Thursday 30 August 2012

FAHAM ISLAM ADALAH TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH SWT.


Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, kata DR. Asri bekas mufti Perlis.

Baru insaf belum tentu faham Islam kata DR. Asri kepada Abby.

Ilmu terbahagi kepada dua. Satu ilmu masalah hukum hakam atau ilmu fiqah. Halal, haram, sah, batal, harus. Satu lagi ilmu kelebihan beramal. Misalnya kalau solat dapat apa?  Ilmu juga bukan menentukan seseorang itu beriman atau faham Islam. Ada ilmu hanya berilmu dan tidak diamalkan. Contoh seperti pensyarah Islam Yahudi yang mempelajari ilmu Islam dengan maksud untuk menyeleweng umat Islam. Mereka pakar dalam semua bidang Islam dan fasih berbahasa Arab tetapi mereka tidak beriman. Anak muridnya ada yang PhD. PhD dalam pengajian Islam belum tentu beriman tetapi hanyalah alat cari makan dan untuk menyesatkan umat Islam. Yang pasti PhD  dalam bidang sains tak boleh tipu. Kalau tak boleh bukti misalnya sesuatu sistem kejuruteraan tidak boleh berfungsi maka gagal untuk mendapat PhD. Dalam Islam mudah hendak dapat PhD, boleh buat thesis tentang kelemahan Nabi saw pun boleh dapat PhD kerana matlamat Yahudi itulah yang hendak selewengkan supaya boleh menyesatkan umat Islam dengan kelulusan PhDnya.

Ilmu Islam bukan penentu iman. Iman memerlukan taufik dan hidayah dari Allah swt. Ramai orang berilmu tetapi tidak beramal mengikut ilmu yang dimiliki. Ada orang kurang berilmu tetapi setiap ilmu itu diamalkan mengikut sunnah Nabi saw.

Ada orang Islam yang beriman tidak banyak soal jawab dalam mentaati perintah Allah swt. Mereka dengar dan mereka taat. Ada orang Islam banyak mengunakan akal dalam perintah Allah swt sehingga sanggup memberi pelbagai alasan. Dalam mentaati perintah Allah swt umat Islam sewajibnya diusahakan selepas merdeka lagi. Setelah 55 tahun merdeka masih belum nampak usaha kearah itu sehingga ke hari ini dan kita masih memberi alasan suasana belum sesuai atau kondusif, ini nampak jelas tidak boleh diterima. Adakah kita mesti menunggu 55 tahun lagi untuk melaksanakan hudud sedangkan suasana dan persediaan gagal dibentuk dari sekarang!

Apakah kita tidak yakin dengan hudud untuk menyelesaikan masalah gawat umat Islam hari ini setelah undang2 ciptaan manusia terbukti gagal?. Adakah hudud yang diamalkan di Afghanistan, Pakistan itu mengikut hudud yang sebenar atau menyelewengan dari kehendak hudud yang sebenar. Adakah kita nak kata hudud akan menyebabkan ketidakadilan, orang Islam mencuri kena potong tangan sedangkan orang bukan Islam terlepas. Apakah  sebenar atau alternatif masalah gawat umat Islam hendak di atasi? Adakah hukum atau makanisme yang lebih baik dari hudud?




Wednesday 29 August 2012

ISLAM LEMAH DI BAWAH PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Suruhanjaya Reid yang telah mengubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam artikel 3(1) hanya menyatakan agama Islam adalah agama persekutuan.

Islam hanya agama persekutuan. Ini satu kelemahan  atau perangkap Inggeris untuk melemahkan Islam sahaja kerana kekuatan dari segi undang2 Islam tidak ada. Ini juga satu muslihat Inggeris supaya selain dari undang Inggeris, undang2 lain terbatal kerana definasi agama persekutuan tidak ditekan dengan penguatkuasaan undang2 syariah. Inggeris sendiri tahu atau cuma hendak melihat pemimpin2 UMNO pada masa itu peka atau tidak tentang perangkap mereka. Akhirnya mereka berjaya  memerangkap pemimpin2 UMNO yang hendak sangat merdeka. Kemungkinan juga mereka dilatih supaya jangan bangkitkan undang2 syariah atau hudud. Jika hudud dibangkit alamat tak merdekalah lagi kita. Tetapi yang peliknya kita tidak dijajah seperta kata Prof. kangkong, kita dinaugi atau dilindungi sahaja. Tetapi kenapa setiap 31 Ogos kita sambut merdeka?

Dengan terciptanya perlembagaan ini bermakna Malaysia telah menjadi negara sekular bukannya negara Islam. Bagaimana boleh jadi negara Islam sedangkan perlembagaan Inggeris? Bila sebut negara Islam, hudud otomatik menjadi perlembagaan Negara.

Kita orang2 Islam memang menentang tidak kira Karpal Singh atau Donald Lim atau bukan Islam lain yang menentang hudud tetapi kita juga telah diperbodohkan oleh Inggeris sehingga undang2 digubal terlalu lemah untuk menegakkan hudud. Jika kita masih mengagong2kan atau masih mempertahankan perlembagaan persekutuan ini tanpa berani membuat pindaan maka sehingga dunia khiamat umat Islam akan dicabar oleh bukan Islam.

Bolehkah kita buat pindaan ini jika UMNO  juga tumpang sekaki menentang hudud?

ISU SAHAM FGV

ISU FGV(FELDA GLOBAL VENTURES)

Peringkat pertama kenapa bank terlibat dengan pinjaman? Bila Mazlan bising kenapa tiba2 pinjaman beralih ke Felda? Inikah yang dikatakan ada unsur2 hendak menipu peneroka? Malaysia kalau tidak ada pembangkang yang kuat dah lama lingkup dan ...mungkin telah tergadai dengan puak2 yang menunjul diri pandai dalam segala2nya! Kalau kita perhatikan cara pentadbiran dan pe...

ngurusan kerajaan UMNO BN, kalaulah Malaysia ini sebuah syarikat, kita kata Malaysia Sdn. Bhd yang berniaga minyak kelapa sawit dengan negara luar, cara mereka berniaga bukan sahaja rugi malah telah pun bankrap kerana putar belit. Banyak perkara rahsia dalaman yang kita tidak tahu tetapi kita tahu kerana kita dapat menilai cara mereka memberi penjelasan yang merapu.
Peneroka hanya perlu bayar balik RM50 sebulan tanpa faedah selama 5 tahun. Kalau tak kerana pembangkang yang menimbulkan isu ini, peneroka sudah lama kena tipu dengan kerajaan dan bank buat untung lumayan!

Kita tak bagi (pinjaman ini) sebelum ini sebab kita tak jangka berapa keuntungan yang kita dapat. Tapi akhirnya kita dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion untuk FGV, jadi kita ada dana lebihan untuk kita bantu lagi peneroka," katan Ahmad Maslan.

Dari mana dapat duit sebanyak itu tak jelas. RM10 bilion tu tersilap angka ke? Macam pak pandir atau nujum pak belalang sahaja main jangka2 sahaja keuntungan dah dapat? Ini sudah kira seorang ahli perniagaan yang cemerlang, gemilang atau temberang?

FGV telah pecah rekod baru berniaga 2 bulan telah boleh bayar dividen RM400 kepada setiap peneroka. Kalau kita melabur ASN nak dapat dividen kena tunggu setahun! Tawaran saham dari RM4.55 naik RM5.02 dalam masa dua bulan! Hebat sungguh kerajaan UMNO BN berniaga menjelang PRU 13 ini! Kita tunggu 2 bulan lagi atau hujung tahun nak lihat saham ini boleh naik paling lekeh pun RM1.00. Kalaulah ditakdirkan turun tak usah banyak RM4.50, kita sama2 lihat reaksi kerajaan UMNO BN nak kata apa. Peneroka kena bayar juga hutang RM50 sebulan tanpa faedah! saham naik ada dividen, kalau rugi siapa tanggung hutang walau pun RM50?

