Saturday, 9 June 2012

MELIHAT KEBURUKAN ORANG MENCERMINKAN KEBURUKAN SENDIRI


TS Muhyiddin nampak akaun DSAI saja ke? Akaun sendiri tidak ada ke? Menteri2 UMNO ini kalau mereka kata mereka bersih, memang cukup2 bersih lagi berbaur bersih ke? Masakan kalau bersih rakyat nak adakan perhimpunan bersih 1.0,2.0,3.0. Himpunan bersih 4.0 diambil alih orang UMNO, Perkasa, Tibai dan lain NGO pro UMNO.

Alasannya mereka juga memperjuangkan bersih tetapi cara bersih yang mereka perjuangankan adalah kotor sekotor2nya. Manusia kata bangkai kotor tetapi pada buaya bangkai makanan yang lazat!. Apakah yang dikatakan bersih itu? Bersih yang sebenarnya suci lagi bersih. Haram tetap kotor dan halal itu tetap bersih. Lain dari itu hukum itu telah diubah mengikut kehendak nafsu bukan kehendak Allah swt.

Kalau hendak dilihat bersih dan berbaur bersih, langkah pertama kita kena jaga hati supaya banyak yang iklas dari yang tidak ikhlas. Kalau hendak orang lain bersih sedangkan kita penuh dengan hasad dengki, fitnah dan lain2 sifat terkeji mana mungkin boleh memaksa rakyat supaya bersetongkol sama dalam hal ini supaya katakan bersih?

Hujah  kalau tidak betul saman bekas penolong governor Bank Negara atau lain2 pihak adalah modal basi. Tindakan sedemikian bukan boleh memaksa orang lain mengikut apa yang kita cakap. Kalaulah nak melayan puak2 ini setiap kali tuduhan kita melinting. Itu menunjukkan kita sentiasa melatah walau pun itu tuduhan fitnah.

Semua isu yang diada2kan oleh UMNO BN gagal mendapat perhatian  orang ramai. Orang yang selalu bohong biasanya tidak ada makluk yang akan percaya kecuali makluk keturunan UMNO BN sahaja.

Biasanya di kalangan pembangkang ini kalau tidak betul2 bersih, pihak UMNO BN mudah menahan atau menangkap dengan mudah kerana mereka pemerintah. Mereka ada pelbagai akta atau aktas yang boleh digunakan atas alasan yang mereka suka. Bila jerat tidak mengena walau pun segala jenis umpan dicakuk tetapi tidak mendatangkan selera  kepada mangsa. Akhirnya umpan yang dibubuh dalam jerat terpaksa si penjerat itu masuk memakan umpan sendiri dan akhirnya terperangkap dalam jerat sendiri!

Kebijaksaan berfikir telah menjadi kebodohan berfikit kerana berfikir tidak mengunakan cara yang diajar oleh Islam otomatik akan bertukar mengunakan hasutan syaitan 100%!

Al-Quran memberitahu kepada manusia, syaitan itu musuh kamu yang nyata. Maksudnya bila kita bercakap ke arah kebaikan dan mencegah maksiat. Tetapi manusia tidak sedar mereka hari2 berkawan dengan syaitan  bila bercakap ke arah keburukkan dan menyuburkan maksiat.



No comments:

Post a Comment