Thursday, 28 June 2012

HUJAH BIAR NAMPAK CERDIK DAN BERILMU

K-POP bukan senjata penjajahan kata Prof. DR. Hassan Hasbullah.

Menjadi Prof. sesuatu bidang bukan bermakna tahu semua bidang dan boleh memberi hujah sebarangan nanti digelar Prof. kangkong asal ada peluang hendak menjalar sahaja!

Dua alat penting Yahudi dan Nasrani untuk menyesat umat Islam ialah hiburan dan sukan. Alat2 sokongan yang pelbagai juga terdapat dalam agenda merosakkan akidah umat Islam. Kita wajib berhujah dalam konteks ajaran Islam bukan dalam konteks teknologi kreativiti atau warisan yang tidak Islam.

Ramai Prof. hendak menunjukkan kehebatan berpidato kerana mereka menggangapkan gelaran itu melayakkan mereka untuk berhujah sebarangan sedangkan tajuknya diluar bidang thesis mereka.

Bila bercakap dalam konteks Islam tidak ada teknologi atau kreativiti baru yang boleh dicipta atas nama kemajuan. Ajaran Islam tidak boleh diubah suai atau memodenkannya. Hanya yang moden adalah alat sokongan untuk menyampai dakwah. Tetapi dakwah cara Nabi Muhammad saw yang dilakukan oleh baginda dengan cara  berjumpa orang secara berdepan itulah cara yang terbaik bukan melalui kaset, TV atau internet.

Alat2 moden hanyalah alat2 sokongan untuk memberi maklumat atau ilmu sahaja. Dakwah tetap kena lakukan secara individu. Lain dari itu bukan maksud berdakwah. Allah swt akan turunkan hidayah hanya  melalui perantaraan pergorbanan diri, masa dan harta keluar di jalan Allah.

Bila ajaran Islam tidak ambil sebagai rujukkan dalam menjelaskan sesuatu isu maka tafsiran kita yang tahu dan belajar menghayati Islam ini tergambar orang yang memberi ulasan itu jahil dalam ajaran Islam. Ini bukan soal perubahan zaman. Apa sahaja yang tidak berasaskan Islam adalah haram. Ini soal halal dan haram di dalam ajaran Islam.

Isu ini menjadi besar kerana yang menyanyi itu perempuan yang mendedahkan aurat dan melalaikan umat Islam dalam menunaikan solah.

Ini bukan isu Elvis Presley, The Beatles, Abba, Michael Jackson, Madonna dan Justin Bieber iaitu industri budaya popular, Ini isu halal dan haram dalam Islam.

Kita menyeru kepada semua bijak pandai yang ada PhD supaya berhati2 dalam memberi pendapat. Ditakuti pendapat itu akan memalukan diri sendiri dan kelulusan yang dimiliki.

Apa kata tuan2 mufti?

No comments:

Post a Comment