Tuesday 28 August 2012

FGVH(FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING)

FGVH(FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING)

Selepas dua bulan disenaraikan FGV telah boleh bagi dividen RM400 seorang, inilah yang dikatakan real business man. Kalaulah dua bulan dividen RM400.
Setiap bulan RM200. kalau setahun RM2400. Setahun dapat dividen RM2400. Wow, modal RM15,000 sebagai umpan. Setahun untung dividen RM2400 tanpa modal! Inilah yang dikatakan tuah pokok kelapa sawit!
Peneroka tak perlu keluar duit sendiri atau pinjam bank. Peneroka di dahulukan. Malah peneroka mendapat durian runtuh RM15,000 sekeluarga.
Apa yang ada dalam Felda? Lebih kurang 50 kerusi Parlimen dan ADUN lebih kurang 90 kerusi. Sebab itu peneroka menjadi anak emas UMNO BN.
800 unit saham setiap orang setiap saham harga tawaran RM4.55 lepas dua bulan naik RM5.02. RM5.02-RM4.55=RM0.47 senx800 unit=RM376. Felda bayar RM400 setiap peneroka.Perbezaan RM400 – RM376= RM24 ini siapa tanggung?
Ini matematik moden ke atau matematik tambahan atau matematik tak ketahuan ke!

Tuesday 21 August 2012

BILA MELAYU JADI ISLAM KENAPA MELAYU JADI PENAKUT?


Semakin Melayu Islam jadi penakut semakin berani pula bukan Islam menjadi menghina Islam. Mereka tidak menghina Islam tetapi menghina hudud. Ada Melayu kata bukan Islam tidak menghina Islam tetapi hanya menentang hudud. Sebab itu UMNO, mufti2. Majlis fatwa dan ulama2 mereka membisu kerana ada pengasas pondok kata sokong DAP haram. DAP itu kafir harbi dan MCA kafir zimmi. Kedua2 menyembah berhala. DAP menentang Islam kerana berkawan dengan PAS sedangkan MCA taat kepada pemerintah Islam UMNO kerana UMNO anggok apa yang MCA kata!

Akhirnya siapa yang untung. Untung di sini bukan untung wang tetapi untung sama ada dapat syurga atau neraka. UMNO kata Islam yang mereka anuti mengikut sunnah Nabi saw. Sunnah Nabi saw ini bukan barang mainan yang boleh dipermain2kan.

Seorang mat saleh bukan Islam bertanya adakah kamu orang Islam? Mat saleh ini banyak tahu hal Islam cuma dia belum Islam tetapi dia banyak maklumat dengan membaca dan mengkaji apakah yang dikatakan sunnah Nabi saw. Jika anda jawab ya anda akan terperangkap dengan kebodohan sendiri. Jika anda jawab tidak anda mungkin dianggap murtad! Tidak ada orang Islam yang sanggup mengaku bahawa dia bukan Islam. Kerana takut jadi murtad tetapi ada orang Islam yang dah mengaku Islam tetapi sanggup jadi murtad kerana jahil amalan Islam pada dia tidak ada apa2 kerana sausana di luar sana bila2 masa sahaja boleh buat pilihan. Iman rosak ulama, mufti bukan tahu. Hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Nak mengenali sama ada seseorang ikut sunnah Nabi saw bukan susah. Caranya sangat mudah semudah ABC!
Berikut tanda2 sunnah Nabi saw atau tidak adalah seperti berikut:-
1.         Jika pemerintah adakah dia amanah, jujur dan ikhlas?
2.         Masjid makmur atau sunyi setiap lima waktu solat 
                fardhu?
3.         Adakah semua lelaki baligh bersolat berjemaah?
4.         Adakah pakaian lelaki berberjubah dan berserban atau
                bersongkok atau bertali leher? Bertali leher itu pakaian
                Yahudi.
5.         Kalau dia sebagai pemimpin dia sentiasa menjadi iman
                solat kepada rakyat?
6.         Adakah dia sentiasa peka dengan perkara dosa seperti
                memfitnah, video lucah yang memburukkan keaiban
                orang lain?
7.         Bila berucap adakah ayat2 al-Quran atau hadith Nabi  
                saw yang dibaca supaya rakyat ada fikir kepentingan  
                amalkan ajaran Islam?

Ini adalah 0.01% sahaja tanda2 ada sunnah atau tidak. Jika 7 senarai di atas pun masih jauh sebenarnya seseorang itu belum lagi Islam . Untuk beriman dan bertaqwa adalah tersangat jauh. Nilai diri sendiri dahulu sebelum menjawab!



Sunday 19 August 2012

MELUDAH KE LANGIT JATUH KE MUKA SENDIRI

Najib nasihat ahli UMNO jangan putus asa juang hak

Syor UMNO juang hak Melayu dan Islam:-
1. Dapatkan semula Singapura yang telah diberi percuma kepada Lee Kuan Yu oleh Tunku A Rahman dan dapatkan balik batu Putih.
2. Gantikan tanah simpanan Melayu yang telah digadai. Selepas merdeka tanah simpanan Melayu ada 3 juta hektar sekarang tinggal lebih kurang 1 juta hektar sahaja.
3. Semua bandar2 besar rumah2 kedai dimiliki oleh orang2 Cina. Hentikan tanah2 strategik di bandar2 dari dimajukan oleh pemaju swasta Cina dan UMNO wajib memajukan tempat ini untuk orang2 Melayu berniaga. Sekarang orang2 Melayu menjadi pendatang menumpang berniaga dikaki lima kedai Cina.
4. Selesaikan masalah orang2 Melayu Islam yang tidak bersolat dan seterusnya menjadi murtad. Makmurkan masjid2 dan surau dengan aktiviti tazkirah dan solat berjemaah.
5. Hentikan impot pekerja asing yang tidak berpelajaran yang bekerja sebagai hanya operator sedangkan pekerjaan ini boleh dibuat oleh orang2 tempatan dengan memberi gaji yang sesuai. Mereka ini sebenarnya sebahagian gaji mereka wang Malaysia mengalir ke negara mereka sedangkan kerajaan hanya mendapat sedikit cukai dari syarikat yang sememangnya tidak akan jujur mengisytiharkan cukai sebenar. Mereka menjadi pesaing kepada rakyat tempatan untuk mendapat barangan makanan muruh. Kerana mereka barangan makanan melambung naik!
6. Harga barangan makanan sekarang cukup mahal berbanding dengan pendapat rakyat bawahan yang berpendapatan di bawah RM3 ribu dan ada yang di bawah gaji minima cadangan kerajaan RM900.
6. UMNO bukan kerajaan UMNO BN semestinya mengujudkan lebih banyak hospital swasta yang bayaran berpatutan sebagai tanda kemajuan orang2 Melayu dalam bidang perubatan. Hari ini kita lihat hospital swasta dan persatuan orang2 Cina dan India cukup berjaya mengatasi orang2 Melayu yang kononya menjadi tuan kepada Malaysia.
7. Hentikan sifat tamak bila dilantik menjadi wakil rakyat dengan berlagak mewah dengan memfaraidkan peruntukan sepatutnya untuk kemajuan rakyat dikawasan di bawahnya, tiada yang tertinggal tiada yang terpinggir tetapi rakyat miskin bersepah.

Ini adalah di antara 0.1% kelemahan UMNO wajib di perjuangankan, Kalaulah ini pun gagal setelah 55 merdeka maka dinasihatkan hentilah nak juang hak Melayu dan Islam. Sudah sampai masanya rakyat wajib desak kerajaan UMNO BN letak jawatan secara terhormat sebelum disingkirkan dalam PRU 13 ini.

