Tuesday 12 June 2012

MELAYU BELUM ADA DAYA FIKIR KELAS PERTAMA

Memberi pandangan atau memberi nasihat yang baik adalah satu perbuatan yang baik. Jika memberi pandangan atau memberi nasihat yang baik dianggap hasutan ini sudah jelas bukan negara demokrasi. Raja2 atau orang2 awam sama sahaja disisi Allah swt. Hanya orang2 yang beriman lagi bertaqwa sahaja yang Allah terima amalannya. Selain dari itu walau pun dia seorang yang baik tetapi mensyirikkan Allah swt, nerakalah tempatnya.

Kita mesti mengunakan akal yang rasional dalam menelai sesuatu isu. Politik yang sehat adalah politik yang bukan berasaskan sentimen atau emosi. Politik juga mencermin kematangan berfikir. Politik semasa kebanyakkannya bersentimen dan beremosi atau dalam erti kata mudah difahami politik budak2. Asalkan ada isu terutamanya yang melibatkan pembangkang diperbesarkan sehingga isu menjadi isu yang seolah2 mengancam negara! Apakah menteliti atau jenis fikiran ini boleh menuju negara maju tahun 2020? Apakah taraf pemerintah di bawah UMNO BN cukup matang untuk mendidik rakyat supaya berfikir kelas pertama? Dunia barat dan timur telah jauh meninggalkan kita dari segi sains dan teknoloji tetapi Malaysia masih dalam alam kebudakan yang belum matang untuk berdepan dengan abad ke 21ini.

Malaysia perlu kepada sebuah pemerintah yang matang untuk menghadap dunia global yang semakin mencabar. Dunia kroni wajib dihapuskan. Untuk bersaing di dunia yang penuh cabaran ini budaya fitnah, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak boleh ujud. Barat atau Jepun amalan negetif ini diparas paling minima sehingga 10% tetapi budaya negetif yang diamalkan di Malaysia paling maxima sehingg 90%. Jurang antara positif dan negetif ini jika tidak dapat dihapuskan akan menjadikan Malaysia negara yang paling mundur terutamanya orang2 Melayu dan orang2 bukan Melayu mengunakan kelemahan Melayu untuk menguasi politik dan juga ekonomi. Hari ini kita boleh saksikan sendiri ekonomi orang2 Melayu terlalu mundur sehingga di setengah2 bandar besar rumah kedai dimiliki oleh orang2 Melayu boleh dikira dengan jari. Tanah2 stregik di Bandar2 besar dibangunan oleh pemaju2 bukan Melayu dan dijual dengan harga yang tinggi kepada bukan Melayu dan sudah tentu Melayu mengigit jari. Kuasa meluluskan semua perkara ini berada  ditangan Melayu kerana orang2 Melayu menjadi menteri, pegawai daerah dan juga wakil rakyat tetapi adakah hanya ada kuasa komisen sahaja?. Orang2 Melayu masih tidak cerdik dalam perkara ini. Boleh makan minum tidur walau pun dalam rumah sengit itu sudah dikira selesa?

Bangunlah Melayu kita telah merdeka 55 tahun. Tepok dada tanya apakah yang telah dibuat oleh UMNO BN untuk Melayu yang lebih cemerlang, gemilang atau hanya temberang?

www.iman2taqwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment