ANTARA WANG HARAM DAN HALAL
Jumlah
wang haram keluar dari Malaysia meningkat 111 peratus daripada USD30.4 bilion
(RM94.27 bilion) pada 2009 kepada USD64.38 billion (RM199.58 bilion) pada 2010.
Kita
terasa gelisah dengan pemindahan wang haram Malaysia
ke luar negara, tapi dalam masa yang sama wang “halal” pekerja2 asing yang
berjuta orang dan berjuta2 RM juga keluar dari Malaysia. Adakah ekonomi kita tidak
terjejas dengan pekerja asing, walau pun gaji mereka tidak lumayan tapi bagi
mereka adalah lumayan bila ditukar dengan mata wang contohnya Bangladesh,
Indon, Nepal dan lain2 yang rata2 negara lebih miskin dari Malaysia. Hakikat sebenarnya
Malaysia menjadi miskin
kerana penyelewengan pengurusan oleh kerajaan UMNO BN. Jika Malaysia diurus dengan telus, maka Malaysia antara negara terkaya mungkin selepas Brunei.
Malaysia tidak boleh
menjadi negara maju kerana kebanyakkannya teknologi pembuatannya tidak di
otomatikkan sepenuhnya. Ini terbukti dengan kebanjiran pekerja asing peringkat
buruh bukannya professional seperti di negara maju.
Kebanyakkan
industri adalah bergantung kepada pelabur2 asing yang matlamat mereka mengambil
kesempatan dengan dasar Malaysia
yang begitu ghairah memberi peluang pengambilan pekerja buruh asing oleh syarikat2
kroni yang mementingkan keuntungan kocek sendiri dan tidak melihat kepentingan
jangka panjang Negara. Melayu oh Melayu.
Rakyat Malaysia yang
bertaraf buruh di anak tirikan dari segi gaji. Tidak ada pilihan lain melainkan
sanggup menerima gaji yang sama dengan pekerja ada harapan untuk bekerja.
Kehidupan rakyat Malaysia
tidak sama dengan pekerja asing yang tinggal di asrama dan makan berkongsi tiada
anak isteri yang ditanggung di sini.
Syarikat2
kroni ghairah mengimpot pekerja asing ini kerana keuntungan dan dalam masa yang
sama kerajaan mengambil kesempatan dengan memberi mereka hak mengundi, memberi
IC sementara dan ini adalah perbuatan berbahaya jangka masa panjang kerana bila
selesai mengundi mereka ini menyelinap masuk dalam masyarakat kerana kita tidak
kenal antara IC palsu dan ori. Sekarang pun kita melihat ramai antara mereka
sudah boleh menyewa kedai untuk berniaga dan trend ini semakin bertambah dan
akan bersaing dengan peniaga tempatan. Peniaga tempatan juga mempunyai sikap
bodoh dengan menyewa atau menjual premis perniagaan terutama yang dimiliki oleh
majlis bandaran dan kita curiga bagaimana mereka boleh dapat tempat2 ini kalau
tidak ada dalang kakitangan kerajaan tempatan yang bersetongkol dengan
mereka.
Pengaliran
RM Malaysia melalui pekerja asing sebenarnya lebih bahaya dari pengaliran wang
haram. Wang haram wang yang dikeluarkan oleh pihak2 yang kaya sahaja sedangkan
wang “halal” yang dikeluarkan oleh pekerja2 asing ini jangka masa panjang juga
boleh merosakkan ekonomi Malaysia.
Ingat mereka bukan pekerja professional, sekarang pun mereka selalu buat kacau
kalau pun tidak dalam bentuk pergaduhan dengan orang2 tempatan tapi persaingan
penggunaan barang2 makanan juga
menyebabkan harga barang2 melambung naik untuk mengisi perut masing2.
No comments:
Post a Comment