Saturday 18 August 2012

MASALAH DALAM MASALAH


Kalaulah Karpal Singh menentang hudud juga bermaksud menentang Islam kenapa Nasharuddin masa dalam PAS beriaya2 sangat hendak mengujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO sedangkan UMNO lagi terang menentang  hudud. Bukankah UMNO lebih teruk dari Karpal? Bila dalam PAS susah nak bersuara kut! Tak laku. Kadang2 betul juga tetapi bila kita duduk dalam parti yang ada ketua yang mungkin tidak sependapat maka kalau tak sabar kena angkat kakilah. Tetapi yang menjadi masalah bila kedua2 pihak pula akan ujud masalah. Masalahnya ialah kedua2 pihak tak boleh duduk diam. Satu pihak akan “bongkar” pekong dan satu pihak lagi terpaksa tutup pekong. Itulah kerja kita hari2 berdepan dengan masalah. Masalah yang paling besar yang masih jauh dari penyelesaian ialah masalah besar. Apa masalah besar? Masjid lepas raya kembali kosong, murtad atau yang mensyirikkan Allah swt semakin bertambah. Begitulah keadaan orang2 Islam hari ini yang sentiasa bermasalah dengan politik, Islam dan bangsa Melayu itu sendiri yang tidak ada berkesudahan.

Kadang2 ada betulnya juga pendapat seseorang itu berhubung dengan perjuangan PAS yang sentiasa bermasalah dengan DAP dan mungkin juga PKR yang bukan Islam. Dalam dunia ini semua agama atau fahaman menentang Islam. Islam itu tunggal. Islam itu juga percaya dan yakin dengan Allah swt. Lain2 agama atau fahaman sentiasa mencari “kesalahan” Islam.

Mereka bukan Islam hanya setuju dengan perbankan Islam sahaja selain dari itu mereka akan menentang. Kenapa mereka setuju dengan perbankan Islam sebab ekonomi atau keuntungan lebih kurang macam bank Yahudi juga. Begitu juga dengan zakat kenapa diwar2kan seluruh ceruk ditambah dengan slogan dan sepanduk2 yang menaikkan semangat pembayar zakat, ini juga kerana wang. Kenapa solat yang terpenting selepas dua kalimah syahadah tidak diwar2kan sedemikian hebat? Jawapannya solat tak boleh masyuk wang!

Akhir zaman akan berlaku manusia jual Islam kerana wang. Nampak memang baik tetapi jika dikaji2 akhirnya apa sahaja yang dibuat adalah kerana wang dan harta benda dunia.

Bila Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad saw tidak diikuti 100%, bermulalah masalah. Untuk selesaikan masalah yang bermasalah ini tiada ada cara lain umat Islam kena buat kerja dakwah. Siapakah yang buat kerja dakwah ini? Siapa yang ada buat pergorbanan boleh jawab. Siapa yang jadi juru tunjuk, cari keburukkan orang lain maka masalah tetap akan kekal masalah.

Tuesday 14 August 2012

JIHAD RAKYAT MALAYSIA PRU 13


Inggeris adalah penjajah yang memang jahat lagi zalim dan matlamat mereka menjajah adalah kerana hendak  mengorek segala hasil bumi sesebuah negara dan dalam masa yang sama mengembangkan ajaran Kristian.

Mereka menjajah sehingga rakyat  mula terasa ditindas dan bangkit menentang penjajah. Penentang penjajah seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela. Dr Burhanuddin, Muhamad Indera dan ramai lagi yang pada masa itu bukan ahli UMNO tetapi atas semangat Islam dan Melayu mereka berjuang hingga terkorban nyawa.

Penjajah juga tahu mereka tidak boleh menjajah selama2nya kerana bila rakyat cerdik mereka terpaksa berundur.  Dalam masa menjajah mereka juga mendidik fikiran pemimpin2 rakyat dengan cara fikiran mereka supaya apabila mereka meninggalkan sesebuah negara tersebut ajaran jahat dan zalim mereka dapat diteruskan oleh pemimpin2 yang telah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan yang mereka telah ajarkan supaya hubungan tidak terputus!

Penjajah telah serap pemikiran yang jahat ia itu jangan sekali2 menegakkan hukum Islam dan fahaman ini telah berjaya dididik dengan begitu berkesan. Di antara parti yang berjaya mendidik fahaman ini ialah UMNO. Sebelum merdeka dan selepas merdeka penghayatan fahaman ini telah membuat mereka yang terlibat begitu tertarik dengan fahamam yang boleh menjahanamkan Melayu dan Islam ia itu pisahkan Islam dari politik.

Bila Malaysia mendapat kemerdekaan  hasil dari perjanjian yang akhirnya menyusahkan Melayu dan Islam, UMNO tidak menumpukan kepada dakwah kepada orang2 bukan Islam tetapi lebih kepada pembangunan kebendaan. Hasilnya kita sekarang berdepan dengan bukan Islam yang memang bercita2 untuk menguasai ekonomi, politik dan menentang Islam. Di antara kejayaan orang2 bukan Islam Cina mereka telah berjaya memujuk Tungku A. Rahman supaya mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Inilah satu kesilapan yang paling besar pemimpin UMNO telah lakukan.

Selepas beberapa PM UMNO memerintah, dakwah Islam tidak juga berkembang. Hanya PERKIM sahaja diharapkan untuk mengislamkan bukan Islam dan badan ini bukanlah badan dakwah yang pergi memberi penerangan tentang Islam kepada bukan Islam tetapi hanyalah badan yang menunggu sahaja kalau2 bukan Islam hendak masuk Islam. Cara Nabi saw baginda pergi kesetiap lorong dan jumpa manusia menyampaikan Islam tidak dibuat.

Kesan dari pemeritahan UMNO ini bukan Islam sehingga sekarang sudah 55 tahun merdeka MCA, MIC masih tidak faham Islam. PRU 12 bila PR menang besar dan bergabung dengan DAP, barulah Islam sedikit demi sedikit bukan Islam faham tetapi masih belum cukup faham sebab PAS pun masih berdepan dengan UMNO, MCA dan MIC sebagai penghalang atau batu api dan membisu bila MCA menentang hudud. Suatu ketika dahulu DAP juga penentang yang kuat tetapi selepas berkawan dengan PAS ramai dari mereka mulai faham Islam. Kefahaman tentang Islam ini bukanlah perkara mudah setelah 55 tahun dibiarkan oleh UMNO. Kefahaman tentang Islam ini juga bukan setakat bukan Islam tidak faham malah ramai Melayu Islam yang terus keliru dengan amalan UMNO ini. Perkara yang sangat mengelirukan ialah dalam negara Islam masih ada judi, arak, maksiat muda mudi dan paling dahsyat ramai telah menjadi murtad dan tidak lagi mengamal cara hidup Islam. Masjid menjadi sepi, tempat2 hiburan dan maksiat menjadi tumpuan muda mudi Islam. Pemimpin2 UMNO melihat amalan ini seperti tidak ada apa2 yang hendak dicegah malah ramai anak2 ahli mereka terjebak dengan maksiat.

PRU 13 ini semua rakyat Malaysia yang sayangkan Melayu dan Islam telah sampai masanya rakyat diwajibkan menumbangkan UMNO BN untuk selamatkan Malaysia dan juga orang2 beriman dari bala bencana yang Allah swt yang bila2 masa boleh turunkan kerana perbuatan maksiat dan kemungkaran yang gagal dicegah.

