Friday 29 June 2012

NEGARA ISLAM ADALAH PERJUANGAN PAS


Adakah tercatat dalam mana2 manuskrip atau perlembagaan PAS tentang penubuhan negara Islam? Tanya balas MB DS Nizar kepada DS Tajul apabila soalan bekas MB Perak itu, adakah PAS akan meneruskan perjuangan menegakkan negara Islam dalam pemerintahnya sekarang dalam siding DUN pertama pada 23 Jun 2008.
Jawapan DS Nizar Jamaludin  MB Perak itu sungguh meragukan dan jawapan beliau mencerminkan beliau gagal memahami perlembagaan PAS. Ini bercanggah dengan penjelasan Prof. Dr. Haron Din dalam penjelasan konsep negara Islam. Apa kata beliau.

Prof. Dr. Haron Din menjelaskan penubuhkan negara Islam dalam perjuangan PAS tetap diteruskan sehingga berjaya menubuhkan Malaysia negara Islam.

Dua jenis penyelasan yang ternyata berbeza dan telah memerangkap Nizar, mungkin kerana hendak menjaga DAP. Ini ujian Allah swt terhadap beliau sebagai MB waktu itu gagal mempertahankan perjuangan PAS. Inilah yang menyebabkan kemurkaan Allah swt dan assebab dua orang ADUN Cangkat Jering dan Behrang berpaling tadah dan hanya dapat bertahan 11 bulan sahaja.

Dalam perjuangan PAS wajib ada keyakinan bergantung kepada Allah swt 100%. Bila diberi kuasa kepercayaan dan keyakinan kepada Allah swt akan berbelah bagi kerana hendak menjaga hati manusia bukan Islam.

Akibatnya beliau telah menyeleweng dari perjuangan PAS dan ini telah membuat ahli2 curiga terhadap beliau. Pendedahan sidang DUN ini  mungkin tidak meluas dan rata2 penyokong tidak tahu tetapi itulah kebaikan internet, boleh mengorek rahsia dan juga boleh memberi penawar kepada penyokong atau pembangkang meluahkan perasaan.

No comments:

Post a Comment