Semakin jauh kita meninggalkan 31 Ogos 1957, Melayu dan Islam semakin gawat. Kekuatan Melayu dan Islam semakin lemah dan sedang diserang depan belakang oleh pihak bukan Melayu dan bukan Islam dan lebih
Ini adalah satu ujian Allah
swt terhadap kerajaan UMNO BN yang semakin lemah dari sokongan Melayu dan juga
bukan Melayu. Bukan Melayu mencari jalan bagaimana hendak tambahkan kekuatan
bangsa, ekonomi masing2 dan dalam masa yang sama menyebarkan dakyah agama mereka
yang mensyirikkan Allah swt secara halus dan mangsanya ialah Melayu Islam
setengah masak(jahil).
Formula demi formula hasil
dari ciptaan akal manusia diperkenalkan, semuanya gagal. Melayu dan Islam
semakin gawat, baik dari segi ekonomi dan ajaran Islam itu sendiri.dan harapan
semakin bertambah jauh untuk menjadikan Islam amalan harian.. Masjid2 sunyi
selepas isyak dan ada yang dikunci bagaikan dewan orang ramai kerana takut
pencuri yang sentiasa memerhatikan barang yang boleh mendatangkan wang. Lebih malang pencuri itu sendiri
dari kalangan Melayu yang dikatakan menganut Islam!
Isu2 yang berupa putar belit
atau fitnah menjadi mainan parti politik kotor dan tidak nampak jalan
penyelesaian secara professional melainkan rakyat yang betul2 prihatin tentang
isu2 rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu sendiri dalam PRU 13 ini
bertindak dengan bijak untuk menguburkan UMNO BN. Itulah sahaja jalan terbaik bagi
menyekat kemungkaran yang tidak penghujungnya malah semakin hari semakin gawat
dengan jenayah berat, membunuh, merogol, meragut, mencuri, menyamun dan
pelbagai lagi me……yang menakutkan kita. Adakah keselamatan kita ada jaminan
untuk hidup aman? Adakah kita rasa selamat untuk meninggalkan rumah dan masjid
tanpa kunci? Jawapannya selepas PRU 13!
No comments:
Post a Comment