Thursday 9 August 2012

JANJI WAJIB DITEPATI


Melayu Islam menipu Melayu Islam yang lain untuk terus berkuasa dan hidup dalam maksiat  sedangkan menipu itu haram dalam Islam. Kelantan Melayu Islam dan yang memerintah persekutuan juga Melayu Islam. Kalaulah sudah sama2 bangsa dan Islam kenapa ujud sifat tamak, sombong, takbur dalam diri? Untuk apa kita berbalah kerana harta dunia yang fana ini. Minyak adalah hak Allah swt. Kita manusia diamanahkan supaya menjalan urusan dan mentadbir dengan adil bukan untuk berkelahi dengannya. Keberkatan akan ujud bila umat Islam jujur dan amanah. Apakah dengan melimpah ruah rezeki yang Allah swt berikan kepada kita untuk kita menjadi tamak, kedekut, penting diri sendiri? Bila sampai satu masa nanti Allah swt murka ditarikNya balik minyak masing2 mengigit jari! Tak cukupkah lagi wang dan harta yang melimpah ruah(halal, haram tak taulah) yang kerajaaan dan pemimpin2 UMNO ada sehingga sanggup mengeluarkan bantuan kepada rakyat seperti BR1M, bantuan buku sekolah, bonus kepada peneroka Felda yang berbilion itu sehingga nak kering perberhadaraan dan royalti ini apalah sangat lagi pun membantu sesama2 Islam dan ini hak Kelantan. JANJI WAJIB DITEPATI dan JANJI WAJIB BERSIH? Jangan nanti rakyat Kelantan kata kerajaan UMNO MUNGKIR JANJI. mungkir janji sifat orang munafik!

HANYA PENGASAS PONDOK BUKAN ULAMA


Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.

Kenapa beliau tidak berkata umat Islam tidak boleh menyokong MCA dan MIC kerana haram serta berdosa.

Jika DAP digelar kafir harbi, MCA dan MIC pula  kafir  apa? Beliau mungkin hanya pengasas bukan ulama. Pengasas tidak mestinya ulama. Mungkin hanya beri tempat untuk didirikan Pondok sahaja. Kalaulah beliau seorang ulama masakan beliau begitu jahil seperti UMNO juga!

Semenjak DAP berkawan dengan PAS, banyak ahli2 dan pemimpin mereka belajar tentang Islam. Malangnya MCA dan MIC telah berkawan dengan UMNO sudah 55 tahun sehingga sekarang MCA dan MIC masih dalam jahil murakat kerana UMNO tidak ajar mereka tentang Islam. UMNO ajar MCA dan MIC bagaimana hendak tambah kedai judi, kedai arak dan buat projek supaya dapat banyak komisen dan MCA ajar UMNO kalau nak berjaya kena amalkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Ini fatwa individu yang jahil. Nabi saw tidak pernah membuat fatwa seperti ini. Nabi saw setiasa berfikir bagaimana semua orang kafir dapat beriman kepada Allah swt. Hari ini kita membenci orang kafir kerana mereka bukan Islam. Kalau orang2 Islam tidak membuat kerja dakwah terhadap orang2 kafir masakan mereka faham Islam dan adakah kita hendak menjauhkan diri dan terus menghina mereka? Ini bukan sifat Nabi saw. Bagaimana di akhirat nanti kita hendak memohon syafaat dari baginda sedangkan semasa hidup di dunia kita leka dengan kerja kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan caci mencaci.

Wednesday 8 August 2012

KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH BERKAT


Setiap hari ada sahaja berita bunuh, rompak, mercun, ragut,rogol dan jenayah berat.  Dahulu ada seorang SU kementerian yang berkaitan kata Malaysia negara yang selamat didiami. Mungkin maksud di hutan Pahang atau mana2 hutan yang tiada manusia agaknya yang selamat tetapi terpaksa menghadapi masalah binatang ganas pula seperti beruk, monyet, buaya, harimau dan lain2 spesis.

UMNO BN dan ulama upahan luar negara mendakwa Malaysia negara Islam. Baru datang tiga hari dan tinggal di hotel mewah boleh buat fatwa seolah2 dia warga Malaysia yang tinggal tetap di sini.

Kalau ikut pengambilan anggota polis sekarang ini telah banyak berkurangan kerana telah terlalu ramai polis direkruit di masa yang lepas.

Sejak perkembangan pembangkang yang sungguh mengalakkan di saat hampir PRU 13 ini, tugas polis pun semakin banyak kerana menjaga dan menangkap pembangkang yang membuat “jenayah” seperti membongkar penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa. Mungkin selagi pembangkang aktif membongkar kes2 yang boleh melemah jantung ini maka polis setiap 10 orang pembangkang 1 anggota polis. Kalau rakyat Malaysia ada 28 juta maka polis mesti ada 2.8 juta orang. Itu pun kalau UMNO BN ada umur memerintah. Kalaulah ditakdir ajal awal maka PR kena semak semula anggota polis ini, mana yang tak perlu tamat perkhidmatan awal.

Adakah kita akan bebas dari jenayah berat pada tahun 2020, lagi 8 tahun? Atau tahun 2020 nanti rakyat terpaksa kena guna baju kalis peluru, itu pun kalau UMNO BN ada lagi. Rakyat kena berdoa supaya PRU 13 ini kerajaan baru PR yang lebih telus diharapkan mengambil alih tampok pemerintah, maka tahun 2020 nanti kalaulah dunia ini tak khiamat dapatlah rakyat tinggal di rumah2 tanpa kunci, masjid2 boleh dibuka 24 jam, longkang2 yang ada penutup besi kita gantikan dengan penutup besi waja yang berkrom dan longkang2 dan jalan2 tersumbat dibaiki, nampaknya Malaysia akan bertukar wajah menjadi Malaysia yang gemilang, cemerlang dan tidak temberang. Rakyat Malaysia terutamanya orang2 Melayu Islam akan ramai mengimarahkan masjid, keberkatan mencurah2 turun dari langit dan bumi.

Adakah harapan yang murni ini rakyat akan capai? Jawapannya jika UMNO BN tiada lagi. Rakyat memerlukan satu perubahan yang besar untuk menukar wajah Malaysia yang terkenal di dunia di antara negara yang tidak selamat didiami. Mungkin ada orang bodoh kata, kalau  tinggal di Malaysia tidak selamat, pindah sahaja ke negara lain! Jawapannya mudah rakyat tidak payah pindah ke negara lain tetapi pindahkan UMNO BN ke lubang kubur dalam PRU 13 pasti Malaysia akan bertukar wajah yang lebih baik.

Tuesday 7 August 2012

TIDAK BERSOLAT AJARAN SESAT NO.1


Kuasa, wang dan wanita boleh tumbangkan sebuah kerajaan. Lebih malang kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam juga terlibat dengan dengan amalan ini kerana sebenarnya mereka hanya bertopengkan Islam. Hakikat sebenarnya mereka adalah kerajaan yang mirip kapada amalan kapitalis, sosialis atau kuminis. Kerajaan Islam tidak akan meredhai amalan kafir ini diamalkan jika iman dan taqwa kepada Allah swt ada di dalam hati.

Penghinaan kepada Islam oleh bukan Islam adalah sesuatu yang serius dan umat Islam wajib bangun untuk berjihad melawan perbuatan ini. Kita berkawan ada batasan. Menghormati hak beragama dan amalan agama sesuatu bangsa itu adalah penting. Malaysia negara yang kononnya dikata Islam ini jika masih leka dengan penghinaan ini, ini bermakna Malaysia sudah sah bukan negara yang mengamalkan Islam. Negara Islam sangat sensetif terhadap apa juga bentuk penghinaan kerana menghina Islam bermakna menghina Allah swt dan RasulNya.

Toleransi atau tolak ansur ada batasan. Hak beragama tidak ada tolak ansur. Umat Islam wajib bertegas, jika gagal bukan Islam akan bertambah ghairah bukan sahaja menghina Islam tetapi juga akan menghina Melayu Islam.

