2 mempertahan Nabi Muhammad saw
apabila baginda dihina?
PRU 13 ini teramat penting
untuk masa depan Melayu dan Islam. Oleh itu muhasabah diri untuk membuat
perubahan dengan memilih kerajaan baru PAKATAN RAKYAT, InsyaAllah PM PAS akan
merealisasi niat kita.
No comments:
Post a Comment