Krisis air di Selangor(2012) nampak lebih kurang sama dengan krisis tenaga TNB semasa TS Ani Arofe menjadi CEO TNB dari tahun 1990-1996. Bezanya cuma air dan elekrik. Matlamat juga sama ia itu keuntungan kepada kroni. Melayu sesama Melayu boleh bergaduh kerana kuasa dan wang. Tetapi Melayu tewas kepada kuasa dan wang kepada taukey2 Cina dan India . Pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2 siapa punya?
IPP ditubuhkan oleh Dr. M kononnya tenaga elektrik tidak mencukupi berikutan krisis tenaga 1992. Perjanjian IPP dan TNB berat sebelah dan ditentang oleh TS Ani sehingga beliau tersingkir. TNB sebenarnya ada tanah yang tersedia untuk menambah besarkan pencawang elektrik di Paka dan di Pasir Gudang tetapi EPU atas desakan Dr. M mahu juga IPP kroni ditubuhkan. IPP atau pengeluar tenaga bebas ini adalah kroni Dr. M ini terdiri dari taukey Cina, Melayu , India semuanya jutawan2 hebat.
TNB bayar kepada IPP RM19 bilion(ribu juta) setahun bukan RM19 juta makcik dan pakcik ooi…
Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen nak charge sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian charge caj 16 sen/ kwj. Campur kos lain TNB charge pengguna hingga 31.73 sen/kwj purata. Kenapa mahal? nak bayar IPP. Sekarang tenaga berlebihan, lebih dari 30% tak guna tetapi TNB kena bayar kerana dah dalam perjanjian. Siapa tanggung? Rakyat Malaysia .
Kos TNB seunit hanya 8 sen/kwj. IPP sepatutnya charge paling tinggi 12 sen/kwj dan ambil kira kos lain harga yang TNB cadang ialah 17sen/kwj.
Kalau ikut tariff di bawah ini jika anda guna elektrik 400/kwj sebulan anda kena bayar purata 31.73sen/kwj x 400=RM126.92 sebulan. Ini dikira sangat mahal jika dibandingkan harga tawaran TNB yang dicadangkan oleh Ani Arope 17sen/kwj x 400= RM68 sebulan. Ini cerita 16 tahun dahulu. Kalau sekarang kalau naik 50% baru 17 sen + 8.5 sen=25.5sen/kwj. Dikira tariff masih murah belum lagi 31.73sen/kwj. 25.5sen/kwjx400=RM102 sebulan.
Mak cik pak cik duduk dikampung mungkin penggunaan tak sampai RM20. Sekarang bawah RM20 percuma. Kesianlah anak2 pak cik mak cik yang duduk di bandar2 semua kena bayar. Bagilah mereka senang sikit dengan memilih kerajaan baru dalam PRU 13 ini ia itu PAKATAN RAKYAT. Kami tak sabar2 anak2 pak cik mak cik nak juga hidup senang. Pemimpin2 dan ahli2 UMNO BN dah lama hidup senang lenang!
Harga sebenar yang rakyat kena bayar bil letrik:-
Tariff A - Domestic Tariff
| ||
For the first 200 kWh (1 - 200 kWh) per month
|
sen/kWh
|
21.8
|
For the next 100 kWh (201 - 300 kWh) per month
|
sen/kWh
|
33.4
|
For the next 100 kWh (301 - 400 kWh) per month
|
sen/kWh
|
40.0
|
For the first 100kWh (401 - 500 kWh) per month
|
sen/kWh
|
No comments:
Post a Comment