UMNO tidak boleh berdiam diri kalau parti komponennya MCA celupar mempertikaikan Islam. Adakah Islam yang dianuti UMNO lain dari Islam yang dianuti PAS. Sepatutnya dalam hukum hudud misalnya pendirian wajib sama. Begitu juga dengan perlaksanaannya tiada lagi muzakarah tetapi muzakarah bagaimana hendak melaksanakannya itulah yang wajib bagi setiap umat Islam dan pemimpin2 Islam.  Alasan yang berbentuk hasad dengki atau menafikan hukum hudud itu atas perbagai alasan adalah satu perbuatan menghina perintah Allah swt. Perkara ini bukan soal parti mana, tetapi ini adalah perintah Allah swt yang semua pengikutnya yang ada iman dan taqwa wajib berusaha kearah perlaksaannya.

Umat Melayu Islam berpecah kerana bercampur aduk di antara hak dan bathil.
Ajaran sesat yang sebenarnya berada dalam masyarakat Islam. Bila ajaran Islam yang sebenarnya 100% tidak diamalkan maka akan ujud pelbagai ajaran sesat. Umat Islam yang cuai dengan solat itu sebenarnya adalah ajaran sesat nombor satu.  Kita tahu syaitan itu musuh Islam yang nyata tetapi hari2 kita berkawan dengan syaitan. Fitnah, mencaci, cela mencela di antara Melayu Islam, ini semua amalan syaitan tetapi inilah yang paling disukai olen umat Islam hari ini. Semuanya kerana hendakkan kuasa. Kuasa tidak salah tetapi dengan kuasa boleh menghalalkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ini adalah perbuatan salah dan terkutuk yang wajib ditentang oleh umat Islam yang ada iman dan taqwa kepada Allah swt.




MALAYSIA DAN RAKYAT MALAYSIA DALAM BAHAYA


Hutang Negara telah meningkat kepada RM456 ribu juta(billion). Setiap rakyat yang berjumlah 28 juta menanggung hutang sebanyak RM16 ribu lebih. Timb menteri Kewangan Awang Adek menasihati rakyat Malaysia tidak perlu risau.
Maksud dia hutang ini ditanggung oleh kerajaan.

Rakyat jenis mana tidak perlu risau? Adakah semua rakyat boleh makan kalau daging mahal makan kayu, kalau ikan mahal makan batu, kalau barang2 makanan lain mahal makan tanah? Hutang sebegini banyak kalau rakyat tidak kena badinya(celakanya) mungkin rakyat boleh terima dan rakyat risau kalau Malaysia terpaksa dilelong atau digadai kepada Amerika!

Hutang bertambah bermakna rakyat bertambah susah kerana akan membayar bermula dari  makanan, pakaian, rumah, nak kahwin pun mahal dan perbagai keperluan asas yang akan dibebankan kepada rakyat dengan menaikkan cukai makanan, insuran kereta motor, cukai kereta yang mahal, menaikkan saman trafik dan JPJ dan banyak lagi yang rakyat kena tanggung. Hutang bertambah sedangkan projek mega yang tidak memberi faedah untuk keseluruhan rakyat bertambah, projek yang melibatkan rakyat dikampung2 sehingga sekarang 55 tahun masih dengan masalah lama, parit tersumbat, jalan berlopak sana sini masih belum diselesaikan dengan sempurna. Wakil2 rakyat dan ahli Parlimen UMNO BN tidak pun nampak kreatif untuk membangunkan kawasan masing2. Apa yang nampak kereta mewah dan rumah mewah mereka yang ada membangun!

Rakyat yang boleh berfikir sentiasa memerhatikan gelagat wakil2 rakyat. Rakyat yang bodoh sombong sahaja tidak dapat melihat semua ini kerana pintu hati telah tertutup dengan sekampit beras, kekilo gula dan sehelai batik atau kain pelikat dan lawatan ke Hadyai.

Tahap fikir orang2 Melayu masih ketinggalan dari semua segi. Ini termasuk pelajaran, ekonomi, politik, Islam dan siapakah yang memperbodohkan tahap fikir orang2 Melayu kalau bukan UMNO? 55 tahun merdeka, kedai barang2 Melayu Islam masih terkapai2 untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Mana dia kedai 1 Malaysia yang heboh nak diujudkan? Kedai barang di bawah pengurusan dan pentadbiran agensi yang kuasai Melayu seperti dahulu Baitulmal, felda dan lain2 habis tutup kerana Melayu yang mengurus pertama tidak kreatif kerana makan gaji kedua tidak amanah. Ini adalah hanyalah satu dari cabang bisnis fardhu kifayah yang UMNO gagal memenuhi kehendak Islam.

PRU 13 ini sangat penting kepada orang2 Melayu Islam untuk berubah. Gagalnya PRU 13 dikuasai PAKATAN RAKYAT bermakna rakyat Malaysia suka kepada kecelakaan. Orang2 Melayu Islam belajarlah menjadi cerdik. Hanya dengan cerdik berfikir disamping mengamalkan keselurahan ajaran Islam, insyaAllah, Allah swt akan memberi kemulian kepada kita. Amiin.



Monday 6 August 2012

MELAYU TIDAK HILANG DI DUNIA TETAPI MUNGKIN MEREMPAT DI DUNIA


Kita tidak mengamalkan perkauman tetapi hak sesuatu bangsa itu sesiapa pun tidak boleh pertikaikan. Kita bertolak ansur dengan bangsa Cina dan India supaya boleh diterima oleh Inggeris atas nama hendak cepat merdeka. Kesan jangka panjang kita tidak tahu atau  kita buat tak tahu kerana yang lebih penting hendak merdeka dan hendakkan jawatan PM itu dikalangan UMNO.

Perlembagaan  sebagai undang2 bertulis dan belum tentu ianya ada kuasa mutlak untuk melawan musuh yang sentiasa hendak menceroboh atas nama hak asasi manusia. Ada clause2(Klaus) tertentu yang lemah yang boleh dicabar oleh pihak2 yang sentiasa tidak berpuas hati. Ibarat diberi betis hendak peha.

Selepas merdeka ada kalangan pemimpin2 Melayu yang berkuasa dan terus lalai kerana mereka fikir kita orang2 Melayu tidak perlu takut dengan bangsa2 pendatang ini yang diberi warnanegara kerana pemimpin2 Melayu menganggap ini Malaysia Melayu punya.

Satu perkara penting mereka lupa ialah bangsa2 pendatang ini telah pun menjadi warga negara dan juga sudah jadi pengundi yang sah yang boleh memilih kerajaan. Ancaman terhadap kuasa mutlak Melayu telah pun bermula dan pemimpin2 Melayu masih lalai dan terus berseronok dengan ganjaran2 berupa niat yang tersirat yang pemimpin2 Melayu menganggap betapa baiknya hati2 mereka dan terus bergantung kepada ganjaran2 ini yang akhirnya tergadai sana sini tanah2 Melayu, kepentingan Melayu dan pelbagai lagi keistimewaan orang2 Melayu.

Orang2 Melayu biasa tidak menyedari atau gagal berfikir tentang tingkah laku pemimpin2  mereka bahawa perbuatan ini adalah punca kelemahan dan mungkin terhakisnya  kuasa Melayu dan menjadi ancaram kepada Melayu dan Islam dan sekarang telah terbukti. Atas nama kongsi kuasa, tolak ansur yang begitu menjadi2 digunakan sehingga Melayu terasa terancam dan semakin ramai menjadi pembangkang. Kesan pembangkang ini juga kuasa UMNO semakin lemah dan tergugat. Untuk mengekalkan kuasa walau pun telan mati emak luah mati bapa tetapi atas nama hendak terus berkuasa biar kedua2nya mati pun peduli apa! Akhirnya bukan sahaja emak bapa mati tetapi semua keturunan habis mati, puas hati. Melayu ada tetapi hidup segan mati tak mau!

Kemajuan yang tidak terkawal kerana hendakkan cepat maju, walau pun Melayu masih baru belajar atau belajar merangkak sama ada dalam perniagaan, pelajaran dan lain2 tetapi pemimpin2 Melayu tidak peduli. Sesiapa sahaja yang boleh beri kemajuan dan dalam masa yang sama boleh beri ganjaran, soal Melayu lembab atau lambat, itu  masalah mereka. Mereka fikir bagaimana untuk menjadi kaya semasa seseorang itu memegang kuasa. Soal Melayu lembab dan lambat itu masalah Melayu sendiri. Maka Melayu yang sedang merangkak ini terus merangkak sehingga lumpuh untuk berjalan seperti bangsa2 lain. Bangsa2 lain mengambil kesempatan atas dasar kejar kemajuan oleh pemimpin2 Melayu. Tanah2 Melayu atau resab Melayu, dengan kuasa yang dimiliki  bertukar status dan hilang tanpa gantian, ditambah dengan akta bebas memiliki tanah, tanah2 persendiran Melayu semakin hari semakin banyak bertukar tangan ke bangsa2 bukan Melayu. Melayu terus leka dengan mengejar kemewahan dan tidak ada fikir masa depan anak2 cucu yang terus terancam . Melayu hilang cintakan dan sayangkan Islam dan bangsa Melayu kerana UMNO mengajar dan mendidik bangsa Melayu 55 tahun supaya tamak, takbur, sombong dan lain2.



Sunday 5 August 2012

KELEBIHAN DAN HIKMAH SUNNAH MENYIMPAN JANGGUT


Assalamualaikum.InsyaAllah kali ini kita akan berkongsi  salah satu sunnah Nabi s.a.w yang sepatutnya begitu mudah untuk kita ikuti bagi kaum adam. Ya, iaitu menyimpan janggut.
Sabda Rasulullah SAW..
”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Daripada Kitab pendapat Imam Syafie " Al Ibaabi", Imam Ibn ArRifah berkata bahawa Imam Syafie rah di dalam kitabnya "Kitabul Um" telah menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggut adalah haram.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Janggut jangan dipendekkan. Hendaklah disimpan satu genggaman lima jari dan diurut ke bawah. Janggut yang digunting pendek bukan sunnah. Keberanian menyimpan janggut panjang adalah satu keberanian lelaki menegakkan sunnah nabi s.a.w. di akhir zaman yang penuh dengan fasakh dan mungkar. Di akhirat nabi s.a.w mengenali mereka yang mengamalkan sunnah semasa hidup di dunia.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.


NEGARA ISLAM CONTOH


Hari ini tiada negara Islam yang betul2 mengamalkan Islam. Islam yang kita amalkan ini pun bukannya Islam sebenar tetapi penuh dengan bi’ah. Mungkin ada orang menganggap ada bi’ah baik dan bi’ah yang boleh menyesatkan. Negara Islam yang betul2 ujud adalah di zaman Nabi Muhammad saw dan para2 sahabat.

Kerana amalan yang betul ini mereka boleh tawan Rom dan Parsi. Saidina Umar al-Kattab telah membina iman dan yakin kepada Allah swt sehingga lorong yang beliau lalu tidak akan dilalui oleh syaitan dan boleh memberi arah kepada pengaliran sungai NIL supaya alirkan air atau terus kemarau. Begitu juga di zaman saidina Abu Bakar sehingga tiada orang yang layak menerima zakat. Zaman Khalifah Umar Abd Aziz semasa beliau menjadi Khalifah wang negara dijaga dengan amanah sehingga pelita yang digunakan pun diadakan dua jenis satu untuk urusan negara dan satu untuk kegunaan peribadi. Inilah hebatnya bila ajaran Islam  diamalkan. Kita hanya ingin belajar dari sejarah kegemilangan Islam, moga2 dengan usaha kita ke arah itu dengan izin Allah swt kita sekurang2nya ada azam untuk membina negara Islam seperti itu.

Tafsiran negara berkebajikan ini sempit. Ianya hanya semata2 untuk keperluan kehidupan dunia. Semua orang hendakkan keadilan, jujur dan amanah. Orang2 bukan Islam misalnya Jepun, German, Perancis, Inggeris lebih jujur dan amanah dalam hal2 urusan dunia. Kerana mereka bukan Islam cara mereka yang kita benci seperti pergaulan lelaki wanita, arak dan lain2, tetapi cara mereka bekerja memang kelas pertama. UK, Australia, New Zealand juga Negara berkebajikan.  Negara Islam memperjuangkan kebajikan dan dalam masa yang sama menyampai risalah mentauhid  kepada Allah swt dan negara berkebajikan hanya memperjuangkan kejujuran amanah, keadilan. Ini semua bangsa dan agama memperjuangkan tetapi memperjuangkan akidah Islam hanya ada dalam negara Islam yang betul2 Islam seperti yang disebutkan di atas.

Umat Islam hari bukan sahaja dihalau dan disembelih dalam negara sendiri tetapi menumpang di negara2 seperti Myamar, Palastin, Iraq, Afghanistan dan lain2  tidak selamat lagi. Kita memang simpati dengan kekejaman ini. Kenapa Allah swt tidak bantu mereka bukankah mereka Islam? Kemulian atau kehinaan Allah swt bergantung kepada amalan bukan ekonomi atau kekuatan ketenteraan. Selagi umat Islam tidak balik kepada amalan sunnah nabi saw selagi itulah umat Islam walau pun berada dibumi sendiri tetap akan dihina Allah swt.

Di Malaysia hari kita lihat sendiri kuasa politik, ekonomi, ketenteraan hakikat sebenarnya dikuasi oleh Yahudi. Umat Islam hanya jadi pembeli dan pengoperasi mesin. Politik demokrasi yang kita amalkan adalah sistem Yahudi. Umat Islam hari ini berpecah belah kerana merebut kuasa. Bila dapat kuasa jadi perasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Ekonomi dikuasai oleh orang2 Cina bukan Islam. Ketenteraan adalah peralatan ketinggalan zaman yang tidak digunakan lagi oleh si penjual seperti Amerika, Rusia, Perancis. Kita lihat sendiri kapal selam yang kita miliki, teknologi beberapa puluh tahun dahulu yang telah usang dijual kepada Malaysia. Teknologi Singapura lebih canggih dari Malaysia kerana mereka bukan Islam dan sekutu rapat kepada Amerika dan Israel.

Di Malaysia umat Melayu Islam belum ada jaminan dari Allah swt untuk kekal berkuasa atau akan menjadi lukut ditepi gantang. Apa yang penting kita buat ialah berusaha ke arah yang Allah swt redhai. Dalam hal ini dakwah adalah teramat penting. Bila dakwah ditinggalkan, umat kelamaan akan jauh dari Islam dan hari ini kita lihat umat Islam murtad adalah perkara biasa dan adakah pemerintah yang ada ia itu UMNO  memberi perhatian isu murtad sebagaimana Nabi saw memberi perhatian yang begitu serius. Perjuangan baginda pun adalah atas perkara ini ia itu menyeru manusia beriman kepada Allah swt.

Saturday 4 August 2012

SKOP NEGARA ISLAM LEBIH LUAS BERBANDING NEGARA BERKEBAJIKAN


PAS wajib menerangkan dasar Negara Islam. Negara kebajikan walau pun tidak seperti negara Islam ianya lebih bersifat kebajikan yang diperlukan oleh manusia sejagat, Di UK misalnya mereka mengamalkan negara berkebajikan. Negara Islam lebih menyeluruh bukan setakat kehendak manusia kepada segala kebajikan tetapi yang lebih penting ia itu dasar mentauhidkan Allah swt. UK tidak mengamalkan dasar ini kerana negaranya bukan dasar Islam tetapi kebajikan yang diamalkan lebih baik dari Malaysia. Ini termasuk sifat jujur dan amanah.

