Monday, 11 June 2012

BERTUAH MENJADI PENGERUSI TERPILIH


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said seorang ahli parlimen, ahli politiklah tu. Yang  pelik ini di Malaysia yang menjadi pengerusi satu tabung yang wangnya dibiayai oleh kerajaan, bagaimana ditakbir oleh orang politik walau pun dia ada kelulusan akauntan misalnya. Memanglah kita tidak nafikan semua menteri2 adalah orang2 politik. Mereka menguasi semua pentadbiran dan pengurusanl. Tetapi ada juga menteri2 bukan dikalangan ahli2 politik. Mereka dilantik senator kemudian menjadi menteri. Ini pun satu contoh kurang cerdik dan dalam masa yang sama menafikan kebolehan wakil2 rakyat yang menang dalam pilihanraya. Telan air liur bila tidak dilantik menjadi menteri. Mereka yang kalah atau tidak bertanding pula mendapat rezeki! Di kalangan yang dilantik melalui senator ini, maklumlah rezeki terpijak, jika diarah makan atau minum……….. pun mereka sanggup kerana terkejut beruk kerana tiba2 dilantik jadi menteri. Bercakap pun masih gelong tetapi kabel besar atau mungkin dikalangan wakil2 rakyat yang menang itu tidak layak jawat menteri, kalau tak bagi menteri pun bagilah sekurang2 setia usaha kepada JKKKKP pun taklah ralat sangat!

Bila ahli politik dah jadi pengerusi, cakap pun selalu tersasul kerana fikiran politik tu tak boleh nak dibuang. Tambahan pun mereka menginap dalam parti yang dah tenat. Survival atau hidup mati parti terpaksalah dipertahankan.

Berapa elaun Pengerusi PTPTN, rakyat nak tau juga. Kalau PTPTN dimansuhkan pengerusi PTPTN nak dipindah ke jabatan mana pula!. Itu pun kena fikir juga dia pun bekerja mencari rezeki! Bila  tidak menjadi wakil rakyat lagi jawatan pengerusi pun sudah tiada, hutang rumah, kereta mewah belum habis dibayar! Mungkin kalau dah lama sangat selera nak rasa kereta RM1.5 juta parkir kat kondo persendiraan dan sulit pula tu. Ini tidak dapat dielakkan dan sudah menjadi  budaya orang2 kaya raya! Pengundi2 di kampong gunalah kereta volkswegen lama yang larinya tidak segagah kereta VIPs.

No comments:

Post a Comment