Kita tidak boleh menerangkan tentang dasar kebajikan semata2 kerana ini tidak akan dapat menarik bukan Islam untuk memahami Islam, tetapi yang lebih penting akhirnya mereka dapat menerima dan memeluk Islam.

Inilah fikir Nabi Muhammad saw. Baginda tidak fikir tentang kehidupan atau kemajuan dunia semata2 tetapi Nabi saw fikir bagaimana manusia boleh mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Kebajikan semua manusia faham begitu juga dengan sifat jujur dan amanah. Nabi2 tidak dihantar untuk menerangkan bagaimana hendak hidup di dunia. Nabi a.s dihantar bagaimana semua manusia boleh beriman dengan Allah swt. Perkara akhirat adalah lebih penting dari kehidupan dunia yang hanya berusia 60 atau 70 tahun sahaja tetapi kehidupan akhirat tiada penghujung. Syurga dan neraka adalah dua perkara yang sangat penting bukan main2. Kerana pentingnya kehidupan akhirat, Allah swt menghantar Nabi2 supaya menyeru manusia beriman denganNYA, semata2 untuk menghindarkan manusia ke dalam api neraka.

Kerja PAS bukan setakat hendak menerangkan betapa perlunya negara berkebajikan tetapi dalam masa yang sama wajib menerangkan tentang perlunya kenapa kita wajib mentauhid Allah swt. Ini kerja berat kerana Nabi a.s dihantar untuk kerja ini. Ada Nabi yang dibunuh kerana menjalankan kerja ini. Nabi Muhammad saw di antara nabi yang paling banyak cabaran hanya membuat kerja menyeru manusia kepada Allah swt.

Skop kerja PAS adalah luas dan PAS bertanggung jawab di atas kerja ini kerana dasarnya al-Quran dan hadith. Semua ahli2 PAS dan pemimpin2 PAS akan disoal di hadapan Allah swt tentang kerja ini ia itu kerja dakwah.

Keyakinan kita kepada Allah ditahap yang cukup lemah kerana dalam hati kita masih banyak kebesaran makluk. Kita tidak yakin dengan pertolongan Allah swt. Oleh itu  yakin dibina, jika PAS tidak dapat bantuan bukan Islam PAS tidak boleh memerintah Malaysia. Peperangan Badar al-kubro membuktikan dengan hanya 313 orang Islam dapat mengalahkan tentera kafir Quraisy lebih dari 1000 orang. Negeri Perak selepas PRU 12,  PAS minoriti dapat menjadi kerajaan. Ini semua Allah swt yang maha berkuasa. Apa sahaja perancangan manusia hanyalah perancangan yang lemah selebihnya kena bertawakal kepada Allah swt.

Pemimpin2 PAS wajib bina keyakinan ini kerana PAS tidak sama dengan UMNO.

AMALAN SUNNAH NABI MUHAMMAD s.a.w


Al-Quran dan hadith itu perkara benar dan sebenar2nya. Masalah manusia pertikaikan al-Quran dan hadith ini sehingga 55 tahun masih juga berlaku.

Soalannya apakah kesan ajaran Islam terhadap umat Islam sehingga kini masih berterusan dengan maksiat sedangkan Malaysia negara Islam. Tajuk2 seperti di atas dan banyak lagi tajuk yang berhubung dengan umat Islam sentiasa dibicarakan saban hari dan tahun. Tahapnya amalan Islamnya bukan semakin meningkat tetapi semakin menurun.

Begitu juga sambutan Maulidur Rasul dan tilawah al-Quran disambut dengan meriah setiap tahun tetapi hanya untuk bersuka ria sahaja. Kerajaan kena memainkan peranan utama dalam membentuk dan mendidik rakyat.

Semua Pemimpin2 kena turun padang mengimarah masjid, jadi imam terawih misalnya, imam Jumaat dan baca khutbah. Inilah yang dikatakan mengikut sunnah Nabi Muhammad saw. Orang2 kaya dan VIP berbuka puasa di hotel mewah. Hanya majlis berbuka puasa sahaja tetapi solat maghribnya bagaimana? Kebanyakkan mereka leka dengan berbuka puasa seolah majlis berbuka puasa ini adalah satu budaya bulan puasa dan bukan Ibadat. 

Ulama2 UMNO dalam kerajaan UMNO mungkin ada membuat teguran terhadap pemimpim2 atasan UMNO tetapi teguran tuan2 dibakul sampahkan sahaja oleh mereka kerana amalan mereka sendiri pun penuh dengan perkara maksiat.

Sukakah mereka dengan amalan sunnah Nabi saw sedangkan mereka sendiri tidak faham apa itu sunnah. Mahukah mereka memakai serban dan jubah kalau tidak dijadikan pakaian harian, sesekali naik mimbar berkhutbah pada hari Jumaat pun sebagai orang batu belajar mendekati sunnah sudah dikira suka kepada sunnah.

Pemimpin2 Islam dalam UMNO semestinya kena menghidupkan sunnah Nabi kalau tidak tahu belajar jangan terus jadi jahil murakat. Kalau dalam kehidupan pun masih tidak mengamalkan sunnah masakan dalam pemerintah boleh menjalankan pemerintahan cara sunnah Nabi saw.

Inilah masalah umat Islam hari ini cakap lain buat lain.

Friday 3 August 2012

LARI DARI MULUT BUAYA MASUK MULUT HARIMAU


Rafizi seharusnya dedahkan skandal NFC kepada SPRM, kata Najib. Kenapa Najib tak kata Rafizi seharusnya dedahkan skandal NFC kepada PM atau Shahrizat menteri pembangunan wanita? Polis, SPRM dan badan2 lain ini semua di bawah Najib.

Menyerahkan lapuran yang ada kaitan dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ini kepada badan  tersebut seperti mengikat dan tundukkan kepala lembu ke dalam lubang untuk disembelih!

Rakyat sudah tidak percaya kepada badan2 ini selagi dikuasai oleh UMNO BN. Rakyat hendakkan perubahan dalam kerajaan. Perubahan ini bukan pembaikan dalam sistem kerajaan UMNO BN sekarang kerana kerajaan sekarang ibarat labu yang telah rosakkan oleh tikus dan tidak ada harapan untuk dibaiki.

Kita wajib pilih kerajaan baru ia itu PAKATAN RAKYAT yang akan memulakan pemerintahan baru sifar  yang segar dan bersih dari semua kekotoran. Semua menteri sehingga wakil rakyat adalah orang baru yang bebas dari perbuatan keji..Malaysia akan menjadi negara maju bukan sahaja dalam pembangunan kebendaaan tetapi yang lebih penting maju dalam membentuk akhlak atau kerohanian jiwa manusia ke arah yang diredhai Allah swt. Inilah cita2 dan semangat Melayu dan Islam yang diidam2kan setelah kecewa dengan UMNO BN. Punca ramai Melayu menjadi pembangkang pun adalah kerana ramai Melayu kecewa dengan pemimpin2 yang gila kuasa dan salah gunakan kuasa.

55 tahun UMNO BN memerintah Melayu dan Islam semakin parah dan harapan untuk pulih adalah sifar. Islam yang di bawah UMNO semakin layu seperti layunya Melayu itu sendiri. Pemimpin2 kroni bertambah kaya raya, rakyat semakin susah dalam kehidupan, barang2 mahal, kereta mahal, pinjaman PTPTN kena bayar. Graduan semakin ramai menganggor kerana ekonomi terutamanya swasta semakin lembab.

Thursday 2 August 2012

SEKALI OMBAK SEKALI PASIR BERUBAH


Teori barang harga terkawal ini memang senang. Praktikal nak kawal harga itu yang susah.Misalnya harga ayam hidup RM5.80. Bila penternak bagi  amaran harga itu rugi bahan makanan sudah mahal dan sebagainya, kementerian pun luluskan lebih  mahal misalnya RM6.50. Masuk dalam senarai kawalan. Yang menternak dan keluarkan kos ialah penternak. Kementerian jadi penjaga harga. Naik turun harga penternak yang tentukan bukan kaki tangan kementerian yang tentukan. Kalau kementerian tak lulus, penternak dan penjual luluskan harga di pasar. Pergi pasar lihat sendiri harga sebenar tambah dekat raya ini. Bila nak buat pemeriksaan mengejut-spot check, peniaga sudah tahu masing2 berlakun. Semasa spot check semua OK. Nak makan peduli apa mahal pun mahallah. Kita tak beli orang lain sapu bersih!

Harga daging lembu sekilo RM22.00 masuk dalam harga kawalan. RM22.00 itu mahal menteri ooi, sedangkan ianya daging tempatan. Sepatutnya RM12.00 sahaja kerana kita ada ladang ternakan lembu terbesar ia itu National Feedlot corporation(NFC). Itulah bila buat ladang dalam kondo maka kos bela lembu pun meningkat sebab bagi muka lembu hidup mewah. Bilalah lagi harga daging lembu hendak turun selagi UMNO BN memerintah!

PAKATAN RAKYAT mungkin mampu turunkan harga daging lembu kalaulah ladang itu dibuat betul2 diladang yang betul2 ladang yang dijaga oleh cowboy yang naik kuda! Kalau cowboy naik MERC atau BMW jangan jaga lembu, jadi taukey cow dung lagi baik!

Kalau lihat senarai harga ini macam lihat senarai harga suka hati akulah berapa aku nak tulis! Macam robot yang di program atau burung kakak tua yang diajar bercakap. Barang2 yang dikatakan terkawal ini sebenarnya cukup mahal di masa sekarang. Inilah yang rakyat bising harga2 barang mahal. Itu barang2 yang terkawal tetapi hakikatnya tak terkawal kalau main dengan peniaga2 di pasar ini. Kita cadangkan apa kata kementerian adakan satu meja macam JPJ yang dulu cukup hangat kerana banyak bas eskpres terlibat kemalangan, sejak kebelakangan ini tinggal meja dan kerusi dan akhir2 ini tinggal tapak yang tidak bertapak lagi!

RESIPI KEK SELEPAS RAYA PUASA 2012


Resipi PAKATAN RAKYAT  memang menyelerakan. Itu baru sedang diadun pun sudah berbau wangi, kalau dibakar dalam oven tapi set suhu itu mengikut spesifikasi, pasti bila masak bau enak, kalau dimakan rasa hendak lagi sehingga mengigit jari.

Begitulah setiap kek yang dicadangkan selepas berbuka puasa PRU 13 ini semuanya cantik molek. Apa yang dimaksudkan ini? Tidakkah resipi mansuhkan PTPTN itu cantik dan enak? Kereta murah kerana mansuh cukai eksais itu cukup mengembirakan rakyat.

Ada rakyat yang tidak gembira kereta murah, siapa? UMNO BNlah. Sebab? Mereka kaya raya mampu beli kereta harga mahal2 kenapa pula PR nak turunkan kereta? Ini tak logik sungguh. Pening kepala dengan puak2 UMNO BN ini. Hapus PTPTN mereka tak setuju, turun harga kereta mereka kata mati Proton dan Produa. Siapakah yang sebenarnya akan mati? Lagi pening TOL yang telah menjadi kroni2 kita kaya raya, PR nak hapuskan pula! Loyalti minyak Kelantan, Sabah, Sarawak pula naik 20%. Masa UMNO BN 5% sahaja. Yang ini kami di Perak gigit jari, kami tak ada minyak tetapi kami hanya ada tahi minyak yang tak laku. Tak apalah itu bukan rezeki kami, tetapi kami ada harta bapa mertua, kami masih boleh bergaye!

Dahlah bulan puasa tiada hujan dan cukup panas. Ramai yang kena demam selsema. Itu dikira OKlah, penyakit tak berjangkit. Kami risau walau deman selsema boleh juga berjangkit tapi tak lah serius macam penyakit AIDs atau HIV posifif tu tapi main dengan usia yang dah tua ini yang pertahanan diri dari serangan penyakit yang berjangkit ini kalau dihingapi oleh ahli2 UMNO kami yang tua ini kemungkinan boleh membawa maut. Hospitalkan banyak, canggih2 pula tu! Jumpa doktor kena satu injection segarlah semula. Itu orang muda, pertahanan mereka kuat, kami yang tua ini belum sempat ambulan sampai mulut dah berbuih!

Dahulu kami nasihat pak cik dan mak cik(mak cik2 tak ke Hadyai tetapi Padang Besar beli periok belanga, baju kelawar untuk menaikkan selera pakcik2 waktu malam) semasa muda jangan enjoy sangat. Pergi Hadyailah, Indonlah, mentang2lah tambang makan percuma. Balik duk pangkat Dacing lagi. Dah tau dacing itu tak dicalebrate( mengikut akta perniagaan setiap tahun kena hantar ke menterian perdangan untuk diperiksa dan diseal semula) tapi bila bawa balik sampai dikedai diset semula oleh sipekedai!) begitulah perangai peniaga di Malaysia, semasa beli 1 kg balik timbang 900 gm. 100 gm kita dah untung percuma, pergi balik ke sipenjual dimarahnya alat timbang tersebut! Sepatutnya ambil kapak, kapak kepala sendiri!

Jangan marah ya selamat berpuasa dan minta maaf bila sampai hari raya.




Wednesday 1 August 2012

AKTA ATUA AUTA


Bila akta digubal dan diluluskan maka ia menjadi undang2 yang rakyat mesti patuh. Soalnya adakah semua akta terlepas dari kelemahan? Seperti akta ISA? Banyak akta berat sebelah kerana mereka yang mengubal akta terdiri dari mereka yang ada kepentingan menjaga kepentingan diri atau kerajaan semasa dan sudah tentu akta itu sendiri tidak adil. Rakyat mesti patuh bila sudah jadi akta walau pun sebenarnya akta itu tidak adil. Akta ciptaan manusia ini juga tertakluk kepada suasana. Seperti akta hasutan yang dijaja oleh Najib akan diganti dengan akta harmoni kebangsaan.

Begitu juga parti UMNO yang dikira sudah usang juga akan diganti oleh parti yang lebih menjaga kepentingan rakyat selepas PRU 13 ini ia itu PAKATAN RAKYAT.

BAFIA(akta bank) adakah akta ini adil? Sepatutnya clause sesiapa yang mendedahkan akaun orang lain  telah melakukan satu kesalahan kecuali akaun itu ada unsur2 penipuan pinjaman atau wang rasuah. Akta yang ada terlalu umum dan tidak spesifik kerana orang yang rasuah, menipu pun boleh selamat.

Yang lebih lucu ialah undang2 tidak melindungi pelapur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tetapi perasuah, peyelewengan dan salah guna kuasa terlepas dan yang masuk mahkamah ialah orang yang melapur pula kena charge!

Inilah Malaysia selepas merdeka 55 tahun bukan ke arah Malaysia yang lebih selamat tetapi Malaysia yang lebih mengerunkan selagi UMNO BN memerintah Malaysia.

Adakah rakyat Malaysia inginkan Malaysia yang lebih selamat, jika ya PRU 13 ini buat perubahan dengan tekadkan azam dan buat pilihan tepat dengan mengundi PAKATAN RAKYAT, demi masa depan Malaysia, Melayu dan Islam.